Dear Syitah,
Seperti anda, aku juga suka membaca blog orang lain. Don’t be surprised kalau tiba-tiba aku comment kat entry korang. Haha. Yes, aku pembaca blog tegar. Aku baca hampir semua, if not all, blog yang ada link ke blog ini – setiap entry baru! Cuma kadang-kadang aku tak tahu apa nak di comment. Ada yang aku senyum, ada yang aku kurang setuju, tak kurang juga yang aku doakan dari jauh.
Hebatnya doa yang ikhlas daripada seorang saudara kepada saudara yang lain, sehingga akan ada malaikat yang mendoakan segala kebaikan itu kembali kepada si pendoa.
Dan entry kali ini, tercetus setelah membaca entry seorang kawan lama, Masyitah. Juga untuk ‘rakan-rakan lain’ yang menghadapi situasi yang sama. Harapnya dapatlah memujuk walau sedikit.
Dear Syitah,
Aku faham perasaan cemburu bila melihat orang lain dengan anak sendiri. Memang aku akui, anak adalah antara rahmat yang paling aku syukuri. Tak terbayang bagaimana rasanya kalaulah ditakdirkan Allah menarik kembali nikmat yang satu ini. Tuhan saja yang tahu macamana sejuknya hati bila si kecik berlari datang memeluk kita.
Tapi, ‘keseronokan’ itu datang dengan tanggungjawab yang besar. Allah menyuruh kita jadikan dia khalifah di bumiKu!
Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan dapat melaksanakannya, lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.
Surah Al-Ahzab, ayat 72.
Macam-macam yang kita minta daripada Allah. Sedangkan permintaan-permintaan itu kadang-kala hanyalah baik di pandangan mata, tetapi tidak di pandangan yang Maha Mengetahui. Salahkah jika Yang Maha Penyayang ‘menyimpan’ doa-doa itu untuk memberikan kita sesuatu yang lebih baik dalam pengetahuanNya?
Dalam Quran, banyak Allah sebutkan nikmat seperti anak-anak, emas dan perak, kuda (kenderaan), rumah yang dikurniakanNya. Tetapi banyak kali juga Allah ingatkan, jangan ingat semua itu dapat menyelamatkan kamu daripada azab neraka.
Dan mereka berkata, “Kami memiliki lebih banyak harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami tidak akan diazab.
Katakanlah, “Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”Surah Saba’, ayat 35 dan 36.
Orang kafir amat yakin mereka takkan diazab kerana telah mendapat segala nikmat di dunia. Mereka menyangka dengan nikmat yang banyak itu, Allah menyayangi mereka. Sedangkan Allah itu Maha Mengetahui. Dia memberi, tetapi dalam bentuk istidraj.
Dengan kurniaanNya (anak-anak), mereka menjadi semakin lalai. Mungkin menjadi hamba kepada anak? Mungkin menanggung dosa akibat anak yang berakhlak buruk? Segalanya mungkin.
Bersangka baiklah dengan tuhan. Mungkin Dia sedang menyelamatkan kita daripada azab. Kita takkan tahu selagi kita belum diuji. Tapi dia Maha Mengetahui. Tukarlah keluhan menjadi kesyukuran.
Kata orang, ujian Allah itu datang tailor-made. Semuanya mengikut kesesuaian bahu yang memikul. Jadi, jangan bandingkan ujian diri dengan orang lain. Bukan kita seorang sahaja yang diuji. Everyone has problems, some are just better at hiding them. :)
And god always moves in mysterious way. Jangan terus-menerus memperbesarkan ‘kekurangan’ yang ada. Takut-takut hati termakan hasutan syaitan. Carilah hikmah di sebaliknya. Dah berulang kali rasanya aku memujuk, mungkin kita belum bersedia. Once dah ready nanti, tentu Allah bagi! Sementara tu, siapkanlah diri dahulu.
Sesekali memang terasa hati bila berdepan dengan manusia yang kurang sensitifnya. Tak perlu melawan fitrah. Kita bukan malaikat yang tak punya perasaan. Manusia itu diciptakan lemah. Tak banyak sikit, mesti terguris juga hati. Tapi cubalah kemudi perasaan itu. Yes, we cannot direct the wind. But we can adjust our sail.
Apa lagi yang boleh ku katakan selain sabar? Bukan semua orang dalam dunia ni peduli perasaan kita. Ada yang mungkin sudah berpuluh tahun berperangai ‘kurang baik’. Mana mungkin kita mahu menukar mereka semalaman.
Bila lemas dengan persekitaran sebegini, ingatlah kembali kisah Asiah. Dia tetap isteri yang solehah walaupun bersuamikan Firaun. Ingatlah Masyitah. Dia tetap berpegang teguh dengan agamanya, walaupun kelilingnya musuh. Bagaimana mereka tetap kuat walau di dalam istana si zalim? Kerana mereka percaya, tuhanku tidak akan pernah mengecewakanku!
Bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya awak dah ada peneman tidur. Dah ada yang halal untuk dipeluk. Dah ada yang sudi mendengar dan memujuk. Lihat sekeliling. Ada yang beriya mahu hidup berkeluarga, tetapi masih tidak bertemu jodoh. Mereka ‘lebih layak’ untuk menangis, bukan?
Nasihatku, tukarlah pandangan kita. Walaupun subjeknya sama, tetapi ada yang melihat gelas itu separuh penuh, dan ada juga yang melihat gelas itu separuh kosong. Kita yang menentukan apa yang kita lihat.
Aku kagum pada seorang sahabat yang seusia aku, tetapi sudah mengelolakan ‘anak’ yang bersekolah rendah. Bukan anak sendiri pula! Keadaan memaksa mereka memikul tanggungjawab seberat itu. Cabarannya tentu lebih berbanding aku. Lihatlah dari segi apa pun; kewangan, spiritual, emosi, semuanya lebih sukar bila dibanding fasa membesarkan bayi.
Tetapi aku percaya, tiadalah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Jauh di lubuk hati, diam-diam aku mendoakan moga segalanya lancar buat kamu, dan kita semua. Semoga ujian itu semakin mendekatkan, bukan menjadi alasan untuk berputus harap.
Akhir sekali, ingatlah kisah yang dirakamkan di dalam surah Maryam, ayat 8 dan 9.
Dia (Zakaria) bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, dan aku sendiri pula seorang yang sangat tua?”
(Allah) berfirman, “Demikianlah. Hal itu mudah bagiKu. Kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apa pun.”
Do what we can do, and God will do what we can’t do. Have faith. :)
~ Wahai tuhan, jauhkanlah kami dari rasa resah dan gelisah. Jauhkanlah kami dari rasa kecewa dan lemah. Engkau Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Amin.


sy nk minjamm ayat lg……. =)
-=sayla=-
January 16, 2012 at 12:47 pm
Silakan. :)
Iz
January 16, 2012 at 2:52 pm
Pire, untuk entry 2012 hg, memang menusuk ke kalbu, menitik air mata, terhantuk tp.. xmenjatuhkan aku. Honestly, motivated & standing proud to be myself. Bukan bersikap riak, jauh sekali takbur, but u get me realised.. Thanks millions buddy. i owe you…
Dear Masyitah,
It took me a long time and most of the world to learn what I know about love and fate and the choices we make, but the heart of it came to me in an instant, while I was chained to a wall and being tortured. I realized, somehow, through the screaming in my mind, that even in that shackled, bloody helplessness, I was still free: free to forgive myself of not pregnant. This is my 4th years of marriage.
Jangan mengharap, jauh sekali mengeluh & jangan sekali2 fedup everytime you have to throw pregnantcy test! Ujian yang kita lalui ni, sikit sangat. Jodoh, ajal, maut ditentukan Allah. Atas apa yang berlaku, mesti ada hikmahNya. Mungkin kita dilebihi “rezeki” yang dari sudut yang lain, dimana, berkemungkinan besar, kita sendiri xsedar akan rezeki yang Dia bagi, but we insist “Rezeki” yang lain… secara xlansung, kita dah x mensyukuri nikmatNya dh tue.. I believe, trust your mind to think, patience is the key.
One of the reasons why we crave love, & seek it so desperately, is that love is the only cure for loneliness, & sorrow. But some feelings sink so deep into the heart that only loneliness can help you find them again. Some truths about yourself are so painful. And some things are just so sad that only your soul can do the crying for you.
Masyitah, Nobody’s going to help you. It’s all up to you.
hunny
January 16, 2012 at 2:01 pm
Stay strong buddy! :)
Iz
January 16, 2012 at 2:52 pm
faiz..nice entry untuk kesekian kalinyer..bole aku suggest kt fren aku yg msh blum dikurniakan rezeki itu untuk baca post nih? aku x pandai la nk olah smula..tkut maksudnye lain plak nti..hehe..
erm,waiting for ur permission..hehe…ade 2 org kot yg aku nk suh bace..bole?
moonchild
January 16, 2012 at 2:49 pm
Aduhai. Share je. Tak payah mintak kebenaran. Bagi la pada kawan-kawan yang perlukan moral support. :)
Iz
January 16, 2012 at 2:51 pm
awww you made me cry again :)
thank you faiz…and hunny. utk setiap kata semangat,
setiap petikan surah, setiap pengalaman dan ilmu yang dikongsi.
bukan hendak menidak rezeki, nikmat, pemberian Allah yang lain. bukan tiada logik dan takdir yang difikirkan. aku sedar, tahu kemampuan dan boleh rasionalkan dugaan. tapi entri itu sekadar nak luahkan…..inilah yang aku rasa. yang ini. ini yang bagi ‘sakit’ sekali sekala. i tried putting it in a lighter mood but the issue is never one. jokes are my defense mechanisms ;p
aku tak pernah luahkan sebelum ni. tak secara langsung. pernah melalui poem. tapi itu pun ada yang dapat mengagak :) orang keliling tidak tahu apa aku rasa, rakan sekerja dan keluarga. cuma suami. alhamdulillah adanya dia..
terima kasih faiz. ingatkan aku, teguhkan lagi penerimaan. aku faham tapi aku lemah. sekali sekala, aku layan perasan lemah tu. cuci mata hehe. deng sekarang satu dunia dah tahu ;)
p/s: terus guna bahasa baku beb. tinggal huruf besar je tak tukar hehe.
syitah
January 16, 2012 at 5:46 pm
So Masyitah, Lps ni kalu ada yg duk lazer2 tanya, u jawab jer “belom lagi, xde rezeki” or “nnt la, we ols muda lagi” walopon itu cuma ayat propa. . . janji hati u tenang. Chill! :)
hunny
January 17, 2012 at 2:47 pm
Tengok. Ramai je sebenarnya yang hadapi situasi yg sama. So, jgn la rasa ‘alien’ sangat. :)
I know u’re strong. You don’t need our words pun. Cuma kalau boleh tak perlu la nak bermusuh dgn rasa sakit tu. Nanti lagi pedih. Admit it, but move on. Senyum. :)
Iz
January 17, 2012 at 2:53 pm
entry yg mencengkam jiwa..thanks bro. uhukkk
“Ada yang beriya mahu hidup berkeluarga, tetapi masih tidak bertemu jodoh. Mereka ‘lebih layak’ untuk menangis, bukan?”—> Ini saya dulu, menanges mengenang nasib diri..but now, saya selalu pesan kat diri
“Dah berulang kali rasanya aku memujuk, mungkin kita belum bersedia. Once dah ready nanti, tentu Allah bagi! Sementara tu, siapkanlah diri dahulu.”
Ohoi, mencopy je..Pasni promote la blog ni kat blog saya lak.
aizar
January 16, 2012 at 9:08 pm
Erk! Takkan la saya nak promote blog sendiri kat tempat orang? Haha. Pelik benor bunyinye. :p
Iz
January 17, 2012 at 2:55 pm
malam nie, wa tido peluk bantal lg…huhu
reyust
January 16, 2012 at 9:09 pm
Tapi hang sihat kan? Hang ada mak ayah kan? :)
Iz
January 17, 2012 at 2:56 pm
pire…me to always feel the same as masyitah..tp bile fikir bile Allah mungkin menguji kesabaran aku n beri aku rezeki yg lain aku jd kuat..cume kdg2 tu sedih jgk bile org asik2 tnya..huhuuhuh..tp tak pe..nnti kalau org tnya lagi..aku suh die bc blog hang…hihiiihi..daaaa kim slm kat yanie ..huhuh
Sabrina
January 16, 2012 at 9:39 pm
Bukan semua yg bertanya tu niat nak mengejek. Aku rasa kadang2 org btanya sbb nak initiate conversation. Topic paling senang untuk hang yg dah kawen n belum ada anak, tanya dah pregnant ke belum je la. So jgn la amik hati sangat. Suruh org tu doakan. Mana tahu? :D
Iz
January 17, 2012 at 2:58 pm
sometimes, kita fikir kenapa orang asyik bertanya soalan2 macamni..~insensitive~
aifadilaila
January 16, 2012 at 10:43 pm
(Sama jawapan dengan Sabrina tadi)
Iz
January 17, 2012 at 2:58 pm
satu lagi entry yg bagus, byk pahala ang faiz.
aku juga turut tersentuh. tq
whiteapple01
January 17, 2012 at 11:27 am
Moga cepat2 cukup duit utk kawen. Kami tunggu. :D
Iz
January 17, 2012 at 2:59 pm
banyak pahala buat entri baik2…teruskan tugas murni ini… :)
yana halim
January 17, 2012 at 1:16 pm
Amin. Doakan saya ikhlas. Saya takut apa yg sy tulis ni jadi dosa balik bila ada sum’ah, ujub, riya’ dan takabbur. Nauzubillah.
Thanks for reading! :)
Iz
January 17, 2012 at 3:01 pm
Aku boleh dikategorikan sebagai ‘suami Masyitah’, jadi aku boleh katakan aku faham Masyitah yang ini, dan ‘Masyitah’ yang hidup dengan aku, dalam rumah aku, dalam hidup aku.
Just a note : Aku tak penah blame ‘Masyitah’ aku, in any way, for any reason.
Kalau Sang Pencipta pun tak boleh kita salahkan, apatah lagi kita yang hanya pelakonnya. Kan?
=)
Hazard Ali
January 17, 2012 at 1:19 pm
Nice. :)
Iz
January 17, 2012 at 3:01 pm
generasi sekarang dah bnyk yang paham konsep rezeki, kawin, anak, semua tu rezki kurniaan Allah, kawan-kawan yang memahami bnyk membantu sebenarnya, tapi dilema yang selalu kita dengar dr yg ‘senior’. yang sepatutnya jadi orang yang bijaksana, tapi selalu cari scapegoat bila dengar kisah2 camni, mintak2 ibu-ibu mertua, bapak-mertua, kakak ipar dan abang ipar, cuba jaga perasaan orang lain, belum rezki Allah nak bagi, jgn tambah lagi tekanan, cukuplah bahu yang menanggung tu amat berat, don’t make it even harder.
jeet
January 18, 2012 at 6:06 pm
setuju… :)
Cahaya Mata
January 19, 2012 at 12:00 pm
Setuju. Takpelah, maafkan la diaorang. Hopefully batch kita ni buat pembaharuan. :)
Iz
February 3, 2012 at 8:58 am
nak pinjam ayat ni.. “ujian Allah itu datang tailor-made”…
*tersentuh…
sampai tak tahu nk komen apa…
.
Cahaya Mata
January 19, 2012 at 11:59 am
:).
Iz
February 3, 2012 at 8:58 am
“Bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya awak dah ada peneman tidur. Dah ada yang halal untuk dipeluk. Dah ada yang sudi mendengar dan memujuk. Lihat sekeliling. Ada yang beriya mahu hidup berkeluarga, tetapi masih tidak bertemu jodoh. Mereka ‘lebih layak’ untuk menangis, bukan?”
sedih..tp sabar lah wahai hati..tetap berdoa agar dipermudahkan jodoh..
miz fara
February 7, 2012 at 9:48 pm
Aminn!! :)
Iz
February 10, 2012 at 4:36 pm
Saya nak share boleh x?Macam kena dengan kisah saya.
Mrs Ariena
February 14, 2012 at 1:54 pm
Kalau dapat memujuk hati, silakan. :)
Iz
February 14, 2012 at 2:05 pm