Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara.

Cleaning in progress

with 18 comments

Hai lah hati. Kotornya cepat, cucinya payah. Tak selalu pula datang keinginan untuk membersih. Haihh.

Beberapa hari Quran tidak ditatap, terasa rindu yang amat. Alhamdulillah. Terima kasih atas rasa itu. Setidak-tidaknya masih ada ‘rasa kehilangan’ yang dicampakkan ke dalam hati ini tika aku mula lalai. Semoga ianya dapat membantu menyental daki di hati. Semoga hati kembali menjadi lembut dan segar.

Kenapa aku selalu risaukan tentang hati? Kerana kata nabi, daging yang seketul inilah yang akan menentukan samada baik atau pun buruk seseorang itu. Lagipun siapa yang tidak suka pada hati yang tenang? Bila tenang, tuhan akan terasa dekat. Dan bila hati kacau-bilau, mungkin itu tanda ada masalah dengan tuhan. Mudah!

Bila hati bersih, kebenaran akan mudah diterima, walaupun ia bukan di pihak kita.  Terasa hidayah dan ilmu masuk mencurah-curah. Sebab itu jangan dibiarkan hati itu mati.

Contohnya, lihat saja ikan yang hidup di laut. Tidak sedikit pun rasa masin air laut itu meresap ke dalam isinya. Kerana apa? Kerana ikan itu hidup! Tetapi apa yang terjadi saat ikan itu mati? Secubit garam pun sudah cukup untuk menukar rasanya menjadi masin. 

Begitulah hati. Selagi hati itu ‘hidup’, datanglah ujian dari arah mana pun. Pasti takkan mampu menggoyah. Tetapi bila saja hati itu ‘mati’, dugaan yang sedikit pun dirasakan terlalu besar dan terus saja mengubah fitrah. 

Jadi, penting bukan untuk kita terus menghidupkan hati? Dan antara caranya, tentulah dengan Quran. Ingat lagi tentang tips yang Ustaz Zahazan cadangkan? Membaca dua muka surat setiap kali solat?

Alhamdulillah. Bila ada peluang dan ruang, paksa juga diri ini membaca sebanyak mungkin helaian keramat itu. Bila melihat tebal yang sudah dibaca, syukur aku sudah hampir menghabiskan pembacaan. Peningkatan yang baik untuk diri yang sebelum ini memang jarang benar membaca kalam Allah. Alhamdulillah! 

Aku mengaku, tak mampu untuk aku istiqamah sepenuhnya. Ada hari tak cukup dua muka surat, ada yang empat, ada yang totally missed terus. Bukan mudah untuk bermujahadah. Ada kalanya tertewas juga.

Walhal nikmat Allah tak pernah berhenti. Dia terus memberi, dan memberi. Walau hambaNya ini kadang-kadang ‘terlupa dirinya hamba’. Syukur tuhan itu tuhan. Bukan manusia. Kerana kalau tuhan itu manusia, sudah tentu Dia akan berdendam bila aku derhaka. Tentu Dia akan berhenti memberi ketika aku melawan.  

Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas apabila melihat dirinya serba cukup. Sungguh, hanya kepada tuhanmu lah tempat kembali.

Surah Al-Alaq, ayat 6–8.

Astaghfirullah.

Lumrahnya memang kita akan bergembira dengan nikmat. Apatah lagi jika nikmat itu memang diimpikan. Segalanya Allah cukupkan buat kita. Untunglah bila nikmat mampu dibalas syukur. Tetapi bagaimana jika nikmat dibalas kufur?

Aku mula terfikir, jika nikmat tidak mampu menginsafkan, malah lebih menjauhkan, apakah ia benar-benar suatu ‘nikmat’? Atau sebenarnya istidraj yang mahu mencukupkan syarat untuk diturunkan azab? Semakin banyak nikmat, semakin ingkar jadinya. Huhu. Astaghfirullah.

Takutlah tuhanmu wahai hati. Saat kau merasa selesa dan cukup dengan segala yang kau ada, takutlah untuk berlagak seperti tuhan. Kerana hanya tuhan yang tidak memerlukan apa-apa. Semoga segala rezeki yang dilimpahkan ini merupakan nikmat yang diberkati.

Bila rezeki itu berkat, sikitnya mencukupi, banyaknya boleh memberi. – Ustaz Pahrol.

Berlawanan dengan rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas! Justeru sering kita mendengar orang kaya yang masih mengamalkan rasuah, walaupun rumah sudah sebesar istana. Kenapa? Kerana dalam hatinya sentiasa ada perasaan ‘tidak cukup’. Ibarat meminum air laut. Makin diminum, makin dahaga!

Jadi, marilah bersama kita bersihkan hati. Kerana bagaimana isi yang bersih (hidayah, ilmu) boleh dikekalkan jika bekas (hati) yang menakungnya kotor?
 
Antara doa yang diajar nabi berkaitan hati,

Ya Allah, ampunkanlah baginya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.

Ini doa untuk anak-anak sebenarnya. Tapi tak salah untuk mendoakan diri sendiri juga, kan? :)

~ Sesungguhnya tiada sesuatu yang mudah, kecuali Engkau menjadikan yang susah itu mudah. Mudahkanlah bagi kami ya Allah. 

Advertisement

Written by Iz

January 13, 2012 at 10:18 am

Posted in Personal

18 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. sbb dok rajin blog hg, hati aku pun tergerak nk beli al-Quran n mengaji…
    Alhamdulillah dh beberapa bulan dh mengaji walau xsetiap hari…huhu

    reyust

    January 13, 2012 at 10:31 am

    • Huhu. Syukur pada Allah sebab pilih kita untuk terima hidayahNya. Harap-harap kekal lah.

      Iz

      January 13, 2012 at 11:28 am

  2. alhamdulillah… terima kasih untuk perkongsian ini… :)

    teringat dulu masa sekolah cikgu agama selalu tekankan soal menjaga hati… berbeza dgn cikgu akademi, lebih tekankan soal luaran – akademik – penampilan dan pergaulan… Harap2nya cikgu zaman sekarang tak macam tu lagi….

    :)

    Cahaya Mata

    January 13, 2012 at 11:29 am

    • Sama-sama. Itulah. Harap-harap cikgu di sekolah sedar amanah untuk mendidik manusia, bukan menghasilkan ‘pendrive’ yg sekadar copy di kelas, paste di kertas.

      ~ Cikgu2 jgn terasa ya. Sekadar mengingatkan saja. Apapun, tanggungjawab mendidik tetap terbeban di bahu ibubapa. :)

      Iz

      January 13, 2012 at 12:17 pm

  3. Entry yang sangat2 membantu di saat2 ini…thanks (^_^)

    Are-Ja Nurin Adrina

    January 13, 2012 at 12:15 pm

    • Semua orang rasa mcmni? Musim kot? :)

      Iz

      January 13, 2012 at 12:19 pm

      • banyak membantu bila memerlukan..thanks..huhu

        aifadilaila

        January 13, 2012 at 5:28 pm

      • Tolong tegur kalau ada yang salah. :)

        Iz

        January 16, 2012 at 12:30 pm

  4. Aku mula terfikir, jika nikmat tidak mampu menginsafkan, malah lebih menjauhkan, apakah ia benar-benar suatu ‘nikmat’? Atau sebenarnya istidraj yang mahu mencukupkan syarat untuk diturunkan azab? Semakin banyak nikmat, semakin ingkar jadinya. Huhu. Astaghfirullah.

    Takutlah tuhanmu wahai hati. Saat kau merasa selesa dan cukup dengan segala yang kau ada, takutlah untuk berlagak seperti tuhan. Kerana hanya tuhan yang tidak memerlukan apa-apa. Semoga segala rezeki yang dilimpahkan ini merupakan nikmat yang diberkati.

    Bila rezeki itu berkat, sikitnya mencukupi, banyaknya boleh memberi. – Ustaz Pahrol.

    Pire: Words!! thanks millions

    Hunny

    January 13, 2012 at 4:07 pm

  5. Contohnya, lihat saja ikan yang hidup di laut. Tidak sedikit pun rasa masin air laut itu meresap ke dalam isinya. Kerana apa? Kerana ikan itu hidup! Tetapi apa yang terjadi saat ikan itu mati? Secubit garam pun sudah cukup untuk menukar rasanya menjadi masin.

    Begitulah hati. Selagi hati itu ‘hidup’, datanglah ujian dari arah mana pun. Pasti takkan mampu menggoyah.

    : paiz, tq

    whiteapple01

    January 13, 2012 at 5:38 pm

  6. salam…suke…thanks faiz…
    semalam sempat sembang ngan seorg kawan – ckp pasal kuliah tajuk ‘nikmat’ yg die dgr time majlis tahlil…

    apakah nikmat? ada yg bpandangan nikmat adalah apa yg kita harap@suka dan kita dapat…manakala kalau apa yg kita dapat tapi kita tak harap@kurang suka – itu bukan nikmat…dan yang kita harap dan tak dapat sama sekali – itulah bala…

    yg sebenarnya – segala sesuatu bukan dijadikan/ditakdirkan Allah sebagai sia-sia…segalanya yang Allah beri jatuh dlm kategori nikmat buat orang mukmin sbb orang mukmin menerima ketentuan…

    secara ringkasnya – nikmat adalah kurniaan yang mendekatkan diri kepada Sang Pencipta/Pemberi Nikmat…

    mungkin ramai antara kita pernah dgr kot – ajaibnya orang mukmin itu kerana sentiasa sejahtera hidupnya – apabila di dalam kelapangan rezeki, ia bsyukur…apabila disempitkan, ia bsabar…

    bukankah syukur dan sabar – sifat yg mdekatkan diri kepada Allah…

    nikmat kan?

    OK, sama-samalah hendaknya kita memelihara nikmat Allah iaitu Al-Quran dan Sunnah…insyaAllah…

    aliza

    January 13, 2012 at 9:14 pm

    • W’salam. Thanks sbb banyak betulkan saya. :)

      Iz

      January 16, 2012 at 12:29 pm

  7. Menarik sungguh tulisan ini dan raasa sungguh kena artikel ini pd diri sndiri…..:-)

    k.tiza

    January 14, 2012 at 8:04 pm

    • Sorang lagi sama. Musim la kot. Hehe.

      Iz

      January 16, 2012 at 12:29 pm

  8. Terima kasih, sekali lagi menjadi pengingat untuk diri ini…

    Noha

    January 15, 2012 at 5:42 pm

    • Sama2 lah saling mengingatkan. :)

      Iz

      January 16, 2012 at 12:28 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,030 other followers