Kelkatu
Tak tahu ini percubaan kali ke berapa. Tulis satu dua perenggan, delete. Buat kerja lain. Tulis, delete. Tulis, delete. Tulis, delete. Haih.
Writer’s block: It can manifest as the affected writer viewing their work as inferior or unsuitable, when in fact it could be the opposite. – Wikipedia.
Oklah, ini short note ditulis untuk peringatan diri sendiri dan yang lain.
Surah Al-Qari’ah.
1. Hari kiamat.
2. Apakah hari kiamat itu?
3. Dan tahukah kamu apa hari kiamat itu?
4. Pada hari itu manusia seperti kelkatu yang berterbangan.
5. Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
6. Maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikan) nya.
7. Maka dia berada dalam kehidupan yang menyenangkan.
8. Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya.
9. Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
10. Dan tahukah kamu apa neraka Hawiyah itu?
11. (Iaitu) api yang sangat panas.
• Surah ni di tag sebagai surah Makiyyah. Ok. Tau tak beza surah Makiyyah dengan surah Madaniyyah? Walaupun bunyinya macam tempat, tapi tak semestinya surah yang turun di Mekah akan dinamakan surah Makiyyah, dan tak semestinya surah yang turun di Madinah dinamakan surah Madaniyyah. Surah-surah ni dibahagikan mengikut content. Surah Makiyyah lebih kepada fundamental. Tentang iman, syurga, neraka, tauhid dan jati diri. Manakala surah Madaniyyah pula lebih kepada subject yang lebih advanced dan technical (sebab fundamental tadi dah kukuh.)
• Al-Qari’ah ni nabi s.a.w. cakap salah satu nama hari kiamat. Hari yang PASTI akan berlaku.
• Kita ambil contoh tsunami pun dah cukup. ‘Sehebat’ mana pun akal (technology) manusia, ada satu kuasa yang LEBIH HEBAT yang boleh wipe out semua yang kita ada dengan mudah dan simple. Masih mahu mengaku hebatkah wahai manusia?
• Gambaran hari kiamat nanti manusia akan menjadi seperti kelkatu. Gunung-gunung pula seperti dilambung-lambung. Saya pernah dengar satu metafora tentang ini. Cuba kita letakkan tanah di atas satu tikar. Buat la ala-ala macam gunung. Ok. Lepas tu, cuba kibas-kibaskan tikar tu. Apa jadi pada ‘gunung’ kita tadi? Berterbangan kan? Sudahnya jadi RATA kan? Itu ‘gunung’. Kalau manusia macamana agaknya ya?
• Sebab tu kita kena sentiasa ingat hari kiamat. Memang CONFIRM satu hari nanti akan berlaku. Cuma tak tau bila je.
• Allah bukannya zalim sengaja menyeksa hamba-hambaNya. Ingatlah kisah nabi Nuh. Sebelum Allah datangkan taufan, banjir besar, Allah dah bagi masa yang cukup lama untuk nabi Nuh berdakwah. Tapi umat dia tak mau dengar. Allah turunkan bala. Tinggallah orang yang beriman. Elok la sekejap. Lepas tu anak-anak orang beriman tadi sesat balik. Allah turunkan nabi-nabi untuk ingatkan kembali. Tak nak dengar? Allah hapuskan yang ingkar, dan Allah gantikan lagi! Begitulah seterusnya. Semuanya mudah bagi Allah. Dia yang mencipta, bukan?
~ Jadi, pilihlah sendiri. Nak Pay Now, Play Later ataupun nak Play Now, Pay Later? :)


menginsafkan…
reyust
January 6, 2012 at 12:20 pm
Happy bday bro. :)
Iz
January 6, 2012 at 12:22 pm
Tq
reyust
January 9, 2012 at 12:25 pm
Tahukah anda, logo baru Liga Super dan Liga Premier 2012, dicipta berdasarkan ikon PLAY (seperti yang terdapat pada perakam, video, alat kawalan jauh dll.)?
Hazard Ali
January 6, 2012 at 3:12 pm
kalaulah jojoe ada sebelah aku,aku teringin nak luku lutut dia pelan2 sebab komen out of topik huhu..
pakden
January 6, 2012 at 10:24 pm
Apa plak.. sebagai manusia normal, yang paling melekat kat kepala adalah subjek terakhir yang dibaca / dilihat / didengar, so PLAY it is. Hehehe…
Hazard Ali
January 9, 2012 at 9:10 am
Terima kasih!
Noha
January 9, 2012 at 5:51 pm