Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara.

FAQ: Rumah, Emas & Credit Card

with 39 comments

Rumah

Antara azam yang popular di kalangan kawan-kawan untuk tahun 2012 ni – nak beli rumah sendiri. Good! Masih tak terlambat kalau baru nak beli first house. Meh aku share sikit chapter ‘Harga Rumah’.

Untuk kira berapa harga rumah yang sesuai dengan gaji kita, ambil net salary tiap-tiap bulan, darabkan dengan 36.

* Note: 36 tu ialah 36 bulan (3 tahun). Kalau ikut Dr. Thomas J. Stanley (author The Millionaire Next Door), dia suggest 24 bulan gaji. Which will result in harga rumah yang kita layak akan jadi lebih rendah. Living in Klang Valley area, aku rasa tak sesuai la untuk guna formula US dia tu kat sini. Terlampau conservative. Itu yang aku tambahkan lagi 12 bulan to make it more realistic.

Contohnya, kalaulah gaji bersih setiap bulan RM5,000.

RM5,000 x 36 mths = RM180,000.

RM180 ribu ni lah harga maximum untuk mereka yang berpendapatan sekurang-kurangnya 5 ribu sebulan. Aku tak sure Dr. Stanley guna gross or net pay. Tapi aku suka ambil net salary untuk calculation. Sebab duit yang masuk EPF, tolak Socso semua tu, bukan dapat kat tangan kita, kan? Bahasa mudahnya, kita cuma boleh guna berapa amount yang masuk dalam account bank kita sahaja (net salary).

Untuk memudahkan korang, ni aku tulis siap-siap range mengikut formula yang aku olah daripada Dr. Stanley.

Harga rumah / Monthly net pay (at least!)

RM300,000 / RM8,300
RM250,000 / RM6,900
RM200,000 / RM5,500
RM150,000 / RM4,100
RM100,000 / RM2,700

Check la berapa gaji kita dulu sebelum berangan nak rumah macamana. Kalau rasa nak beli rumah RM250 ribu, make sure gaji bulanan anda dalam RM7 ribu. Barulah tak rasa sesak sangat nak bayar. Kalau gaji tak sebanyak tu, rendahkan la lagi harga rumah yang nak dibeli tu.

Ukur baju di badan sendiri. Kena akur kita takkan dapat semua yang kita nak/suka. Contoh: Lisa Surihani.

Of course, ini cuma guideline. Nanti ada la yang tanya aku, kami apply nak beli rumah RM250 ribu, tapi bank approve je?

Memang lah. Kalau rezeki awak dapat officer processing yang lenient, boleh lepas loan tu.

Cumanya kita sedang discuss bab personal finance. ‘Affordability’. Bank bukan peduli apa nak jadi pada kita dalam masa 30 tahun bayar hutang tu. Tak boleh bayar, dia ambil je balik rumah. Then lelong. Tak kose dia nak nangis-nangis peluk kita suruh kita sabar.

Part inilah yang kita cuba elak. Gaji kita bukan untuk bayar rumah semata-mata. Banyak lagi commitment lain, kan? JANGAN TAMAK!

Gold

Ni pun antara soalan yang selalu orang tanya aku. Bagus ke invest in gold? Frankly speaking, I’m not a big fan of gold. Excluding apa yang ada kat bini aku, memang aku tak invest in gold. Bini aku suka white gold by the way. Kuning-kuning ni ‘tak elegant’, katenye. Huhu. 

Kalau tengok kat Facebook, dah ramai yang promote ajak join diaorang invest in gold. Wah, nampak sophisticated la gold investor ni. Kau setakat invest kat ASB/Tabung Haji, apa kelass? Lagipun semua orang cakap harga emas ni memang takkan turun. Sentiasa naik!  

Aku kurang bersetuju dengan idea ‘Beli je emas. Confirm takkan jatuh’. Actually, price of gold CAN drop. It happened before. In 1980 and 2000. And no one can guarantee it will never reoccur again.

Cuba baca article ni.

http://finance.fortune.cnn.com/2011/12/20/gold-bear-market/?iid=HP_LN

Aku tau, mesti hangpa malas click nak pi baca, kan? Kan? KAN?

Haih.  (-.-)”

Ok la, ni key points article tu.

• Harga emas dah sebelas tahun tak pernah jatuh, menjadikan ini antara rally yang paling lama. Tapi semenjak dua menjak ni, high profile investors dah mula jual gold position diaorang. Termasuklah Geroge Soros. (Ok, aku tau ramai orang benci dia. But we gotta to admit that he’s a smart investor!) Dia panggil price gold ni ‘the ultimate bubble!’. Ingat yea kawan-kawan, what goes up, must come down.

• Tahun 1980 dulu price pernah jatuh more than 60%!! Bayangkan, anda invest RM5 ribu, tengok-tengok bukan saja rugi, tapi investment value pun tinggal RM2 ribu je. Sanggup? Tahun 2000, sekali lagi gold jatuh. Next crash will be…?? Jadi, lepas ni sila betulkan statement anda yang ‘gold-takkan-jatuh’ tu yea.

• Bulan September haritu gold catat sejarah harga paling tinggi. Tapi since then, harga dah jatuh 15%. (Note: ‘Bear’ signal will be triggered once it hits more than 20% decline). Dah tak jauh dah kan?

• With eurozone debt crisis ni, some investors dah mula lari daripada gold investment. Sebab harga gold sendiri pun dah jadi volatile. Orang dok cakap gold ni ‘safe haven’. Tapi kalau asyik fluctuate je, tak la ‘safe’ mana, kan? Sudahnya investors bet on US Treasuries which is relatively safer.

• Alasan inflation juga antara yang popular. Selalunya orang cakap gold boleh hedge inflation. Tapi according to Cetin Ciner (otai gold), the fundamental is not there! It’s not the safe investment that people thought it was. It has actually become very dangerous right now.

• Technically pulak, gold dah jatuh bawah 200-day moving average (MA). Sekarang resistance level nya dekat $1,500. Kalau jatuh bawah lagi dari level ni, itu akan meng’confirm’kan bubble September haritu dah start bursting.

• Historically, platinum will be traded at a premium of $100 or more over gold. Maknanya kalaulah harga gold $1,600, platinum mesti at least $1,700. Tapi sekarang ni premium platinum over gold dah makin mengecil. Which indicate gold price ni dah inflated.

Tapi bila price jatuh, agent yang dok prmote gold ni (agent unit trust pun sama), akan cakap Jangan panic! Tambah lagi! Tambah lagi! Tambah lagi! Tambah lagi! It’s called Dollar Cost Averaging. Nampak canggih kan term tu? Kita pun ikut.

Tengok price, tak jugak naik-naik. Makin ke bawah lagi ada la. Last-last, koyak! Teeeeet. Game over.

Hehe. Itu teori boleh la. Cuba tanya active investor, sure depa gelak ja. A good adviser will be able to tell ‘when to sell’, instead of keep on bullshit convince us to keep on buying.

Don’t afraid to CUT LOSS! Betui dak Ustat?? :)

Credit card

Selalu orang tanya credit card yang mana paling bagus. Sudah ditulis pandanganku di sini – Credit Card 101 

Kali ni nak bagi update je.

Pernah tak masa korang nak beli handphone ke, laptop ke, jewellery ke, masa nak swipe tu tiba-tiba orang kedai tu sengih-sengih cakap ada extra 3% surcharge. Kalau nak harga yang display, kena bayar cash. Pernah?

Ok, mari bocorkan rahsia mereka.

Sebenarnya itu cost dia. It is called Merchant Discount Rate (MDR) yang bank charge kat diaorang. Bukan kepada customer. Tak sepatutnya dia pass kat kita. Very unethical. Yang kita ni pun, dah malas nak cerita panjang, sign je resit. Dalam hati orang kedai tu, Yess, sorang lagi sudah kena!! Muahahaha.

Lepas ni, cakap je kat merchant tu Itu you yang patut bayar. Bukan customer. Nak nampak canggih lagi, mention la pasal ‘MDR’ ni. Hehe.

Kalau dia buat tak reti jugak, nevermind. Request separate sales slip. Satu untuk harga barang yang kita beli, satu lagi untuk ‘extra charge’ dia tu. Then complaint kat bank or card issuer (Mastercard/Visa) untuk dapatkan refund. Plus, merchant tu akan didenda. Nice?

Oklah yea. Panjang dah ni. Kalau ada yang nak tanya pasal hukum ASB, saya dah tulis kat sini dulu. Tentang ASB

~ Enjoy your long weekend folks! :D

Written by Iz

December 29, 2011 at 9:19 am

Posted in Personal

39 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. wah…mahalnye harga umah….me dh de umah pertama but now looking for umah kedua..sbab?nak balik kg..keje kt kg…(eh,ipoh kire kg ker?muahaha)…

    dh stat survey umah kt ipoh tuh,mostly harga umah suma 150k and above…mane nk cari umah bwh 100k dh..lowcost umah plak,kite xleh apply kn klu gaji lebih 3k..even lebih rm1 jer pun mmg xleh apply nye..so how? huhu…..nak sewa jer dulu?rase cam x bebaloi..baik byr kt bank dr bayar sewa kn…

    moonchild

    December 29, 2011 at 10:21 am

    • Hehe. Itu pun saya dah adjust. Kalau ikut formula original, kali 24 bulan, lagi laaa rendah harga rumah yang kita layak. Sikit2 lebih kurang tu ok la. Cuma jangan melampau2 sangat. Tu je main point sy tulis ni. Sebab sesetengah org fikir kalau rumah, takpe beli mahal2. Investment. Tapi kene fikir commitment lain jugak. :)

      Kat ipoh BANYAK GILER rumah cantik2!! Huhuhu.

      Iz

      December 29, 2011 at 10:25 am

  2. ohh..tq! best betul topik pagi ni :))

    Noha

    December 29, 2011 at 10:22 am

    • Semalam org tanya2 saya. Tu yg tulis terus. Lepas ni boleh suruh refer sini je. Hehe.

      Iz

      December 29, 2011 at 10:25 am

    • Mmg best pun noha, informative :P
      Ini noha g sy kenal ke ? heeee

      husna

      December 29, 2011 at 10:39 am

      • Ha ni salah sorang otai gold gak ni. Kalau nak buat ucapan, silakan. :p

        Iz

        December 29, 2011 at 4:43 pm

      • aiiyarrkkk…hehe…silap org kut husna, saya ni tak glamer pun…noha lain kut yg husna kenal tu..teehehee…anyway, selamat berkenalan la kita ye :)

        Noha

        December 30, 2011 at 12:05 am

      • Ye ke tak glamer. Tah2, Lisa Surihani saja menyamar. Nak saaiinnnn!! :P

        Iz

        December 30, 2011 at 8:53 am

    • topik paizz hari2 pun besh..hehe

      imaan09

      December 30, 2011 at 11:51 am

  3. ermmm…
    baru nak berjinak-jinak melabur emas…. :)

    tapiiii…

    kena pikir semula lah…. ngeeee…

    Cahaya Mata

    December 29, 2011 at 10:41 am

    • Haha. Saya bukan la larang nak invest in gold. Cuma nak ingatkan jangan ghairah sangat bila dengar cerita2 org. :)

      Iz

      December 29, 2011 at 4:43 pm

  4. Umah aku sewa la ni RM600. Tadi jenguk kat Mudah (yupp, TADI), ada yg dah galak letak sewa jadi RM1300!

    Gila kan manusia?

    Ada satu umah ni aku berkenan, kat area umah Mil. Sewa kalu RM1000, tapi kalau beli RM475k. Uhuk.

    So Incik Pait, tulong tambah gaji chek dalam 5-6 belaih ribu lagi leh? Huhuu…

    Jojoe

    December 29, 2011 at 11:00 am

    • Hmm. Masuk money drop je la. Cepat sikit dapat duit.

      Iz

      December 29, 2011 at 4:44 pm

      • hahahha best tu money drop, geram ja tgok org yg xdpt jawab soalan yg simple2 hehe

        husna

        December 29, 2011 at 7:43 pm

      • Kan! Aku pernah jawab dgn org kat tv tu, lepas soalan kelima aku still ada satu juta!! Arrrghhh!!

        Iz

        December 30, 2011 at 8:50 am

  5. Caya laa Faiz…good info…ini laa yg aku cari selama ini…hahahhaha

    moon

    December 29, 2011 at 11:36 am

  6. Boleh promote blog ni kat kwn2. Good ^_^

    whiteapple01

    December 29, 2011 at 2:15 pm

    • Auww. Malu iii. Hahaha. Thanks for reading. :)

      Iz

      December 29, 2011 at 4:45 pm

  7. Informatif sangat. Terima kasih!

    Ummi

    December 29, 2011 at 3:17 pm

    • Terima kasih sebab datang jenguk! :)

      Iz

      December 29, 2011 at 4:45 pm

  8. sy pun tertarik nk komen jgk.setuju dgn komen en tu.mana da rumah yg bwh 100k skrg. even kt kelantan yg lower living cost ni pn umh basically around 200k. tu pn yg 3bilik 10×10 je..klu gni mmg smpai bla2 la xde umah sdri..

    ri1208

    December 29, 2011 at 6:49 pm

    • keberhasilan sesuatu usaha adalah bergantung kepada apa yang kita mahu. sekiranya rumah yang kamu mahu, dream for it and work for it..all the best!

      aifadilaila

      December 29, 2011 at 7:45 pm

    • Macam ni bro. Saya di sini cuma ‘mencadangkan’ harga rumah yang sesuai dengan kemampuan (gaji) kita. Supaya tak lah rasa terbeban dengan hutang rumah. Tapi kalau bro rasa harga yang dicadangkan ni terlalu rendah, or bro rasa nak duduk kat rumah yang lebih high-end, silakan. Belilah rumah idaman tu. Saya takda masalah. Guideline ni bukannya ‘wajib’ diikut. Sekadar memberi rough idea untuk mereka yang nak beli rumah tapi taktau where to start. :)

      Pasal rumah bawah RM100k tu, x sure la. Betul ke tak ada? Atau kita punya expectation/lifestyle yg tinggi? Hehe. Sebab kalau bro ckp kawasan tu semua harga Rm200k, maknanya on average org2 kat situ mampu beli harga tu. Developer takkan suka-suka je build lepas tu letak harga mahal2. Diaorang akan study dulu faktor macam ‘supply n demand’ and ‘purchasing power’. Kalau dia main buat je, then takde org mampu beli, dia jugak yg rugi balik, kan?

      Jangan la pessimist sangat. Insyaallah, mampu beli. Tapi ikut la kemampuan. Jangan berselera naga kalau kita ni tikus. Kalau nak rumah satu juta, kena la kerja yang worth satu juta jugak. Man Jadda Wajada, right? Siapa yang berusaha, pasti dia akan mendapat hasilnya. :)

      Iz

      December 30, 2011 at 8:49 am

  9. harga emas memang boleh turun naik. tapi emas dan perak adalah logam berharga yang ada nilai. boleh melabur dalam emas, tapi jangan le taksub sangat dengan emas. yang terbaik adalah ‘diversification’..ye dak..hehe

    actually, sy faham pasal Dollar Cost Averaging tu tapi macam lambat sikit la kalau nak maximize investment kan..cuma yang bagusnya dapat disiplin simpan duit. kalau tak simpan duit, macamana nak invest?

    aifadilaila

    December 29, 2011 at 7:59 pm

    • Setuju. Boleh je invest in gold ni. Cuma jgn ‘high’ pulak dengar cerita2 manis. Hehe.

      Kalau awak baca buku Why We Want You to be Rich (by Donald Trump and Robert Kiyosaki), diaorang tak setuju sangat tau dengan idea diversification. Diaorang lebih suka focus, to maximize returns. :)

      Iz

      December 30, 2011 at 8:52 am

      • I got it. Jadi in other words, boleh buat diversification, tapi kena tau kat mana fokus kita. Nak makan pun kena ikut piramid makanan whatt, baru la balance. Macam tu jugak dengan investment diversification kan. Tapi saya rasa itu bergantung pada orang jugak. Ada jenis orang tu dia jenis kena buat 1 kerja je baru boleh fokus, then boleh perform better. Tapi mungkin ada sesetengah orang jenis yang multi-tasking, yang mesti nak buat kerja sampingan.

        **sy kurang faham la baca artikel or whatever source in English. Buku tu ade tak versi Malay punye?hehe

        aifadilaila

        December 30, 2011 at 7:24 pm

  10. salam buat faiz,yanie and qaid…

    lame x singgah…nk je prove – no IFs, no BUTs attitude – payah jugak le… [4:28] hehehe…

    nway…selamat 2012!!!

    moga ukhuwah sesama kita diredhaiNya…

    aliza

    December 30, 2011 at 9:18 am

  11. paiz.. ada kawan zarip.. MD syarikat lama y dia kerja.. dia banyak laa invest2 beli umah jadikan aset.. tp ikut perkiraan peribadinya “menyewa sepanjang hayat” lebih untung.. cumanya xde aset utk d wariskan kepada anak2.. tp bila anak2 besar, biasanya akan cari umah sdiri jugak utk beli bukan nk sgt duduk@amik umah mak pak..
    sejauh mana kebenarannya..????perkiraan incik paiz pulak cmana..?
    tq in advance!

    imaan09

    December 30, 2011 at 11:56 am

    • Tell you what, it is possible. Ni aku bagi contoh untuk senang nak nampak.

      Kata la loan rumah dia, bayaq kat bank Rm1k/mth. Tapi dia sewakan Rm1.5k/mth. Dia untung Rm500/house. Kalau dia ada 2 bijik rumah macam tu, dia dah boleh menyewa kat rumah yang < Rm1k/mth, for 'free' sebab untung dari 2 rumah tadi (500+500) yg cover duit sewa rumah dia duduk.

      Then what if kalau dia ada multiple rumah dengan strategy yg sama? Start daripada rumah ketiga dan seterusnya tu memang purely profit je la.

      Strategy mcmni akan bjaya kalau,

      1. Kita sanggup rendahkan sikit lifestyle kita i.e walaupun kita mampu beli Honda, tapi kita still pilih Proton. Kita mampu beli bungalow, tapi kita beli 2 apartment. (lebih kurang la)

      2. Ada modai yang banyak (untuk downpayment rumah).

      3. Perfect selection of house location (to make sure rental lagi tinggi drpada payment to bank every mth).

      Iz

      December 30, 2011 at 2:54 pm

      • aku rasa dia tanya sewa rumah seumur hidup lagi untung daripada beli rumah dan bayaq tiap2 bulan. ka aku yang tak paham soalan dia dan jawapan yang hang bagi?

        Myvi Oren

        January 4, 2012 at 8:30 pm

      • Dia sewa, tapi at the same time dia beli jugak rumah. Cuma dia tak duduk kat rumah yg dia beli. Itu yg aku paham la. Hehe.

        Iz

        January 6, 2012 at 11:16 am

  12. hg mention aku ker…aku pun kadang takut nk cut loss…huhu
    byk info post kali nie..best

    reyust

    December 30, 2011 at 4:27 pm

    • Eceh. Hang lagi layak ckp bab investment strategy sebenaqnya. Huhu.

      Iz

      December 30, 2011 at 5:04 pm

  13. En.Faiz,

    tak tau pun pasal MDR tuuuuu….
    nape hari ni baru bagitau….
    huhuhu…..

    tak pe, lain kali, saya akan pastikan saya tegakkan hak saya.

    terima kasih untuk info yang sangat bagus.

    p/s : saya dah beli rumah. parents suruh cepat2 beli, sementara masih muda dan juga ~ pasal takut BLR makin lama makin naik.
    oh, rupa-rupanya keputusan membeli rumah adalah sangat rumit dan memeningkan kepala.
    tapi bila dah selesai, sangat lega dan boleh fokus untuk pembesaran anak-anak pula…

    Diana

    December 30, 2011 at 5:03 pm

    • Pasal MDR tu, Bank Negara dah instruct banks to create awareness sbb dah ramai sangat kena tipu dengan merchants. Im just helping them in informal way. :)

      Beli rumah MEMANGGGG RUMITTT. Macam2 nak kena fikir. Location, budget, rumah jenis apa, lawyer, etc. Tu sebab jangan cari yang ‘terlalu sempurna’. Sebab sure susahnya nak jumpa rumah yang ikut semua kehendak kita. Masa still berjalan jugak.

      Advantage kalau beli rumah muda2 ni, boleh stretch loan jadi panjang = reduce la sikit monthly payment tu.

      Tapi dah ada rumah, lega kan? Boleh focus benda lain pulak. Kadang2 kesian jugak kawan2 yg still tercari-cari rumah. Tapi kita nak tlg pun tak berapa pandai. Ikut rezeki jugak yang sebenarnya. Doa la banyak2.

      Iz

      December 30, 2011 at 5:26 pm

  14. Yeap yang pasal umah tu dah penah baca kat entry sebelum ni. (wah peminat tegar hehe). Kakak kita nak beli umah pun refer formula abang tu.

    Btw, Kak Yanie, sepp sikit! Kita pun suka white gold! Tapi mak kita cakap tak laku sangat. Hehh :p Tapi kita sukaaa jek! :)

    Izzati Azman

    December 30, 2011 at 9:50 pm

    • Lagi sorang pembaca tegar. Haha. Thanks! :)

      Iz

      January 6, 2012 at 11:15 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,030 other followers