Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara.

Basuh Baju

with 8 comments

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila ku menjauh
Kembali ke pangkal jalan

Oh, biar pedoman ini
Berkekalan di hati selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Pedoman, Nora feat V.O.U.

Ralit baca blog orang, blog sendiri dah taktau apa nak di update. Hehe. Ada la satu dua blog yang menarik perhatianku sejak belakangan ni. Daripada teori asal-usul bangsa Melayu, sampailah ke cerita adventure seorang gadis ke Bandung tanpa pengetahuan orang lain (termasuk ibunya!). Semuanya ku baca dengan penuh minat. :)

Semalam ramai yang share satu lagi clip Youtube tentang Hudud di Facebook. Dikatakan inilah wajah sebenar ‘sembang-sembang rakyat’. Kalau benar, alhamdulillah. Tak ada lagi caci maki di kedai kopi. Semuanya bertukar menjadi majlis ilmu. Indah!

Aku dah tengok clip tu. Elemen Matluthfi memang kelakar gila. Hehe. Tapi message sebenar jauh lebih besar daripada ‘jangan-curi-guitar’. Dan aku suka dengan apa yang disampaikan dalam clip tu. Penerangan yang mudah difahami untuk orang yang kurang ilmu seperti saya.

Cumanya, hehe. Tersenyum apabila melihat comment-comment sampingan. Ada yang bernada keras tegas, ada yang nampak jujur mahu berkongsi ilmu, tak kurang juga yang sekadar ‘:)’.

Saya tak nak comment bab itu. Itu soal niat. Dan niat bersangkut dengan keikhlasan. Seperti yang kita tahu, ikhlas ini adalah rahsia. Kalaulah kita benar-benar faham apa erti ikhlas, tentu kita takkan mampu untuk berkata, Betul, aku ikhlas ni. Kerana hanya Allah yang boleh menilai keikhlasan kita.

Teringat pada satu kisah rasulullah s.a.w.

Seseorang telah datang kepada nabi dan bertanya, ada tak cara bertaubat untuk kesalahan membunuh?

Nabi menjawab, ada.

Tak lama kemudian datang seorang yang lain pula dan bertanya, ada tak cara bertaubat untuk kesalahan membunuh?

Tapi kali ini nabi menjawab, tiada!

Para sahabat menjadi hairan. Kenapa jawapan nabi tak sama?

Nabi jelaskan kepada sahabat, yang seorang itu bertanya kerana dia betul-betul mahu bertaubat atas kesalahan yang telah dia lakukan (membunuh). So nabi cakaplah ada caranya.

Manakala yang seorang lagi pula datang bertanya dengan niat mahu pergi membunuh. Jika nabi cakap ada cara bertaubat, tentu dia akan meneruskan niatnya!

Jadi, perkara yang sama, tapi dengan niat yang berbeza, tetap akan mendapat hasil yang tidak sama. Faham kan? :). Semoga niat kita share clip tu luruslah. Bukan untuk retaliate kepada clip yang pertama dulu.

Eh, tapi bukan aku nak cakap orang yang share clip tu tak ikhlas. Takk. Siapalah aku nak judge amal orang lain. Huhu. Sekadar mengingatkan saja. Niat anda, anda dan Allah saja yang tahu. Ambil contoh dua situasi ni.

Seorang, sedang membasuh baju. Seorang lagi, sedang bersolat sunat Dhuha.

Zahirnya, yang pertama adalah perbuatan untuk dunia, manakala yang kedua adalah perbuatan untuk akhirat.

Tapi, bagaimana pula dengan niat?

Yang membasuh baju tadi, niatnya mahu menjaga kebersihan. Kerana Allah suka pada yang bersih. Niatnya, dengan baju yang bersih itu nanti bolehlah dipakai untuk solat.

Yang bersolat Dhuha tadi pula, kerana mak mertua ada kat rumah! So nak tunjuk baik la depan mak mertua.

Ha! Macamana? Sekarang, siapa yang akan mendapat ganjaran di akhirat nanti? Yang nampak biasa-biasa saja (basuh baju) atau yang nampak alim (solat Dhuha)? :)

Oh, nak share satu cerita. Ada la satu hari tu, aku chat dengan sorang kawan ni.

Dan kalo ko nk tau setiap blog ko, aku mesti bacakan kat mak pak aku.
Haha. Tak pasai2 depa kena dengaq aku merepek.
Hish xla, mak aku selalu tanya ‘faiz hamsidi tulih apa arini?’

Huhu. Terharu. Terkedu. Syukur. Malu. Semua ada. Alhamdulillah. Ada juga rupanya yang terkesan dengan tulisan tak seberapa ni. Bukan ilmu aku. Aku sekadar menyampaikan. Aku juga masih belajar. Dan untuk menajamkan kefahaman, itu yang aku tuliskan di sini. Itupun, Allah yang memberi ilham untuk aku menyusun kata.

Dan, seperti kata penulis idola saya, tiada apa yang diharapkan sebagai penulis, melainkan doa yang ikhlas daripada pembaca. Sepertimana aku mendoakan readers blog ni, harap-harap ada jugalah yang sudi mendoakan aku dan keluarga. :)

Ko nk tau tak, aritu ko ada tulis psl baca quran. Terus terang aku ckp aku mmg jarang baca quran. Jaranggggggg sgt. Tp pas baca ape yg ko tulis, terus semangat n beli quran baru n now Alhamdulillah ari2 nk baca quran.
Alhamdulillah. Huhu.

Alhamdulillah. Semoga ada ‘share’ aku dalam amalan tu. Dan macam yang aku pesan kat kawan aku ni, tolong doakan aku jugak. Doakan semoga aku menulis dengan ikhlas. Doakan aku jauh daripada sifat takabbur, riya’ dan ujub. Doakan aku menulis untuk redha Allah, bukan untuk pujian manusia. Apalah guna disanjung penduduk bumi, kalau dihina penduduk langit. Huhu.

Bagi aku, semua orang ada ujiannya masing-masing. Mungkin pada sesetengah orang, ujiannya adalah untuk mengubah kembali cara hidup yang mungkin mula menyasar.

Ujian buat aku sendiri tak kurang hebatnya. Reader semakin hari semakin ramai. Bila ada yang memuji, itu ujian buat hati. Tercalitkah rasa hebat jugak aku ni? Bila ada yang mengkritik, itu juga ujian untuk akhlak dan kejujuran. Mau lepaskan geram dengan kata yang kasar jugakah? Berani tak, nak mengaku bodoh

Dan yang paling aku risaukan, kalau-kalau aku ni sekadar pandai bercakap sahaja, tapi buatnya tidak. Itukan munafiq namanya? Huhu. Nauzubillah.

Kelmarin masa tukar-tukar channel radio, tersinggah kat IKIM. Ada Ustaz ni promote kem motivasi untuk remaja. Tapi dalam pada dia dok promote tu pun aku sempat ‘curi’ dua tiga point yang menarik.

Ustaz tu cakap diaorang nak bentuk remaja seperti zaman rasulullah s.a.w. Masa tu kalau orang tanya Macamana Islam? Jawabnya Tengoklah nabi. Tengoklah Ali. Tengoklah Umar. Itulah Islam.

Tapi sekarang, kalau orang tanya Macamana Islam? Kita nak tunjuk orang Islam yang mana satu pun tak berapa confident. Sebabnya, yang Islam tak suruh buat, kita buat. Yang Islam suruh buat, kita tak buat pulak. So macamana nak jawab soalan kalau nak tahu macamana Islam, Tengoklah aku! Awak berani?

Kita kadang terlupa yang kita ni sebenarnya ‘duta’ agama Islam. Apa yang kita buat, semua akan di tag kepada Islam. Kalau baik, baiklah nama Islam. Kalau buruk, buruklah nama Islam.

Lepas tu Ustaz tu cakap setiap kali kita mendengar hadis nabi, bayangkan nabi sedang bercakap dengan kita. Nabi sedang menasihati kita. Kita sanggup bayar beribu-ribu untuk mendengar ucapan penceramah hebat, tapi kenapa ambil mudah dengan ucapan ‘manusia paling agung’?

Lagi satu Ustaz tu cadangkan setiap rumah ada amalan baca hadis dan quran. Dalam 10 minit sehari pun jadilah. Walaupun nampak kecil dan remeh, tapi yang kecil inilah yang akan menarik rahmat Allah ke dalam rumah kita. Bila rahmat Allah ada dengan kita, apa lagi yang kita perlukan? :)

And last but not least, Ustaz tu cakap dulu kalau Saidina Umar hantar surat, dia ada letterhead yang special. Dia akan tulis jika seseorang itu dapat menyempurnakan solatnya, maka tanggungjawab yang lain pasti akan dapat digalas dengan baik. Namun jika solat 5 waktu pun tak boleh jaga, tanggungjawab lain CONFIRM takkan boleh jaga!

Coming to think about it, betul jugak. Kalau amanah daripada tuhan pun kita tak takut, boleh abaikan senang-senang je, apatah lagi amanah makhlukNya? Subhanallah!

~ For some intellectual history/Islamic/Malay reading, I strongly recommend you to go to www.riwayatmelayu.blogspot.com *Kegilaanku sekarang*

Advertisement

Written by Iz

December 16, 2011 at 11:12 am

Posted in Personal

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Takdak pun blog tu. Abang Pa’it muhong.. =P

    Hazard Ali

    December 16, 2011 at 12:01 pm

    • Sorry guys. Just realized dia dah restrict blog tu. Sbb contentnye sangatlah confidential. Huhu.

      Iz

      December 16, 2011 at 12:03 pm

  2. tulaaaaa…dh tak dpt baca.. dh la banyaaak lg tak sempat bace. memang melekakan blog dia. melekakan dari segi kita asyik nak tau, what’s next, what’s next. hehehe.

    yg adventure ke bandung tu, boleh kongsi url dia bang? tq!

    Khairul Idzwan

    December 16, 2011 at 12:48 pm

    • Member abg ada compile kan blog tu dari first entry sampai entry latest dalam Word. Siap dah sorted lagi. Nak? Nanti kita bincangkan harganya yea. Heheheh. :p

      Yang Bandung tu, http://realjeet.blogspot.com Follow la blog akak ni. Best jugak content nye. Entry tafsir quran dia lagi details. :)

      Iz

      December 16, 2011 at 3:38 pm

      • ada diskaun harga kawan2 adik x? hahaha

        Khairul Idzwan

        December 16, 2011 at 4:10 pm

      • diskaun adik-adik ada. hahaha. bak email, bro.

        Jojoe

        December 21, 2011 at 5:00 pm

  3. aik..ada promotion free plak kat sini? :)

    anyhoo, yang tafsir tu sebijik2 copy paste kat course binder, tu pon lambat sangat nak update, insyaAllah akan diselesaikan secepat mungkin, thanks sebab ingatkan!!

    jeet

    December 19, 2011 at 11:17 pm

    • Ilmu apa je yg kita boleh bagi sendiri? Memang semua pun kita copy paste kan? :)

      Iz

      December 21, 2011 at 9:38 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,030 other followers