Teka-teki!
Teka-teki #1
Weekend lepas ada kematian. Jiran selang 4 buah rumah parent aku. Kebetulan kami di Ipoh. Al-Fatihah untuk Pakcik Jamal. Semoga arwah tenang di ‘taman syurga’ sementara menanti untuk dibangkitkan kembali.
Since Yanie kena jaga booth kat Dataran Ipoh, Ridhwan yang ikut aku ke masjid dan kubur.
Melihat taburan di atas kubur, aku usik pengapitku yang setia ni.
Tau tak kenapa kita letak daun-daun, bunga-bunga tu atas kubur?
(Terdiam). Tak tahu la.
Teka?
Untuk wangi??
Salah. Kita letak daun-daun tu sebab mengharapkan moga-moga daun tu dapat tolong orang yang dalam kubur tu. Daun-daun ni kan semuanya sentiasa berzikir pada Allah? Ini berdasarkan satu hadis nabi.
Nabi s.a.w. berjalan melalui sebuah kebun. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w.,
Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.
Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,
Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.
Sesudah itu baginda menyuruh supaya diambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.
Sahabat pun bertanya,
Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?
Jawab baginda,
Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.
(HR Bukhari)
Jadi, perlaksanaan tu memang dah ada dalam masyarakat kita ni. Alhamdulillah. Cumanya biarlah perbuatan itu disertai dengan kefahaman. Barulah tidak menjadi sekadar adat yang tiada nilainya.
Berdasarkan hadis ni jugak la kita tidak dilarang untuk membaca Quran di tepi kubur atau di mana saja untuk dihadiahkan kepada si mati. Kerana alangkan daun pun boleh menolong, apatah lagi manusia? :)
Teka-teki #2
Semalam aku dengar kuliah tafsir Ustaz Zahazan. Mengupas tentang takabbur. Ini berkenaan dengan hadis nabi yang mengatakan takkan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya walau sekelumit rasa takabbur, iri hati dan hasad.
Para sahabat bertanya, Wahai nabi, bagaimana pula jika ada yang sukakan pakaian yang cantik, rupa yang cantik?
Jawab nabi, Allah itu Maha cantik. Dia suka pada yang cantik.
Takabbur di sini bermaksud menafikan kebenaran, dan kamu menzalimi manusia lain. Kamu memperlekehkan orang lain.
Kemudian Ustaz Zahazan masuk tentang perbincangan kenapa umur syaitan panjang. Adakah kerana doa syaitan dimakbulkan Allah, atau pun memang sudah ditulis ajalnya sehingga tiupan sangkakala yang pertama.
Anyway, dalam perbincangan tu, aku tertarik dengan quote daripada Professor Hamka.
Teka-teki yang aku nak bagi korang,
Allah suka pada kebaikan. Tapi, apakah ‘kebaikan’ itu?
Haa.
Boleh jawab tak?
Jom kita dengar apa kata Professor Hamka,
Manusia mendambakan kebahagiaan dan ketenangan,
Bagaimana kita mengetahui kebaikan jika tiada kejahatan?
Bagaimana kita kenal erti kejujuran tanpa ada keculasan?Jika demikian asasnya,
Harus ada yang tampil bukan sahaja dengan yang buruk,
Malahan yang melakukan keburukan dan memperdayakan manusia yang lemah imannya untuk membuat kejahatan,Sungguh tepat ungkapan yang mengatakan bahawa manusia mengenal kebaikan sejak adanya syaitan,
Kebaikan pada pandangan Allah sebenarnya bukanlah kebaikan dengan sebab anda melakukan kebaikan,
Tetapi anda mampu untuk melakukan kejahatan pada waktu itu,
Tetapi anda memilih untuk tidak melakukannya.
Aduhai, sedapnya bahasa.
So, jawapan pada teka-teki aku tadi, kebaikan itu adalah perkara baik yang kita pilih walaupun kita sebenarnya mampu untuk melakukan kejahatan pada ketika itu.
Dan sebab inilah kita lebih dimuliakan daripada malaikat. Malaikat tak ada pilihan. Memang dia tau buat baikkk je. Tak pandai langsung buat jahat. Kita, boleh pilih! Jadi, kita lebih hebat bila kita mampu memilih untuk membuat kebaikan walau mampu untuk membuat kejahatan.
Hmm.
About previous entry, memang dah agak dah aku akan kena tembak kiri kanan depan belakang. Dah mentally prepared dah. Haha. Bukannya tak biasa. Tiap-tiap kali aku menentang arus, kelipan mata berikutnya pasti aku dah dimasukkan ke dalam kandang orang bersalah dan diasak dengan soalan-soalan yang tidak semuanya nyaman. Niat mahu menyatukan, tapi tampak seperti lebih besar pula pecahnya. Lebih malang, aku pulak yang seolah-olah bersalah dan menjadi tempat melepas geram.
Yanie tanya,
Awal-awal ni semua daddy jawab ok dah. Tapi kenapa hujung tu macam dah mengalah? Jawablah sampai diaorang faham.
Duhai isteriku,
Aku hanya mampu bercerita apa yang ada di dalam pengetahuanku. Dan ilmuku ada batasnya. Aku takkan mampu untuk menjawab semua soalan yang diaju.
Pesan guruku, janganlah engkau menjawab sesuatu yang tidak engkau tahu. Kerana jika kamu memaksa juga dirimu untuk menjawabnya, pasti soalan-soalan berikutnya akan menyusul. Sehinggalah kamu berkata aku tidak tahu.
Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apapun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki.
Ayat Kursi.
Wahai isteriku,
Ingatlah kembali kisah seorang hamba Allah yang membawa bersamanya 40 soalan kepada Imam Malik. Setelah menempuh perjalanan yang amat jauh, dia akhirnya berjaya bertemu dengan Imam Malik. Lalu ditanyalah soalan-soalan itu.
Namun, Imam Malik hanya menjawab 4 soalan sahaja dan yang lainnya dijawab dengan Aku tidak tahu.
Alangkan orang sehebat Imam Malik juga mengaku dengan jujur ada yang dia tidak tahu, inikan pula aku?
Dan untuk Ziad,
Kau mahu tahu bagaimana aku masih mampu tersenyum? Kerana malam itu, ketika aku mengadu pada tuhanku, aku diberikan jawapan ini.
Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji TuhanMu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam; dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang.
Surah Taha, ayat 130.
Benar kata Ustaz Pahrol, Jangan minta hidup yang mudah, tapi mintalah hati yang tabah!
~ Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Alhamdulillah. :)




baru hari ni tau yg pasal bunga atas kubur. serius selama ni ingatkan adat melayu semata-2 sebab nak bg kubur nampak berseri. ok dah faham. thank u sooo much bro! :)
yg pasal isu semalam,, sabar je lah bang. at least abg dh cuba yg termampu utk terangkan apa yg abg faham. sama ada pembaca nak terima atau tak, itu hak masing2 tapi abang dah cuba yg terbaik utk menerangkan dan menjelaskan apa yg bermain di benar pembaca yg lain. heee. ;)
Khairul Idzwan
December 6, 2011 at 2:11 pm
Ada juga satu dua benda yang org ramai ambil mudah bila kat kubur. Tapi tu lah, nak tegur time2 tu, takut sentap pulak. Hehe. Pelan2 la ek.
Thanks Khai. :)
Iz
December 6, 2011 at 3:57 pm
“Jangan minta hidup yang mudah, tapi mintalah hati yang tabah!”
OK!! dah faham dah..(^_^)
Are-Ja Nurin Adrina
December 6, 2011 at 2:33 pm
Sebab hidup mmg takkan pernah mudah. Yang penting hati tetap perlu tabah. :)
Iz
December 6, 2011 at 3:58 pm
You did the best you could do. In a world where you can be anything… be yourself.
Hunny
December 6, 2011 at 2:35 pm
Word! Thanks Hani!
Iz
December 6, 2011 at 3:58 pm
Like the way you think. Positive! I meant, from your point of view betoi, xsalah.. cuma ada bende2 yg those who are not involved xnampak. :) so, org yang “nampak” sikit2 (xbanyak mana pun. xmacam org yg involved) pulun nk pertahankan itu ini. Tup2, terus hg yg kne terjah… xpasai2 hg yg kne, sdgkan isu xde kne mengena ngn hg pun. Lain la kalu hg menteri kabnet tuu kan…
Do not fed up beb! Writing is never finished. :)
But, its a right time beb! Nowdays ppl are eager for knowledge. Lets sharing!
Hunny
December 6, 2011 at 4:42 pm
Huhu. Tq.
Iz
December 7, 2011 at 2:51 pm
:)
reyust
December 6, 2011 at 2:53 pm
:) jugak.
~ Bih tu hang nak aku reply apa? Hahaha.
Iz
December 6, 2011 at 3:58 pm
saja meninggalkan jejak kata aku dh baca…haha
tengah xda keja…
reyust
December 7, 2011 at 12:59 pm
Panas post ko sebelum ni..hehe. Lama x singgah blog ni. Busy sket pindah-randah. Keep writing!
Liza
December 6, 2011 at 3:54 pm
Orang degil mmg gitu. Org nak tulih, dia pun nak tulih. Padan muka kena tembak kaw2. Hahaha. Yep, dengar jugak ko dah membawa diri. Hopefully everything fine over there. Update la blog. :)
Thanks Liza. Take care! :)
Iz
December 6, 2011 at 4:01 pm
Ko. Pegi. Mana. Lizaaaaaaaaaaaaaaaa………………………….
Hazard Ali
December 7, 2011 at 11:13 am
Jauhh. Jauhh meninggalkan kita. Kita takde class. Hahah.
Iz
December 7, 2011 at 2:56 pm
Hehe…mende pulak class2 ni. Aku & husband further study. Tapi aku skang tgh malas. Tak de motivation la.
Letih nak membaca.
Blog dah lama tutup …aku suka baca blog, tapi tak reti nak tulis. :-)
Jojoe: last aritu aku nampak ko & ekin kat mines kan, tapi tu la..tak sempat nak sembang2. nak cepat. Korang pun kat escalator kan. Gi tengok wayang ek?
Liza
December 8, 2011 at 9:09 pm
Thx bro BTW…. I’m recovering well…. and GAINING WEIGHT!! Almaklum laaah my mum dok masak… Syukurlah aku bangun semula lepas operation…. Seblom tu doook la tobat dosa2 silam kot2 tak bangun lepas operate… Mana tau,,, kot2 padam teruih ka
ziadesa
December 6, 2011 at 7:32 pm
Hahah. Told ya, its just a great excuse to hv your mom over there. :p.
Iz
December 7, 2011 at 2:52 pm
serius br tau sal bunga2 kt kubur tu…thanx 4 the info…
moonchild
December 7, 2011 at 8:06 am
Sekarang dah tau. Boleh la cerita kat Hariz pulak. :)
Iz
December 7, 2011 at 2:56 pm
Aku jawan dgn entry. Makaseh.
Hazard Ali
December 7, 2011 at 11:14 am
Huuu. Dah baca. *Touched*
Iz
December 7, 2011 at 2:56 pm
Ta-pi, untuk harap orang yang sepatutnya faham, mimpi ja la kot. Aku sedaq diri…
Hazard Ali
December 7, 2011 at 5:35 pm
Iz
December 8, 2011 at 8:38 am
[...] kemahuan yang cukup untuk mencari. Maka atas kekangan itulah, aku putuskan untuk cilok pinjam dari sini. Harapnya Tuan Tanah Kisah Klasik tidak marah. Kalau marah, tolong dengaq lagu Arrow na. [...]
TUAN TANAH KISAH KLASIK : Teka Teki « Aku.. Diriku.. Dalam Aksaraku… 3
December 7, 2011 at 12:12 pm
Waktu aku tengah baca entry ni aku tengok ada benda2 kecik seakan-akan berkelip kat mata aku. Aku ingatkan petanda migrain. Dan aku trus scroll down. Bila kat satu gambar tu, rupa-rupanya ada salji kecik yang turun. ALHAMDULILLAH, makna aku bukan diserang oleh migrain di pagi ni. ;)
mohdabdhalim
December 8, 2011 at 8:15 am
Hahaha. Tak. WordPress mmg camni. Dec je ada ‘salji’ turun.
Iz
December 8, 2011 at 8:36 am
wah. saya baru tahu fungsi bunga dan daun2 tu. terima kasih atas cerita ni. hehe. ingatkan adat semata-mata. tapi mungkin sedikit sebanyak orang sekarang dah menokok nambah kot dengan air semua tu? sebab air tu tak tahu apakah fungsinya disiram di atas kubur?
nice entry. tak pernah mengecewakan. :)
nur.sa
December 8, 2011 at 1:33 pm
Tima kasih. Apsal x letak link? Boleh reader saya pegi jenguk blog awak jugak. :)
Iz
December 8, 2011 at 4:04 pm
ha..lagi satu, yang orang dok kepal-kepal tanah lepas tue baca kumit-kumit campak dalam liang untuk apa yer.mungkin boleh wat satu entry utk topik nie plak..hehe
reyust
December 9, 2011 at 9:29 am
Aku perasaan jugak. Tapi tak belajaq lagi part tu. Haha. Nanti kalau aku dapat verify dgn hadis or dalil yg kuat, aku share. :)
Iz
December 9, 2011 at 10:29 am