Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara.

Moooooooo~

with 63 comments

Walaupun aku cuba elak daripada menulis something yang controversial, tapi rasanya terlalu ramai yang dah salah faham dalam isu NFC ni. Aku pun tak la pandai sangat, tapi apa yang aku faham tentang  isu ni semacam berlain sungguh dengan sesetengah orang. Jadinya, meh aku share apa yang aku tau pasal lembu ni ek.

Salah faham yang paling ketara adalah perception yang fund RM250mil tu diberi percuma kepada NFC. Some claim, itu duit rakyat. Ya, betul duit tu duit rakyat. But half truth still considered a lie.

RM250mil tu is a soft loan given to NFC. It comes with 2% interest. No matter how, NFC still have to repay the RM250mil, plus the loan interest.

Jadi, jangan ingat RM250mil tu kerajaan bagi free kat NFC suruh bela lembu. Itu salah. Ini bukan subsidy. Ini loan. Macam mana awak buat loan dengan bank untuk beli kereta, macam tu jugalah NFC kena bayar balik loan kerajaan ni.

About condo pulak, first, it is not RM9.8mil macam yang dituduh. Salah tu. Condo tu harga dia RM6.9mil.

Dan, NFC beli DUA unit!

Haa. Jadi, bukan RM9.8mil, tapi RM13.8mil! Gila apa kompeni bela lembu pi beli kondo rega 14 juta!

Banyak bunyinya, kan? Tapi cuba kita kira balik in percentage. Out of the RM250mil, that RM13.8mil is just about 5.5%.

Ohh, taklah banyak mana. 5.5% je.

Dan tentang pembelian condo ni, saya rasa the main purpose adalah untuk diversify sikit investment NFC. Memang condo tak ada kaitan langsung dengan lembu. But investment theory – You don’t put all your eggs in one basket, kan? Semua businessman pun tak focus pada satu saja source of income. Tak smart lah dia.

Lagipun amountnye masih relatively small, 5.5% je daripada total business. Mungkin cash portion ni idle je kat tangan. Tu sebab diaorang nak park somewhere yang boleh bagi return and at the same time gerenti cashflow.  Since NFC (syarikat) yang beli condo tu, duit sewa condo tu pun credit masuk ke dalam account syarikat la.

Dengan sewakan condo tu, diaorang boleh yield return 12.9%. Compare kalau park di fixed deposit, return baru dalam 2.75%. As a smart businessman, kat mana korang akan invest? Yang 12.9% return ke yang 2.75% return? :)

Note: By the way, fixed deposit adalah haram ye kawan-kawan. Whatever investment yang clearly state korang boleh dapat x% dengan yakin dalam satu jangkamasa, itu adalah haram. Dalam Islam tak ada satu pun yang guaranteed. Apatah lagi guaranteed return.    

Project ni adalah project 30 tahun. Sekarang baru 3 tahun. Belum full swing lagi. Break even pun belum. Jadi, tak adil la rasanya kalau kita nak expect performance company dah berjalan pada tahap optimum.

Business masih di peringkat-peringkat awal. Tentulah banyak one-off payment. Macam kita nak buka business. Tahun pertama kita spend RM100k untuk beli tanah nak buka kedai. Tapi adakah tahun kedua dan seterusnya pun kita still akan spend RM100k untuk beli tanah jugak? Tak, kan? Takkan tiap-tiap tahun nak beli tanah. Sekali tu je la kita beli. Lepas-lepas tu, hanya operation cost saje la nak kene bayar. Since NFC sendiri forecasted 2015/2016 baru dapat untung, understood la tahun-tahun sebelum tu memang investment cashflow negative sokmo.

Rasanya sesetengah anda lebih faham tentang betapa sukarnya nak struggle dalam stage awal-awal business ni. Yelah, dari kecik memang korang dah ada exposure family business. Aku jugak yang dok makan gaji. T.T

Aku ada tengok clip press conference Rafizi kat YouTube. Of course la tak boleh nak samakan cost per lembu dengan penternak kampung biasa. Ini project berskala besar. Targetnya nanti berpuluh ribu ekor lembu. Yang bela kat kampung tu relatively murah, tapi up to berapa banyak sangat lembu yang larat nak bela dalam satu masa.

Ini namanya economic of scale. Untuk dapat cost yang lebih murah, kena keluarkan output yang banyak. Makin banyak output, makin murah cost per output. Tapi dalam ‘introduction’ stage, memang cost akan jadi tinggi. Sebab capex (capital expenditure) tinggi, tapi output still rendah. Part ini yang Rafizi stress kan. Dia ambil snap shot masa ni. So, nampaklah modal dah banyak keluar, tapi output sikit je. Walhal, benda ni totally normal for any business. Remember the four business cycles? Introduction, growth, matured, decline?

Yang Rafizi cakap initial target 60,000 ekor lembu tu betul. Tapi yang tu untuk tanah yang luasnya 5,000 ekar. Ada tak dia mention yang kawasan tu sebenarnya dah dikecilkan tinggal 1,500 ekar saje? Tak dengar pulak, kan? Bila kawsan kecil, still relevan ke nak pakai target 60,000 ekor lembu tu? Automatically bilangan lembu pun akan di scale back balik, kan?

Hmm.

Sebenarnya, project ni tak pernah diklasifikasikan GAGAL dalam auditor report tu. Yang naik nama ni pasal ada kelewatan satu dua perkara bila compare dengan original schedule.

Surprisingly, turut dilaporkan dalam auditor report tu, untuk agriculture sector, ada dua syarikat yang gagal di bawah kerajaan negeri Selangor.

Satu, projek pemprosesan salad dan jus. Yang ni contract value dia RM30.1mil. Lagi satu project, R&D sisa buangan jadi baja organic dan makanan ternakan, valued RM10mil.

According to the auditor’s report, baru 2 tahun operasi, dah terpaksa ditutup. Sebab masalah inefficient management. Anda tahu tak tentang ini? Tak tahu? Hmm. Kenapa ya? :)

My 2 cent, possible tak kalau aku cakap mungkin isu NFC ni dibangkitkan oleh competitor dalam industry ni jugak? Golongan yang mungkin rasa terancam bila NFC ada potensi untuk pecahkan monopoli mereka dalam membekalkan daging halal. Faham-faham sendirilah yea ‘siapa’ yang memonopoli retail sector ni. Yang dok sorok gula, tepung, beras, then naikkan harga ikut suka hati depa. You know who. :(

Aku bangga sebenarnya ada orang Islam yang bercita-cita besar nak majukan business daging halal secara professional dan sistematik. Ingatkan kat oversea je yang bela lembu secara sistematik. Kat Msia pun dah ada rupanya orang usahakan. Orang Islam pulak tu. Alhamdulillah. Seronok!

NFC ni cuba create supply chain yang menghubungkan daging daripada ladang lembu, sampailah ke meja makan kita. Which theoretically akan merendahkan lagi harga daging lembu. Sebab semuanya integrated. (Versus: kalau banyak pihak yang involved daripada satu proses ke proses yang lain, tentulah setiap proses tu akan di mark up. Harga yang sampai kat kita sebagai end user pun jadi tinggilah). Tapi NFC baru 3 tahun operate, kita pun kena la adil nak judge. Company baru bertatih, jangan la expect dah berlari.

Aku faham, ramai yang marah dengan UMNO, kebanyakannya berpunca daripada isu berkaitan Islam. Saya pun seperti anda, nak mendaulahkan Islam kat Msia.

Tapi cubalah berlaku adil. Jangan semua kita lump sum kan sekali. Yang salah, kita tegur (part ni aku rasa ok dah). Tapi bila betul, janganlah kita menidakkan pulak. Itu zalim namanya.

Aku pun naik muak bila tiap-tiap kali buka tv, tak habis-habis dok mengutuk orang. Yang sinting lenganlah, yang panggil orang pondan lah, macam-macam perangai boleh nampak.

Yang paling aku tak bersetuju, bila ada kenyataan seperti,

Jika UMNO sudah hilang kuasa, siapa yang akan membela syiar Islam?

Huhu. Astaghfirullah. Islam itu Allah yang jaga, bukan UMNO. :(

Anyway, harap-harap ukhwah kita taklah terkorban disebabkan perbezaan pendapat dalam isu-isu macam ni (NFC). Selagi kita masih dalam aqidah yang sama, tak salah untuk berbeza pendapat. Kerana itulah yang akan melengkapkan kita. Tak ada siapa yang pandai dalam semua perkara. Kalau semua pihak ikhlas, pasti segala perbezaan tidak menjadi permusuhan, kerana tujuannya adalah sama – Mendaulatkan Islam.

Cuma bila kita mula rasa aku lebih beriman daripada orang lain, sedarlah bahawa itu adalah tanda adanya penyakit ‘kibr’ dalam hati. Bukankah sebab takabbur itu yang menyebabkan syaitan dihalau dari syurga? Semoga kita tidak terikut-ikut pendirian api lebih hebat daripada tanah.

~ We can always agree to disagree anyway, kan? :)

Advertisement

Written by Iz

December 5, 2011 at 11:08 am

Posted in Personal

63 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. nice one. tak berpihak pada sesapa and right to the fact. pada yg pandai menilai, akan tahu baik buruknya. apa yg benar, kita iyakan, yg salah tu, dah mmg salah. tak semestinya satu pihak betul semua dan tak semestinya satu pihak lagik salah semua. bukan nak ikut semua je…

    zamey

    December 5, 2011 at 11:39 am

    • Setuju. Takda mana2 pihak yang perfect.

      Iz

      December 5, 2011 at 1:59 pm

  2. like..like..like…suh wartawan publish yg ko tulih nih lg bagus…

    moonchild

    December 5, 2011 at 11:54 am

    • Huhu. Takla. Ni apa yang saya tau je.

      Iz

      December 5, 2011 at 2:00 pm

  3. nice one. sebab dpt tgk isu ni dari persepktif berbeza. sebab selama ni memang ramai [termasuk saya] yang tak faham apa rasionalnya/kaitannya antara kondo dan lembu. tapi, saya masih blur sket. [sorry kalau saya salah faham.haha]. kalau NFC masih di peringkat awal, kenapa kena beli kondo utk diversify the business? kenapa tak fokus kepada bidang keberhasilan utama i.e. lembu dulu, lepas tu nanti baru invest kat kondo? adakah sebab kalau beli kondo pulangan lebih pantas + lumayan, ke camne? thanks bro! :)

    Khairul Idzwan

    December 5, 2011 at 12:25 pm

    • Haha. Frankly speaking, abg taktau macamana business plan company ni. Tapi abg rasa, ni pendapat peribadi lah ek, mungkin 5.5% tu idle takde buat apa2. Kalau Khai ada RM100, bila nak invest 5 ringgit, terasa berat x?

      Taktau la real justification dia. Ni Cuma pendapat abg. Kalau abg tau semua, dah jadi CEO NFC la sekarang. Hihi.

      Iz

      December 5, 2011 at 2:03 pm

      • “Lain orang, lain strategy nya. Ada orang prefer buat loan untuk berniaga. Ada orang elak berhutang untuk berniaga.”..

        kisah yg boleh dijadikan panduan buat semua esp keturunan Melayu yang ingin berniaga. This is what lacking in majority of the Malays. Stand out as a non-typical. Be like the Kelantanese or the Chinese : http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=628825 .. :)

        Khairul Idzwan

        December 5, 2011 at 2:40 pm

      • Haha. Yang Khai email tu ek? Good2! :)

        Iz

        December 5, 2011 at 2:47 pm

    • i second this. diversify investment untuk company yang belum break-even adalah langkah BANGANG.

      mat sapi kakjat

      December 5, 2011 at 2:04 pm

      • bukan dituju pada tuan tanah blog ni.. tapi tuju pada NFC.. hehehe maaf ye kalu terasa..

        mat sapi kakjat

        December 5, 2011 at 2:05 pm

      • Haha. Faham2. Kita rakyat bawah2 ni sembang sama2 kita ja. Heheh.

        Iz

        December 5, 2011 at 2:14 pm

      • Hehe. Lain orang, lain strategy nya. Ada orang prefer buat loan untuk berniaga. Ada orang elak berhutang untuk berniaga.

        Tapi 2-2 boleh berjaya jugak.

        Anyway thanks for reading! :)

        Iz

        December 5, 2011 at 2:13 pm

  4. Hmmm… company ni senang dapat 250juta biarpun ni soft loan dari kerajaan. Pengembala lembu, yg jual2 lembu, ada persatuan jaga, jual lembu tak pernah dapat ini dari kerajaan. Simple, sebab Shahrizat ini dalam kerajaan, maka senang NFC memperolehi pinjaman RM250juta. (ingat, RM250,000,000! bukan RM250). Dan mengapa menggunakan wang rakyat untuk company yang bukan untuk rakyat tapi untuk business? Ini saya nak menekankan kredibiliti pengurusan wang yang digunakan oleh kerajaan, begitu senang beri pinjaman pada NFC.

    And one more, ramai marah dengan UMNO, mainly bukan pasal Islam, tapi pengurusan, kepimpinan parti ini dalam kerajaan.

    Kita BANGGA orang Islam ada impian dan usaha untuk buat business besar2, tapi bukan dengan cara begini. Sedangkan rakyat biasa, yang business besar pun susah dapat “pinjaman beratus juta ringgit” dari kerajaan.

    hazelnuts23

    December 5, 2011 at 1:47 pm

    • Saya tak tau la bro. Mungkin, company ni ada business proposal yang baik dan realistic. Kalau kita tengok objective NFC, nak sustain kan supply daging yang halal untuk long term. Sebab tu dapat, kot. Mungkin yang lain2 ada juga yg apply, tapi ada lack kat mana2 ke. Abt Sharizat pulak, saya ada baca, masa dapat contract ni, dia baru lepas kalah dengan Izzah. Taktau la. Saya tak ikut politik sangat. Baca gitu2 je. :)

      But for rakyat, main purpose project ni memang adalah untuk rakyat. Saya dah terangkan yang NFC cuba buat supply chain tu. Selain daripada tu, rakyat jugak benefited dr ladang2 satelit yang juga menjadi antara komponen penting dalam structure NFC. At least pengembala lembu kecik2 ni dah secured kat mana nak jual lembu2 depa.

      Pasal UMNO tu, maaflah kalau tersilap. Itu apa yang saya nampak dr mata saya. Kalau reality nya lain, maaf yea. :)

      Iz

      December 5, 2011 at 2:12 pm

      • Maaf ya, berkaitan dengan proposal yang baik dan realistik, tidak boleh terima sama sekali bila kerajaan memberi pinjaman RM250juta kepada NFC. RM250juta bukan angka kecil, ia adalah angka yang sangat2 besar dan kerajaan memain peranan sangat penting dalam pengurusan wang.

        Adakah projek ini untuk rakyat? Adakah dengan RM250juta maka harga daging lebih rendah berbanding harga daging di pasaran? So far as I can see, projek ini is just business, takde unsur rakyat langsung. they sell, we buy. Simple kan? Takde unsur subsidi pun dalam perkara ini. Jadi dimananya ia untuk rakyat? Tak semua rakyat ini pengembala lembu~ Yang penting untung $$

        hazelnuts23

        December 5, 2011 at 2:34 pm

      • Macam ni bro, end of day, someone will get the offer. Kalau tak si A, si B. So apa yang saya nampak kat sini, siapa yang dapat, sure kena. Hahaha. Project ni bukan govt bagi mudah2 saja. Ada tender. Ada barisan expertise dr pelbagai bidang untuk nilai proposal semua company yang masuk tender.

        Hehe. Saya dah terangkan pasal harga daging lembu. Sekarang memang tak nampak lagi. Sebab baru mula. Tunggulah dah jalan and business at peak, baru kita rakyat biasa nampak.

        “NFC ni cuba create supply chain yang menghubungkan daging daripada ladang lembu, sampailah ke meja makan kita. Which theoretically akan merendahkan lagi harga daging lembu. Sebab semuanya integrated. (Versus: kalau banyak pihak yang involved daripada satu proses ke proses yang lain, tentulah setiap proses tu akan di mark up. Harga yang sampai kat kita sebagai end user pun jadi tinggilah)”

        Iz

        December 5, 2011 at 2:47 pm

      • Nvm bro, semua reply you is about business, takde unsur politic, so you are half way there. Oleh kerana Shahrizat dah masuk sekali dalam isu ini, maka isu ini bukan saja berkaitan business tapi membawa masuk sekali unsur politik. Even Bung Mokhtar suruh dia letak jawatan, why? Btw bro, if you’re not interested in politic, I don’t mind. I’m interested in both business and politics.

        There must be a reason behind RM250juta, you can put a awesome statement, awesome theory contohnya projek ini untuk rakyat and yada2, pecah monopoly (I would like to see that too). But 30 years to complete is still “kabur”, blur, and it is a very long way, saya tak tau sama ada saya hidup tak masa itu biarpun ini hanya “permulaan”. Jika projek ini gagal, jadi bagaimana syarikat NFC nak pulangkan wang sejumlah RM250juta? It’s a HUGE risk especially when it’s involved a politician (yang tak menang pilihanraya umum tp masih jadi menteri).

        hazelnuts23

        December 5, 2011 at 3:17 pm

      • Yep. Sebab saya hanya berminat kongsi perkara yang saya faham. Politik saya tak faham. Saya tak mau cedok2 sana sini, then buat kesimpulan sendiri. Takut2 saya termasuk dalam network menyebarkan yang tidak benar.

        Saya pegang lebih baik salah kerana tidak menghukum, daripada tersalah hukum.

        Kata nabi,

        “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya. Dengan itu dia mendapat pahala.” HR: Al-Bukhari.

        Anyway, terima kasih ye sudi singgah dah bertukar pendapat dengan saya. Salam ukhwah. :)

        Iz

        December 5, 2011 at 3:34 pm

    • Sama2 :)

      hazelnuts23

      December 5, 2011 at 3:38 pm

      • dari reply si hazelnut ni dia sendiri mengaku dia cenderung ke arah politik. bila dah cenderung tu memang payah sikit la. ada kecenderungan untuk hantam.contohnya orang yang sokong anwar, sampai ke sudah dia tak percaya anwar meliwat even anwar tak berani nak bersumpah, tak kemuka alibi, tak bela diri di mahkamah, air mani anwar ada dalam sarung kunyit sepol. sampai ke sudah dia takkan percaya. sama jugak yang tak suka kat anwar, apa anwar buat semua salah, sokong lina joy salah, bercakap belit melayu, cina, india salah, nak bagi tanah kat melayu, cina, india salah, tutoh china doll salah, meliwat salah, semua benda salah la kalau bab anwar ni. tu contoh ja.

        pasai bung mokhtar suruh shahrizat letak jawatan bila ada berlaku sebarang kontroversi tu memang benda common dalam umno. letak jawatan dulu, bila terbukti tak bersalah baru diberi semula jawatan tu. sama macam apa yang khir toyo buat bila kena tuduhan rasuah. sebab tu ada sorang tu dia takmau letak jawatan dia bawak habis orang berarak atas jalan. konon2 dia bersih.

        pasai rm250 juta tu, takdak orang ka mau pi kaji pentender-pentender lain tu masuk berapa? kalau pentender2 lain masuk semua rm100juta ja tapi yang rm250 juta ni yang dapat memang la pelik. tapi kalau yang lain masuk harga dalam linkungan rm250 juta so takdak apa yang pelik. sama jugak kalau yang lain semua masuk harga lagi tinggi lagi la tak pelik kalau company ni yang dapat. berapa anggaran jabatan? tu pun kena tau jugak. kena compare harga ngan anggaran jabatan.

        pastu hat yang dok melalak ni boleh dak tolong pi cek background company2 yang masuk tender tu. capable ka dak semua tu. sebab pa yang ni dapat yang nu tak dapat. takmau kaji ka sebab pa ada company yang tarik diri?

        “Jika projek ini gagal, jadi bagaimana syarikat NFC nak pulangkan wang sejumlah RM250juta?”

        dia dok kira bab gagal ja, tak abes2 gagal,gagal,gagal. tu ja yang depa tau. belajaq dak risk management? sebab tu la depa diversify skit bisnes dia tu. takkan tu pun tak paham lagi. sebab tu dia beli kondo, tanah buat aset syarikat. atas nama syarikat bukan atas nama individu. kalau jadi apa2 benda tu boleh dicairkan untuk bayar hutang. kalau la 1kandang lembu tu kena attack penyakit apa yang depa ada untuk bayar loan? tanah n kondo2 tu la. tu basic.

        boleh tolong bagiatau dak apa jawatan shahrizat dalam kabinet masa company tu dapat tender tu? boleh?

        myvi oren

        December 5, 2011 at 4:10 pm

      • Aiyo, why must include Anwar in this debate? Bab Anwar ni saya sudah lama discuss dalam forum politic, masih ada ingat sumpah boleh selesaikan masalah dan membuktikan orang itu adalah orang yang benar, tapi si Saiful masa diliwat, dia merelakan diri, dia leh tahan berak dia selama beberapa hari, dia tak mandi wajib dan banyak lagi yang you all tak caya banyak benda menyimpang dari statement si Saiful. Ok put this a side, kita discuss pasal isu lembu.

        Kalau nak detail pasal NFC, blog ni dah terangkan

        http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/penjelasan-penuh-isu-nfc.html

        Tapi aku pasti ko tolak mentah2 sebab ko taknak dengar penjelasan dari penulis blog ni sebab ko benci pihak sana, kan?

        hazelnuts23

        December 5, 2011 at 11:56 pm

      • kan aku dah kata. aku bagi yang pasal anwar tu aku bagi contoh ja. persepsi mereka yang mahu percaya dan tak mahu percaya. tapi aku pelik juga bila hang kata “tapi si Saiful masa diliwat, dia merelakan diri,”. maknanya lani memang betoi la kot anwar tutoh pungkoq sepol. tapi memandangkan sepol tu yang rela maka tak jadi satu kesalahan. best jugak, dapat ilmu baru arini.

        bab nfc ni aku dok cari jugak kat mana yang dalam laporan audit tu kata projek tu gagal. yang aku tau laporan 2 projek ni yang gagal yakni “projek pemprosesan salad dan jus. Yang ni contract value dia RM30.1mil. Lagi satu project, R&D sisa buangan jadi baja organic dan makanan ternakan, valued RM10mil.” tapi takdak sapa pun mau soal lebih, takdak pun rafizi tu nak pi buat lawatan tengok. kata telus dan pnegak kebenaran. kalau dah penegak kebenaran tak kisah la projek sapa pun kena la buat press conference jugak lapor kat masyarakat.

        standard la certain2 projek di tukar skop dan target berdasarkan keadaan semasa. contohnya masa tahun 2008 memandangkan harga barang binaan seperti besi, diesel dan lain2 mengalami peningkatan harga serta penyusutan bekalan maka kerajaan melalui perbendaharaan negara mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 3/2008 yang mengatakan projek2 kerajaan yang mana surat setuju terima dikeluarkan selepas sekian2 tarikh maka layak untuk mendapat “perkiraan turun naik harga barang” dan juga secara otomatik juga layak diberikan lanjutan masa selama 3 bulan tak kira la kontraktor tu umno ka, pas ka, dap ka, pkr ka.semua dapat benefit tu. tu aku bagi contoh sektor pembinaan.

        dalam kes nfc ni, pada pendapat aku target bagi jumlah lembu telah disemak semula memandangkan terdapatnya kekangan seperti kewujudan ladang2 satelit yang masih tidak memenuhi perkiraan asal. unjuran asal terpaksa di ubah untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. walaubagaimanapun sasaran keseluruhan tidak diubah, cuma sasaran bagi tahun tersebut saja yang dilaraskan sesuai dengan faktor semasa.

        kalau salah harap dimaafkan.

        Myvi Oren

        December 6, 2011 at 12:41 am

  5. Dalam isu lembu ni sememangnya memeningkn banyak pihak dan bertambah teruk bila pihak yang terlibat lambat bertindak balas dan jawapan bukan berasaskan fakta. aku setuju dengan cara post ko, nampak x sebelah mana2 pihak tapi istilah pelaburan “You don’t put all your eggs in one basket” ni x relevant untuk NFC. sebab apa? sebab duit 250M tu digunakan untuk lembu lembu dan lembu..bila dh untung, minus interest loan (kalo betul loan r) then nk beli kondo ke merc ke bentley ke, x kisah r..satu lagi, perbelanjaan business trip x kn banyak sgt sampai beratus ribu. Melancong sambil shopping guna duit sendiri r..Kalo nk sgt diversify, letak duit loan kt share market, mutual funds, bond & gold, baru gain more profit..12 % out of 5.5% 250M loan skit sgt.NFC kene kasi penjelasan beserta bukti kukuh bagi mengelakkan kekeliruan, setakat ckp mulut semua orang boleh. As business-minded, unnecessary expenses may effect company`s profit. Then 1 lagi, kenapa harga lembu melampau sgt? kalo aim nk jual kt orang arab kaya, bukak terus kt sana dgn “modal” 250M, cost fly sana fly sini plus logistic cost secara automatic berkurang. kalo betul nk tolong melayu, tolong betul2..ramai penternak lembu yang berjaya kat malaysia..dorg bole handle.kalo betul nk conquer market kasi 250M terus dkt org brpengalaman n mahir. 250M bukan satu jumlah yang skit untuk try and error.pendapat aku, program dan projek menggunakan duit kerajaan mmg bagus..idea tip top..sampai bab pelaksaan? aper pun x bole..sebab ape? lu pikir r sendiri

    Syhfffffffffffffffff

    December 5, 2011 at 2:11 pm

    • Bab perbelanjaan yang lain2 tu (Merc, Bentley, melancong, etc), saya tak sure la bro. Kat mana ek kalau saya nak tgk expenses tu? Ada dapat company’s financial report ek?

      Again, investment strategy, saya tak tau apa game plan company ni. Kita boleh nak query dia kenapa beli itu ini. Tapi end of day, tu duit syarikat dia. Hehe.

      By the way, kalau letak duit loan tu kat equity market, itu lebih controversial rasanya. Kalau dah trade berjuta2 dalam market, satu, risau pasal risk. Market collapse, jangan kata untung, modal pun x boleh recover. Second, orang query pulak stock broker mana yang execute order? Naik pulak issue commission. :)

      Kalau letak kat bonds pulak, yield still rendah. Samalah macam fixed deposit yang saya dah terangkan.

      Harga lembu tu, saya ada baca yang lembu NFC ni tak sama berat dengan lembu ternak biasa. NFC lebih berat. So sebenarnya tak sesuai nak di compare pun at the first place.

      Kalau kita buka ladang kat sana, investment dah jadi outflow pulak. Nanti ada pulak yang kata, tanah kat Msia pun banyak lagi, kenapa perlu buka di sana? Export saja kan lebih mudah? Lagipun supply chain ni bukan setakat ladang lembu je. Packaging, distributing, semua NFC jaga jugak. Tak efficient la kot kalau bela kat sana, pastu patah sini balik nak proses, then hantar balik sana. :)

      Tapi ni pendapat saya je la. Mungkin tuan lebih berkelayakan dalam bidang ni. Thanks for reading. :)

      Iz

      December 5, 2011 at 2:32 pm

  6. selamat saya br ambil subjek technopreneurship..kalau tak, agak susah sket nk faham. hehehe….

    isrul

    December 5, 2011 at 2:21 pm

    • Wah, dasat bunyi tu. Saya tak belajar. T.T

      Iz

      December 5, 2011 at 2:34 pm

  7. tak perlu cakap bnyk, ni projek yg akan bakal GAGAL.

    eh

    December 5, 2011 at 2:22 pm

    • aku suka manusia macam ‘eh’ ni. manusia macam ni yang senang diperkuda. info apa pun tak baca, yang dia tau nak tala ja. akai pendek, fikiran cangkat. orang nak berdoa bagi projek ni berjaya agar semua orang dapat merasa sedikit sebanyak. dia dok minta jadi gagal. fikiran tak positif langsung.

      myvi oren

      December 5, 2011 at 3:12 pm

      • hehehehe..izinkan aku mencelah untuk gelak :D aku tau sapa myvi oren ni ;) (padan muka hang ‘eh’ kekekekeke)

        pakden

        December 5, 2011 at 5:50 pm

      • aku cuba berfikiran positif macam myvi oren.. tp xbleh abaq hang.. xtau la myvi oren pikiaq lagu mana… mmg projek ni bakal akan gagal.. masa sign MOU projek dulu, CEO NFC bgtau sasaran awal projek ni akan keluarkan 60000 ekor lembu setahun.. keluarkan mean lembu yg disembelih… bukan yg diternak lg… tup tup laporan audit kata hanya 3289 ekor lembu yg disembelih.. kahkahkah.. kalau 1500 ekar tanah digunakan mcm faiz cakap.. mengikut sifir mudah, seekar tanah untuk 2 ekor lembu lah kot.. tak gagal ka mcm tu?? aku pn bkn pndai sgt bab matematik sbb xblajaq pn ekonomi dgn bisnes…

        paklah

        December 5, 2011 at 6:55 pm

      • Hehe. Tak tau la bro. Aku x pernah bela lembu. Tak tau nak bayang macamana sbb takdak pengalaman. Boleh ke guna simple ratio macam tu je untuk kira. Nyway thanks Paklah, sudi singgah baca n share pendapat. :)

        ~ 60k lembu SETAHUN? Sure? Hmm.

        Iz

        December 6, 2011 at 10:09 am

      • pakden dulu study kat arau jugak ka?

        Myvi Oren

        December 6, 2011 at 12:43 am

  8. Sebagai orang yang tak arif dalam isu ni, ada beberapa perkara yang membawak kepada beberapa persoalan bagi aku.

    Antaranya, bila ditanya bab ‘motif kerajaan bagi loan ni pada NFC, instead of terus salurkan untuk bantu rakyat terutama penternak lembu dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung’. Hmm. Soalan aku ni, serius adalah sebagai org yang tak pandai bab ekonomi – “Adakah salah untuk kerajaan menambah revenue, selain melalui cukai?” “Bukankah pembayaran balik loan tu setiap tahun akan menjadi constant income buat kerajaan; instead of just terus spoonfeed rakyat dan tak dapat balik (sama macam kes PTPTN, niat hati nak tolong tapi dicop hantu polong)?”

    Tapi betui la tu kata ‘Syhfffffffffffffffff’ di atas – 250j tu bukan sikit, dan PELAKSAAN dia tu hampir mustahil untuk NFC (read : Sharizat’s Family) yang baru 3 tahun jagung. Bukan senang beb, nak buat laksa dari daging lembu. Oops.

    Hazard Ali

    December 5, 2011 at 3:24 pm

  9. sorry..just nak tanya dulu bro..mana amik sumber nie———->’Since NFC nak jadi pembekal daging halal yang berkapasiti tinggi, market paling besar mestilah di Arab Saudi’…and this is from NFC website..”As a High Impact Project under Ninth Malaysia Plan,National Feedlot Centre project will be instrumental in attaining the 40% self sufficiency for beef production by 2010.” Bekalan kat Malaysia pon x sampai target nie..so camna nie??..nnt aku reply len..byk lg nk tanya nie..

    shankop

    December 5, 2011 at 3:38 pm

    • Haha. Pendapat peribadi saya, mungkin ini untuk long term plan contract. Kalau dah full swing nanti, mungkin akan ada excess supply. Or mungkin boleh jual dengan harga yang lebih premium untuk pasaran eksport. Tak tau.

      Saya bukan CEO NFC yang tau detail business plan company. Harap faham la kekangan pengetahuan saya ye.

      Saya tak ada semua jawapan yang korang nak tanya. Saya takde kaitan dengan NFC. Saya takde kaitan dengan kerajaan. Saya tulis apa yang saya tau. Kalau rasa tak setuju, tak apa. :)

      ~ Huhu. Tiap2 kali tulis controversial issue, mesti kena masuk kadang orang bersalah. Habis semua perkara nak kena jawab. Macam aku pulak yang salah. Huuu. Nak apply jadi CEO NFC lah camni! :P

      ~ Update: Ok, saya dah delete part tu sebab meragukan. Thanks! :)

      Iz

      December 5, 2011 at 3:55 pm

  10. boring baca blog yang bila peng’komen’-peng’komen’nya pengecut..apa kata kalau masing2 bagi link ke facebook masing2?emel ka..blog ka..kita generasi muda, bukan macam geng dulu2..kena smart..ok berbalik kepada lembu..mmmm..kita tengok nanti shahrizat kena pecat atau dak kuikuikui~

    pakden

    December 5, 2011 at 5:55 pm

    • sokong pakden.. hang style..

      paklah

      December 5, 2011 at 6:58 pm

      • Aku pun nak sokong Pakden, tapi kalau restrict pada yang ada link ja, nnt tak demokrasi pulak. Hilang hak untuk bersuara. Hehe.

        So harap2 lepas ni hang boleh la approve aku friend kat FB na. Berbulan dah aku request. Dah hujung tahun x approve2 lagi ni. :)

        Iz

        December 6, 2011 at 10:10 am

    • Hehe. Takpe la bro. Its ok. Memang kebanyakan reader kat blog ni aku tak pernah kenal pun. :)

      Iz

      December 6, 2011 at 10:09 am

  11. panas betul…
    aku igt motif utama NFC nie wujud untuk penuhi pasaran Malaysia jer…tp rupanya tidak ye
    aku ingat kerajaan bagi soft loan nie untuk bagi company fokus pada lembu jer…tp rupanya tidak ye

    reyust

    December 5, 2011 at 6:59 pm

    • Aku ingat ada subject Portfolio Management: sub-topic Risk dalam Diploma in Investment Analysis. Takde ye? Hehe. Gurau ja no. Thanks for reading. :)

      Iz

      December 6, 2011 at 10:09 am

      • huhu

        reyust

        December 6, 2011 at 3:02 pm

  12. MYvi Oren : Masa tu syarizat pgg jwtn Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bagi Wanita, Keluarga dan Hal-Ehwal Masyarakat & Ketua Sayap Wanita UMNO-APCO.. Buat apa nk pgg jawatan dlm kabinet sdgkan kabinet pn jawap loan 250jta diluluskan tanpa melalui kabinet????

    paklah

    December 5, 2011 at 7:17 pm

  13. kerajaan gak tak pandai nak wat diversify n tak reti nak calculate risk…

    reyust

    December 5, 2011 at 7:34 pm

  14. wah. mmg isu panas dan kontroversi. sian abg nk menjawabnya, hehe.. tp takpe.. sharing is caring.. n dalam demokrasi, kita boleh agree to disagree.

    Khairul Idzwan

    December 5, 2011 at 10:23 pm

    • Its ok Khai. Cuma harap2 semua orang ikhlas la bila tanya soalan. Bukan untuk berbalah, tapi untuk ilmu. But unfortunately some seems tak boleh terima konsep demokrasi to agree to disagree. Abg dah share apa yang abg tau, lebih dr tu, abg dah tak boleh jawab. Hehe. Rest my case. :)

      Iz

      December 6, 2011 at 10:10 am

  15. ENAM PULUH RIBU EKOQ LEMBU? Maknanya sehari 200 ekoq?! Pergh.. naseb baek GAGAL, kalu tidak jenuh makan lembu la kita! Hahaha.

    Figures, technical terms, citations -pening dah aku.

    Hazard Ali

    December 5, 2011 at 10:28 pm

  16. So far, you’ve handled your comments well haha!! macam2 orang komen………..

    Anyway bro, NFC does sound fool proof to a certain extent…. But so did Hadhari Cattle :) I’m actual very reluctant to insinuate any pessimism but if you look up “Hadhari Cattle”, you’ll know what I mean . But I do hope people involved in this project utilize betui2 opportunities yang depa dapat. No shortcuts!.

    ziadesa

    December 6, 2011 at 12:22 am

    • You never know how many times I hv to re-write the reply to make sure the point is clear n not insulting the commentator. Huuu.

      Never heard abt the Hadhari Cattle. But ya, aku pun doa harap2 depa sentiasa ingat betapa besar amanah yang depa kena jaga. Semoga Allah campakkan rasa takut dalam hati depa bila terlintas nak buat bukan2.

      Iz

      December 6, 2011 at 10:10 am

      • Neway bro, kalau nak tau lebey lanjut… Nin dia pasal Hadhari Cattle…http://mullahkane.blogspot.com/2009/02/usahawan-hadhari-cattle-industry-sdn.html…..

        Ada aaa someone yang aku kenal terkene ngan Hadhari cattle nie although he’s an accounting experts (by expert, I mean with a UK ACCA degree more than 20 years in MNC). Dia study abis business model nie from its financial statements reports etc siap ada “Important political figure” lagi penah lawat ladang n Kilang Hadhari cattle nie…… But apparently, somebody decided to take a shortcut….. abis invenstment2 orang…. Paling sedih, investment2 bumiputra kita….

        I do hope NFC punya monitoring system nie bagus and transparent. Nak kene ambik somebody yang terer dalam entrepreneurship from outside political/govt circle to monitor and he should have good track record absolute authority and no funny business. Sounds to idealistic laa plaks hehe

        ziadesa

        December 6, 2011 at 6:58 pm

  17. dah lama dan banyak kali dicadangkan oleh professional2 kat malaysia ni supaya wujud satu official think tank team. dalam team ni include bijak pandai dan professional dari semua bidang, akademik, business, agro, tourism, investment dan macam2 lagi. professional kat sini bermaksud depa ni akan berkata benar walaupun pahit dan tanpa pengaruh peribadi/politik. golongan macam ni cukup banyak dah sekarang kat malaysia.

    ini supaya setiap rancangan/plan kerajaan, ataupun at least untuk benda yg involve RM50 juta ke atas, boleh direview dan dibincangkan dulu secara ilmiah (bukan politik). hasil perbincangan team ni bukan kata putus yg PM atau mana2 menteri kena ikut tapi at least depa leh la wat rujukan. dan kita rakyat2 hat bangang ni pun (mungkin aku la bangang,rakyat lain dak), boleh la jugak baca review terhadap satu2 benda/perkara/projek secara ilmiah dan tanpa pengaruh politik.

    semakin lama semakin geram, semakin aku nak tubuhkan parti/NGO sendiri!

    pakden

    December 6, 2011 at 9:26 am

    • Aku sokong!

      Dengaq kata dah ada usaha untuk wujudkan think tank team tu, tapi dengaq kata jugak aplikasinya tak kena tempat.

      Think tank hanya akan berguna, bilamana orang yang berkuasa menubuhkan tu, mempunyai cukup kuasa untuk ‘mendengar dan mengikut’. Masalahnya, dalam Malaysia buat masa ini – nada!~

      Jadi dengan ini, saya menggesa YB Fadzil untuk tampil dengan kertas kerja NGO / Parti baru tersebut dengan kadar yang segera!

      Hidup YB!

      p/s : Sila jangan guna sebarang perkataan generik sebagai nama parti tu please (contohnya ‘Cinta’, ‘Anda’, ‘Kuat’, ‘Saksama’, ‘Kebangsaan’ dan sebagainya). Geli geleman. Kui kui kui…

      Hazard Ali

      December 6, 2011 at 10:00 am

    • Gaji banyak tak? Kalau banyak, aku nak try apply. Hahaha.

      Good point Den. :)

      Iz

      December 6, 2011 at 10:10 am

  18. Assalamu’alaikum,

    Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

    Entri yang Encik Faiz buat ini memang mencerahkan. Ditambah dengan beberapa komentar yang lebih mencerahkan lagi. Saya doakan agar setiap pencerahan yang dikongsikan itu mendapat balasan baik dari Allah.

    Tahniah kepada Encik Faiz, kerana menjawab segala soalan “pendakwa raya” dengan tenang dan rasional. Kita bukan Professor Serba Tahu yang mampu menilai niat yang tersemat di hati tuan punya NFC. Bahkan, kita juga bukan murabbi unggul yang dapat memahamkan setiap orang dengan tulisan kita.

    Yang menjadi masalah sekarang ialah, kita telah diajar untuk berkata “I got your point, but…” semasa di kelas BEL250. >.<lll

    aiyrie

    December 6, 2011 at 9:52 pm

    • W’salam. Haha. Thanks.

      ~ itulah yg jadi bila belajar untuk exam, bukan untuk apply. :p

      Iz

      December 7, 2011 at 2:53 pm

  19. [...] jugak tulis sesuatu yang macam ini, tapi kudrat minda tidak sekuat Tuan Tanah Kisah Klasik tu haa. Dah diasuh diajar oleh tuan-tuan [...]

  20. adoiii laa..kesian ko faiz.. anyway, aku tetap suka baca, very informative..n xmenyebelah mana2 pihak.. hanya berlandaskan apa y ko tahu..

    imaan09

    December 7, 2011 at 1:15 pm

  21. errk.. banyaknya komen-komen di atas. ^^

    sekarang, mata saya dah lebih besar dan cerah sebab lebih banyak lagi saya tahu berbanding apa yang saya baca kot suratkhabar. 30 tahun rupanya..masih ada 27 tahun lagi untuk mereka run the business. baru ku tahu..

    nur.sa

    December 8, 2011 at 1:46 pm

  22. sorry lambat “tiba” ke sini…huhuhu…

    suka baca entrie ni dan komen2 semua di atas.. rasa berbaloi membaca sebab BANYAK yg dpt diperolehi.. tapi kasihan “melihat” mereka2 yang memberi komen mengikut emosi dan berberat sebelah… :(

    saya sendiri secara peribadi, masa mula2 baca pasal isu ni..sangat2 terkejut..!! tp saya cakap dgn diri sendiri “jangan cepat melatah..baca dari semua sumber dulu”….hehehe… Saya harap rakyat akan jd lebih terbuka, bijak dan professional bila sesuatu isu timbul.. tak kira lah ia berkaitan ekonomi, politik, bangsa apatah lagi agama…

    apapun..terima kasih daun keladi en.faiz… membuka lebih ruang untuk faham isu ini..

    ** saya tak lihat en.faiz di kandang pesalah, tp lebih kpd seorang pengadil di tgh2 gelanggang tomoi… dah memang mereka nak “gaduh”, tahan pun tak guna… just make sure diaorang “gaduh” cara berhemah dan intelektual je sudahhhh laaa….hehehe…

    Merindui Cinta-Nya

    December 12, 2011 at 2:56 pm

    • Dah nak tertelan wisel sebenarnya. :p

      Iz

      December 16, 2011 at 12:13 pm

  23. ak rasa betul ape artikel ini tulis..tp ko kene paham protokol or law ‘conflict of interest” mane2 caompany or government x boleh bg projek or sebarang porjek yg berkaitan dgn saudara..i2 je isu dia.

    faizal

    December 25, 2011 at 11:18 am

    • Setuju. Conflict of interest issue, itu je sebenarnya. Thanks for reading! :)

      Iz

      December 27, 2011 at 8:42 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,030 other followers