RM100,000 sebulan?
Harini tak keluar lunch. Macam biasa. Ya, saya memang malas nak keluar makan jauh-jauh. M.A.L.A.S. :p.
Dah lama tak tulis pasal company update, kan? Ok2. Mari. Sementara mood nak menulis sedang membuak-buak ni.
Cerita pasal TNB nak? Kenapa TNB? Sebab aku rasa yang itu je yang menarik dan relevan dengan korang. I mean, korang mesti guna elektrik tiap-tiap hari kan?? Hehe.
#TahukahAnda TNB dah dua quarter berturut-turut report losses? Untuk 3QFY11 rugi RM440.2mil dan untuk 4QFY11 rugi RM453.9mil.
Mungkin ada yang akan kata, ada aku kisah? Yang penting, bil elektrik rumah aku mesti free/murah!
But think again. What if TNB betul-betul collapse. Tak mampu nak operate business sebab makin lama makin banyak losses. Somebody will have to bail them anyway, kan?
Yelah, habis tu takkan tak payah diselamatkan pulak. Hangpa larat nak pi beli kabait tiap-tiap minggu nak nyala pelita? Hangpa boleh tahan tak berFB/twitter/blog sebab tak buleh charge henpon/iPad?
So duit mana yang most likely nak bail TNB tu? Duit siapa lagi kalau bukan DUIT KITA. Duit yang hangpa dok bising-bising tak mau bayaq bil elektrik bila naik 5-6 ringgit tu la. Hehe.
Eh, kenapa bila aku pakai slang utara ni bunyi macam kasar ha?
Cumulatively, TNB berjaya jugak la untung RM499.5mil untuk FY11. Thanks to the better 1st and 2nd quarter. Cover la jugak. Ala, kaedahnya macam korang dah score Dean List masa semester 1 dan 2, so bila last sem kantoi, CGPA tu still ‘ok’ la sebab ditolong oleh sem-sem awal. Faham kan?
But for a company who runs a RM32.2bn business annually, net profit of RM499.5mil will be translated into net profit margin of only 1.55%. SAHAJA!
Imagine korang buat business, modal RM100, tapi untung bersih seringgit lima puluh lima sen ja! Letih tak buat business macam tu? Kalau modal RM1,000, baru untung RM15.50. Nak pergi dating dengan awek kat McD pun tak cukup broo!
Sampai point sini, ada kurang sikit tak marah korang, bila TNB naikkan tariff bulan June haritu? Hah? Marah lagi? Ok2.
To be fair, cuba letak diri korang sebagai pekerja TNB pulak. Bila tengok quarterly report, company korang ni makin lama makin teruk je ruginya. Boleh survive ke aku kat sini? Takde risiko kena potong gaji ke? Takde possibility kena buang kerja ke? ADE CHANCE NAK DAPAT BONUS KE TAHUN NI??
Forget about gaji orang-orang atasan tu, esp CEO dia. Memanglah gaji dia banyak kalau banding dengan GAJI KITA. Tapi untuk post CEO, rasanya ramai je kot orang kat Msia ni bergaji macam dia. Serious.
And, berapa banyak position CEO dalam TNB? Satu je kan? Dia pegang post tu pun bukannya untuk sepanjang hidup. Ada contract. Macam footballer. Kalau bagus, sambung lagi. Kalau tak, out you go!
Dann, fikir juga betapa berat tanggungjawab dia nak jaga company sebesar TNB. Tengok sendiri earnings report company dia. Mula-mula untung makin sikit. Sekarang, dah tahap rugi berturut-turut. Itu semua dia kena bertanggungjawab. Awak yang dengki sangat kat gaji dia tu, sanggup ke nak tanggung dan jawab kat ‘sana’ nanti?
Ingat senang ke nak figure out macamana nak dapat profit balik? Baruu usul nak naikkan tariff sikit, dah kena maki dengan user. Politician pulak ambil kesempatan untuk mislead jauh-jauh lagi.
Frankly speaking, I don’t really mind if a person being loud because of he knows nothing. But I really pissed off dengan orang yang tahu kebenaran, tapi sengaja sorok sebab ada kepentingan peribadi. Sebab orang macam inilah blog aku kadang-kadang kena tembak dari ntah mana-mana hala. Bila aku bagi credit kat kerajaan walaupun obviously tindakan kerajaan betul, mulalah cakap aku ni servile lah, sycophant lah. Don’t you know there are certain points I opposed the govt too? Much quicker than you I bet! Dui.
Anyway, kembali kepada topic asal. Untuk mengekalkan TNB supaya boleh terus beroperasi, govt announced the fuel cost pass thru (FCPT) mechanism. Setiap 6 bulan, gas price akan dinaikkan 3 ringgit sampailah harga gas sama dengan market price. Note: last time was 7% increase.
Haa, part ni yang seronok ni. Sekarang ni harga gas selepas govt subsidized kita is RM13.70/mmBTU.
Any guess for how much it is being traded at the market?
Jeng jeng jeng.
Jawapannya…
RM40/mmBTU!!
Bayangkan betapa banyaknya subsidy nak kena bayar kalau kita terus menerus nak maki hamun without knowing the real issue. Kira bagusla govt cuba tarik subsidy tu pelan-pelan untuk minimizekan inflation effect. Kalau dia tarik RM26.30 tu sekali rentap je, agak-agak rakyat menggelupur tak nak bayar bil elektrik? Think, rationally.
Ada lebih kurang 8 kali kenaikan 3 ringgit lagi untuk 4 tahun akan datang. 4 tahun baru nak sampai market price broo! *Assuming market price is still at RM40/mmBTU after 4 yrs.
Hangpa selalu kata negara luaq lagi baguih, kan? Bila orang cakap harga kita murah daripada negara lain, hangpa buat modai gelak. Baiklah. Jom compare baguih tara mana sangat hat luaq ni.
In term of return on equity (ROE),
Power Asset Holdings (Hong Kong): 13.3%
CLP Holdings (Hong Kong): 13.7%
Singapore Power (Singapore): 12.2%
EGAT (Thailand): 14.3%
Hangpa compare balik ROE depa2 ni, dengan TNB’s…
1.6% saje brooo!
ROE: Return on equity. Untuk setiap seringgit yang investor invest, berapa percent dia dapat balik. Net Income/Shareholder’s Equity.
‘Hahahahaha’. Siapa yang gelak kat siapa sekarang?
Bak kata Malique,
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasaMaafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
References:
Company’s write up: [download report]
~ Banyak pulak aku nak tulis minggu ni ek. :p


1st. haha.errr.. kena baca 2-3 kali baru sy faham ni.. hehe. serious issue but skali baca mmg sy pening2 lalat…heee
Khairul Idzwan
December 1, 2011 at 1:14 pm
Hehe. Taklah serious mana pun. Main point nya nak cakap TNB suffer loss, tariff akan naik lagi bulan depan, dan sedikit luahan geram. Hahaha.
Iz
December 1, 2011 at 3:08 pm
serius tu bg sy. sbb melibatkan sesuatu yg kita guna sehari2 i.e. elektrik. hehe. tp yg bab2 teknikaliti tu mmg lost skjap la..haha
Khairul Idzwan
December 1, 2011 at 7:57 pm
(Keciwa. Entry kali ni dikira GAGAL sbb org tak paham) :p
Iz
December 2, 2011 at 10:15 am
sama lah… skali baca tak faham…adoiii…
bukan bidang saya ni… hehehe… :)
tp.. thanks 4 share info ni.. :)
~ seperti persoalan perbelanjaan rumah PM dan TPM yg dikaitkan dgn peribahasa “seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus ke depan”… begitu juga saya melihat isu ni.. still rasa ada beberapa fakta yg disorokkan oleh orang berkepentingan supaya soruu mereka tak mist… soruu kita – pandai2 kita lah… gitu.. ~
kempen berjimat cermat yang Kerajaan lancarkan sejak dulu lagi….masih belum nampak kesan positif… aduhhh…sedehhh… :(
(tapi macam mana nak berkesan kalaaaauuuuu………ermmmm….. m.a.l.a.s taip lah)
chill…. (^__~)
Merindui Cinta-Nya
December 1, 2011 at 4:06 pm
Erm, kalau tanya saya, saya rasa isu ni tak patut dikaitkan dengan individual behaviour.
Sbb isunya: Our power producer company is suffering losses. Is it a good or a bad thing? Should we care or should we just ignore and be selfish?
And my answer, macam yang saya tulis panjang2 kat atas ni la.
But its ok to have a different view. Tak sama pendapat, tak semestinya salah satu mesti salah, kan?
Thanks for reading. :)
Iz
December 1, 2011 at 4:17 pm
Aku nie dah karat dah pasal isu2 economy nie…. But this is what I think
Indeed the issue is about TNB and it is suffering losses…. But it is not an isolated issue….Mende nie berkait kait….. I’m sure you’ve done input and output analysis. Then, think of an ideal and a holistic input and output analysis that includes unnecessary projects and expenditures by the gomen then you’ll know what I mean.
I think what she’s tryin to convey is the frustration of our lay men on the streets. Like Noam Chomsky use to ask…. If the world is suffering from financial crisis, where did all the money go?
Last couple of years, president Obama once penah sindir the directors of Lehman Bros….. Where does all the bail out money go?
enough said abt that……. enough for us to ponder
My humble opinion is that, jimat-cermat has to go both sides. Takkan kite sebagai rakyat je nak berjimat cermat?
100k tu gaji CEO TNB ka? hehe tertanya jugak aku…. But 100k is too little for a CEO
Affin nyer CEO pon more than 400k per month
Imagine kalau 400k every month…. mcm menang nambot tiap2 bulan dowh!
ziadesa
December 2, 2011 at 11:37 pm
I got your point Ziad. Indeed. Hang even boleh kait sampai IPP’s contract issue, if you want to. But to discuss everything dalam satu simple entry macam ni, aku rasa it will be too big n long andd boringgg. Plus, aku sendiri pun tak mampu kot nak tulis. Haha. Im not from electric background pun. :p. So aku narrow down to subject yang aku tau.
Agree on your point that both sides need to be prudent on spending. But I cant change people. I cant force Najib or even you to switch off the lights. Aku boleh tutup lampu rumah aku je. So, reminder is important, but to make sure ppl do the same thing like u did, thats the million dollar question. Hihi.
~ Bro, u’ve just spilled the beans. Aku malas nak mention bab gaji tu. Sekali hang bagi direct baguih punya. Hahaha. :D
Iz
December 4, 2011 at 9:39 am
BTW bro, your entry kali nie tak gagal laaaa hehe…. You managed to get your points through…. I dunno whats the right term…… Selective perception kot…. When readers are reading your post, at the back of their mind, dok dengaq ceramah pembangkang, so payah depa nak digest the issue that you’re trying to convey.
ziadesa
December 4, 2011 at 5:33 pm
hahaha..luahan geram tu yang tak tahan..tapi tajuk RM100,000 sebulan dengan TNB tu nak kait tang mana?
aifadilaila
December 1, 2011 at 4:17 pm
Haaa. Think. Think. :p
Iz
December 1, 2011 at 4:20 pm
ah..biarkan..biarkan.. anyway..good improvement huh..banyak post minggu ni..sukeee
aifadilaila
December 1, 2011 at 4:48 pm
nice entry lagi..sgt berguna utk org cam me..hikhik…then now i know,baik lar naik bil tu skit2 dan berperingkat dari die naik mendadak tetibe..pitam me nti..huhuhu
moonchild
December 2, 2011 at 8:18 am
Govt pun pikir panjang jugak nak gamble Pjaya tu. :)
Iz
December 2, 2011 at 10:14 am
aifa ~ kait tang gaji boss Tnb tu la..kan faiz kan..!! xpun gaji en faiz kita..hehe
ajib
December 2, 2011 at 10:07 am
Hahaha. According to hearsay la. Tapi saya rasa x mustahil. :p
~ gaji saya?? AMINNN!!!! Hahahahaha!
Iz
December 2, 2011 at 10:12 am
amiiiiinn…gaji besar tanggungjawab pun besar jugak la ye dak?
aifadilaila
December 2, 2011 at 7:30 pm
gaji dia boleh baca lam annual report tnb. last aku baca dulu memang banyak tu pun. tapi compare to other ceo tak la banyak sangat income dia tu. kalau boleh, tambah bab harga arang batu yang makin lama makin naik. boleh compare jgak tariff negara lain. aku harap orang lain boleh paham. hang dah explain seringkas n semudah mungkin. kalau orang tak paham jgak aku pun tak tau nak kata apa dah…
Myvi Oren
December 3, 2011 at 7:28 pm
Amboi.. sejak sejak go profesional ni kan..
Eh.
Hazard Ali
December 2, 2011 at 4:52 pm
TNB collapse ganti ngan Malakoff n YTL bleh??
haha
reyust
December 5, 2011 at 7:29 pm
:)
Iz
December 6, 2011 at 10:09 am
copy paste…hehe
Ekoran kejadian blackout seluruh negara awal tahun 90an dulu semasa zaman Tan Sri Ani Arope jadi CEO TNB, Dr Mahathir mengambil keputusan untuk meliberalisasikan sektor penjanaan tenaga elektrik. Maka wujudlah IPP, yang rata-rata konsesinya diberi kepada kroni kerajaan secara direct tender walaupun TNB mampu bina power station pada kos yang lebih rendah daripada IPP.
Salah satu sebab tarif elektrik Malaysia lebih mahal daripada Thailand walaupun Thailand bayar gas dengan harga lebih mahal kepada gas supplier mereka adalah sebab generation cost kita lebih mahal daripada mereka. Generation cost mahal kerana IPP dah buat untung besar dalam capital cost yang mereka charge kepada TNB (capacity payment). Thailand juga sudah lama mengamalkan proses competitive bidding dalam pemberian konsesi membina power plant, jadi sesiapa yang berjaya menang konsesi tu adalah company yang dpt membina power plant dengan kos paling kompetitif. Kalau di Malaysia, konsesi sejak dulu diberi kepada politically-connected companies. Proses competitive bidding untuk konsesi bina power station baru diamalkan di Malaysia tahun 2011.
reyust
December 7, 2011 at 12:56 pm
Hmm. So, TNB, IPP, govt, semua2 la yang salah no. Kejam sungguh depa ni kan. Govt ni pun satu. Cuba bagi letrik free, minyak free, semua free. Konfom rakyat undi pilihanraya nanti kan. Apa la. Tu pun tak boleh pikiaq. Haih. Najib2. :)
~ Letih la nak bukak topic baru. Apa kata daripada hang dok provoke2 then senyap macamni, hang tulis kat blog sendiri. Baru macho bro. Biar semua orang baca apa yang ada dalam kepala hang, then kami komen. Ok? :)
Iz
December 7, 2011 at 3:10 pm
hurm :)
reyust
December 8, 2011 at 12:32 pm
Copy paste.
TNB DAH NAZAK : TNB DGN MURAM & SURAM NYA TELAH MENGUMUMKAN BONUS 0.5000 BULAN BAGI STAFF NYA
Assalamu’alaikum w.r.t & Salam Sejahtera
Petronas + Kerajaan vs TNB. (Supaya TNB Cepat Mampus)
Nak faham rentak kenaikan tarif elektrik di Malaysia tidak sesukar mana. Saya rasa rakyat dan mula faham petanda-petanda dan bayang-bayang jika mahu berlaku sebarang kenaikan di Malaysia walaupun dalam pada masa yang sama selama ini dah banyak “elemen kejutan” yang telah berlaku di Malaysia. Semalam, selepas membaca berita berkaitan kenyataan Petronas yang tidak mahu lagi menanggung kerugian dengan memberikan subsidi kepada TNB, kami terbayang nasib pengguna elektrik di Malaysia. Adakah kamu, kamu dan kamu sebagai pengguna elektrik semua sudah bersedia?
Bersediakah anda dengan kemungkinan kenaikan tarif elektrik di Malaysia tidak lama sahaja lagi? Semalam sahaja sudah pun bermula caj tambahan sebanyak 1% kepada sesiapa yang menggunakan bekalan elektrik lebih 300 kilowatt sejam (kwj) sebulan. Anda sedar bukan?
Paling akhir kenaikan tarif elektrik berlaku sekitar Jun 2011, tidak mustahil akan naik sekali lagi pada tahun 2012 nanti. Samada selepas Pilihanraya Umum ke 13 atau sebelumnya, itu diluar bidang kuasa saya. Okey, sebelum itu saya merasakan & beranggapan semua sudah cukup “hadam” dengan terma perjanjian IPP yang mencengkam industri tenaga di Malaysia. Kasihan TNB.
• Petronas dah bunyikan semboyan mereka untuk tidak mahu lagi berikan subsidi TNB
• TNB nak minta belas kasihan daripada IPP? Lupakan sahaja niat tersebut. Kalau boleh mereka lagi nak kumpul seberapa banyak keuntungan untuk mereka setiap tahun melalui “model perniagaan atas angin mereka”
• Kerajaan pula masih membiarkan perjanjian IPP tersebut berjalan seperti biasa. Macam tiada apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini.
• Jadi, TNB nak mengadu dengan siapa? Dengan anda-anda dan semualah sebagai pengguna elektrik untuk “menyerap tekanan” yang dihadapi mereka dengan melaksanakan kenaikan tarif elektrik tidak lama lagi melalui persetujuan kerajaan
• Akhirnya, rakyat yang terpaksa “berkorban” dan “terkorban”
TNB pada tahun ini sudah mula mencatatkan kerugian yang besar pada suku terakhir tahun 2011. Berapa banyak? Untuk suku terakhir sahaja TNB rugi RM453.9 juta. Sebab utama yang menyebabkan rugi?
• Dah tentunya perjanjian berat sebelah IPP
• Kerana terpaksa menggunakan bahan api yang 6 kali lebih mahal daripada gas bersubsidi yang dibekalkan oleh Petronas
• Biasanya Petronas akan terpaksa belanjakan sekitar RM18-RM20 billion untuk memberikan subsidi gas asli di bawah harga pasaran.
Kemudian daripada sudut lain, nampak ketara Petronas sebenarnya nak menutup ketidakcekapan sendiri. Masalah di Bekok-C tertangguh berbulan lamanya berdasarkan jadual asal. Akhirnya, sekarang ini platform lain pulak yang mengalami kesannya, sehingga ke tahun depan (tahun 2012) gas curtailment akan terus berlarutan.
• Petronas telah mungkir janji, mengatakankan mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Tetapi kerapkali tertangguh
• Sehingga TNB terpaksa menggunakan bahanapi alternatif yang 6 kali ganda lebih tinggi sehingga menyebabkan kos operasi TNB meningkat
• Cuba bayangkan perkara sama dilakukan dengan buat masalah seperti ini kepada Singapore? Agak-agaknya, singapore nak bagi muka kepada Petronas? Dan, agak-agaknya berapa penalti yang Petronas terpaksa hadapi?
Berbalik semula kepada realitinya.
• Petronas berhajat nak jual gas pada harga pasaran
• Tetapi tarif elektrik TNB tak mengikut harga pasaran, bagaimana TNB “mampu bertahan”?
• Walaupun TNB monopoli sektor kuasa, tapi kenaikan tarif elektrik ditetapkan oleh kerajaan
• TNB tiada kuasa untuk buat kenaikan tarif elektrik sesuka hati kerana tiada kapasiti untuk melaksanakan “Fuel pass-through” bermakna tarif pengguna akan dikira berdasarkan kos bahanapi semasa.
• Akaun Petronas tak boleh diaudit, tetapi akaun TNB boleh diaudit
Apa yang boleh saya katakan secara keseluruhannya, TNB sudah banyak berkorban sejak tahun 1992 lagi dan terkorban. Bagi saya TNB akan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang ini, jika pertamanya pengurusan TNB di peringkat atas dirombak semula dan perjanjian IPP yang cukup berat sebelah itu turut dirombak semula.
• Rakyat dapat manfaat, dengan tarif elektrik yang munasabah
• Dan TNB juga termasuklah kakitangan TNB menikmati bonus yang memuaskan.
Bagaimanapun, TNB mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM499.5 juta bagi tahun kewangan 2011 berbanding keuntungan RM3.2 bilion direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.
• Ya…tahun ini TNB masih lagi untung (bukan rugi) RM499 juta tapi bayar bonus ½ bulan gaji.
• Tahun 1997 TNB rugi RM135.2 Juta tapi mampu bayar 1 bulan gaji sebagai bonus.
• Tahun 1998 TNB rugi RM3,094.3 Juta tetapi mampu bayar 1.5 bulan gaji sebagai bonus.
Tapi apa yg mendukacitakan saya, ramai di antara mereka yg tak tak tahu pasal kedudukan sebenar TNB? dimana silapnya apabila semua ini berlaku.. siapa sepatutnya yg harus bgtahu kepada mereka semua ini mengenai kedudukan TNB? ada yg berkata ini semua alasan CK sbb tak mahu bayar bonus. bila saya bgtahu yg saya dah pun menghadiri perjumpaan diantara kesatuan bersama COO & CFO, baru mereka faham..apa yg saya lihat dan rumuskan kat sini masa perjumpaan tersebut, perjanjian antara TNB dgn petronas pun tidak menyebelahi kita. ditambah pula dengan sikap acuh x acuh petronas dengan TNB. kira bukan sekadar dihimpit masalah gas shj, malahan kita sedang dipermainkan oleh kerajaan & petronas. gas utk TNB tak ada, tp masa yg sama boleh jual kpd singapore dgn harga 3 kali ganda dr harga TNB. jd apakah maknanya semua itu… mengapa dgn TNB dicatu, tp dgn negara asing boleh dijual?
PM menyerahkan perkara ini kepada Idris Jala (PEMANDU) dan dlm masa yg sama PEMANDU menubuhkan My Power, dimana kumpulan ini lah yg sedang buat kajian untuk memecahkan TNB kpd 3 bahagian. ditambah pula kita berterusan dihimpit dengan maslaah meter digital & postage billing. ini semua menimbulkan kemarahan pengguna di luar sana. secara tidak langsung,TNB menanggung pula bebanan yg lain.
Dan bermula semlm kenaikan 1% untuk penggunaan melebihi 300 unit dikenakan. tp adakah mereka diluar sana tahu, yg lebihan 1% tu bkn untuk TNB ambil, tp disalurkan terus kpd kerajaan atas nama Tabung tenaga hijau rasanya. kenapa perlu wujud perkara sebegini? kenapa perlu kutip melaui TNB? secara tak langsung, TNB akan terpalit kotornya jika pengguna meradang… dan difahamkan lebihan 1% tersebut menyumbang kepada 300juta/tahun. ke mana jumlah RM ini akan pergi?
Hari ini kita digemburkan dengaan berita yg mcm baik jika didengar, sebenarnya kita pun hampir tertipu… kononnya menyatakan TNB sudah menerima kelulusan kerajaan untuk satu mekanisme perkongsian kos bahan api bagi menangani kos tinggi yang ditanggung syarikat akibat pengurangan gas. Mengikut mekanisme itu, TNB, Petronas dan kerajaan akan sama-sama berkongsi perbezaan kos yang ditanggung oleh TNB mulai 1 Januari 2010 hingga 31 Oktober 2011 berjumlah RM3.07 bilion. pada dasarnya, dari awal lg krisis yg ditanggung TNB ini dikongsi bersama dengan Kerajaan & petronas… tp mereka seolah2 berdiam diri. dan apabila masa yg sesuai dah tiba, baru buat pengumuman. walhal apa yg dibayar oleh mereka ini adalah 2/3 drpd apa yg telah TNB keluarkan sebenarnya…dengan laporan ini, mereka seolah-olah menjadi hero dlm skrip ciptaan mereka sendiri untuk menunjukkkan berapa bertanggungjawabnya mereka membantu padahal, dr awal lg mereka patut bersama TNB.
jd tuan2 pikirlah sendiri… mmg kita sedang dipermainkan…di mana silapnya…jd bersiaplah kita semua untuk mempertahankan TNB… kita perlu berani untuk turun ke jalan raya sekalipun jika perlu untuk mempertahankan syarikat yg kita cintai….
Ehem ehem
December 23, 2011 at 12:52 am