Kenapa Solat Menghadap Kaabah?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku dapat satu email daripada junior di university dulu.

Kenapa orang Islam solat menghadap Kaabah?

Soalan ni ditanya oleh boss dia, a Chinese lady. 

Saya bukanlah mufti dah ustaz untuk menjawab soalan-soalan hebat seperti ini. Ilmu agama pun rasanya sedikit sangat kalau nak dibanding orang lain. Tapi saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk menjawab sebaik mungkin kemusykilan tentang Islam.

Setelah membuat sedikit research dan meminta pendapat kawan-kawan yang lebih arif, inilah yang dapat saya simpulkan. 

First of all, kita kena ingatkan sekali lagi perbezaan antara ‘menyembah’ dan ‘menghadap’ Kaabah.

Umat Islam bukan menyembah Kaabah, tetapi sekadar menghadapnya ketika solat. Ini adalah berbeza dengan agama-agama lain yang menyembah patung/tuhan mereka. Kaabah hanyalah satu bangunan kosong yang terletak di dalam Masjidil Haram, Mekah. Bukannya tuhan, atau terdapat tuhan di dalamnya. Even kalau dialihkan pun Kaabah itu, dan diletakkan di Malaysia misalnya, umat Islam di seluruh dunia masih akan tetap menghadap ke Masjidil Haram untuk bersolat.

Kaabah hanyalah sebuah bangunan biasa. Buktinya, pada masa dahulu Bilal berdiri di atas Kaabah untuk melaungkan azan, memanggil orang untuk mendirikan solat. Ternyata, Kaabah bukanlah satu objek ‘mistik’ yang mempunyai kuasa yang perlu dipuja. Saya tak pasti, adakah agama lain membenarkan penganutnya untuk berdiri dan memijak patung/tuhan sembahan mereka seperti yang dilakukan oleh Bilal.

Malah, kita sendiri telah berlaku ‘kurang ajar’ dengan Kabaah (kalau dikatakan Kaabah itu perlu disembah). Sebab apa? Sebab ketika kita solat, terdapat gambar Kaabah di atas sejadah, yang hanya setaraf dengan kaki kita. Jika Kaabah itu keramat, sudah tentu kita akan menggantung gambar dan replikanya di tempat yang mulia kerana percaya ia boleh membawa tuah dan rezeki.

Ok, jom kita buka balik buku sejarah.

Setelah nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu, baginda bersolat berkiblatkan Baitul Maqdis. Apa maknanya? Maksudnya, ‘berkongsi’ kiblat dengan kaum Yahudi.

Apabila Islam mula berkembang dengan pesat, ini secara tidak langsung telah memberikan tekanan kepada Yahudi. Mereka mula bertindak balas dan menyakiti umat Islam. Mereka mengejek nabi. Muhammad sudah kehabisan idea, itulah sebabnya dia meniru untuk beribadah menghadap Baitul Maqdis, which is kebetulan memang kiblat Yahudi sejak berzaman. 

Muhammad mendakwa bahawa agamanya adalah merdeka dan syariatnya mengatasi semua agama sebelumnya. Sebenarnya dia tidak mempunyai kiblatnya sendiri dan mendirikan solatnya menghadap kiblat kaum Yahudi.

Apa perasaan nabi? Mestilah nabi sedih sebab seolah-olah Islam ni tertakluk pada Yahudi.

Satu hari, ketika sedang bersolat, nabi mendapat wahyu untuk bertukar arah (kiblat).

Sungguh Kami sering melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.

Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.

Dan sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberi Al-Kitab Taurat dan Injil memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

Surah Al-Baqarah, ayat 144.   

Serta-merta nabi berpusing ketika di dalam solatnya untuk menghadap ke Masjidil Haram (Kaabah). Jadi, start hari tu semakin jelaslah perbezaan antara Yahudi dan Islam.

Menjawab kepada soalan tadi, kita menghadap Kaabah ketika solat adalah kerana: ianya perintah Allah.
 
Tapi untuk non-muslim, mungkin mereka memerlukan jawapan yang lebih daripada itu. Baiklah. Saya cuba.

Terdapat berbilion umat Islam di seluruh pelusuk dunia, tetapi bila bersolat, SEMUANYA menghadap ke arah titik yang sama. Ini adalah simbolik kepada penyatuan dan keseragaman ibadah walau di mana pun umat Islam berada. Islam hanya menyembah tuhan yang satu, iaitu Allah. Berbeza dengan agama lain yang mempunyai beratus ribu patung dan kuil di serata dunia, masing-masing mempunyai kedudukan yang berbeza antara satu sama lain.

Ok, ditanya kenapa tak diukir saja fizikal Allah pada batu atau kayu, agar mudah dilihat dan disembah?

Allah itu Maha Sempurna. Tak mampu dilihat dan dibayangkan dengan pancaindera manusia. Contoh paling mudah, kelawar. Kenapa kelawar tak boleh melihat di siang hari? Walhal, kelawar bukannya buta.

Kerana, mata kelawar tak mampu nak melihat cahaya matahari. Bagi matanya, cahaya itu terlalu terang! Sampai tak mampu dia melihat apa-apa.

Macam tu juga manusia. Kita tak mampu melihat Allah, bukan bermakna Allah itu tiada. Tapi kerana keterbatasan kemampuan kita sendiri. Seperti pixel computer, mata kita ni tak mampu nak melihat objek yang lebih tinggi resolution nya.

Jadi, untuk memudahkan manusia, Allah perintahkan nabiNya (Ibrahim dan Ismail) untuk membina sebuah bangunan iaitu Kaabah. Cukuplah sekadar menghadap ke arah Kaabah untuk bersolat, daripada nak melawan fitrah untuk membayangkan juga Allah itu macamana.

Contohnya mudah. Si ayah telah terputus hubungan dengan anaknya yang masih kecil. Bila anak rindu, si ibu memberi sekeping gambar mengatakan, ini ayah. Tengoklah untuk mengubat rindu. Si anak pun tatap la gambar si ayah.

Tup tup, si ayah kembali ke pangkuan keluarga. Tapi anak confuse. Yang datang tu tak sama dengan gambar yang diberi ibu.

Rupa-rupanya si ibu memberi gambar Aaron Aziz. So si anak tadi pun percayalah yang itu ayahnya. Rupa-rupanya, salah! Orang lain yang dirindu, orang lain yang ditatap

Apa perasaan si ayah? Mestilah dia berkecil hati. Sebab dia lagi handsome! Kan?

Ini cuma kiasan. Begitulah tuhan. Siapa yang pernah melihat tuhan? Tiada! Kalau siapa pun tak pernah melihat tuhan, macamana seseorang itu boleh menceritakan dan menggambarkan fizikal tuhan? Lebih parah, orang lain turut percaya dan menyembah pula ciptaan si pereka tadi!   

Bayangkan kita bersolat tanpa arah (Kaabah). Seorang akan menghadap ke timur, seorang lagi ke barat. Subuh tadi solat menghadap TV kat rumah. Zohor satgi rasa macam teringin nak solat menghadap KLCC pulak. Asar, nak menghadap matahari. Tak ke kelakar tu?

Sedangkan Islam itu satu agama yang menitikberatkan disiplin dan perpaduan. Tak kiralah anda berada di London ke, Ulu Tembeling ke, Gunung Semanggol ke, kiblatnya tetap sama – Kaabah!

Tentang bukti saintifik, aku tak baca journal. Setakat artikel-artikel yang ditulis oleh pihak yang kurang berkredibiliti, rasanya itu tak sesuai digunakan untuk berhujah. Tentu bunyinya lebih biased kepada Islam.

Banyak artikel yang mengatakan Kaabah itu ‘Centre of the earth’. Keadaan di mana jika dibawa kompas ke sana, tiada arah yang mampu ditunjukkan kerana tarikan utara dan selatan adalah sama banyak. Thus, baik untuk kesihatan. Ada lah huraiannya yang lebih scientific. Aku yang kimia SPM pun setakat C5, tak layak kot nak cerita lebih-lebih tentang zero magnetism, hemoglobin, oxygen circulation, infinity radiation, etc.

Setakat ini sajalah yang mampu aku fikirkan untuk menjawab soalan Kenapa kita solat menghadap Kaabah. Harap kawan-kawan yang lebih alim dan faqih dapat menambah kefahaman kami (dan membetulkan kalau hujah saya salah).

Wallahualam.

~ They said, even piring Astro pun mengadap ke arah kiblat due to this ‘centre of the earth’ cause. Pernah check tak? :) 


19 responses to “Kenapa Solat Menghadap Kaabah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 431 other followers

%d bloggers like this: