Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara.

Investment! Baek punye!!

with 5 comments

Kalau korang spesis yang ‘selalu tak cukup masa’ untuk tambah ilmu (especially ilmu agama) MACAM AKU, gua nak recommend lu semua dengar radio IKIM every weekdays pukul 7.30am. Ala, 10 minit je. Lepas tu switch la balik dengar hotchat Fafau, AG semua. Ok?

Sebab yang dijemput tu bukan calang-calang. Semua top-top tau. Ustaz Pahrol, Ustaz Hasrizal, Dr. Shukri Abdullah, just to name a few. Memang banyak kita boleh belajar dalam 10 minit tu.

Ustazah bulan ni pun best. Tak tau nama dia. Huhu. Tapi nasihat-nasihat dia antara yang terbaik juga. Kalau tak percaya, pukul 7.30 pagi cuba dengar IKIM. (Siaran ulangan lepas maghrib. Dalam pukul 7.30pm)

Last week dia ada sentuh bab Wanita dan Al Quran. (Ok, ignore ‘wanita’ tu. Lelaki pun kena dengar juga. Jangan buat alasan. :P) Hari ni dia sambung sikit lagi. Tapi last week tu aku tak sempat nak salin key points dia. Huhu. Ni aku cuba tulis summary apa yang aku ingat ek. (Siapa yang dengar haritu tolong tambah-tambah mana yang aku tertinggal ok?). :)

Sepertimana benda-benda lain, Al-Quran juga mempunyai hak ke atas kita. Kalau perut menuntut haknya untuk diisi, Quran juga akan menuntut haknya untuk dibaca. Hak Quran terhadap kita pada pandangan sesetengah ulama’ adalah untuk dikhatamkan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Saya ulang, KHATAM DUA KALI SETAHUN. Maknanya setiap 6 bulan sekali. At least. 

Kalau dah lama kita tak baca Quran, cuba tanya balik diri.

Kenapa aku rasa tak bersalah ek kalau tak baca Quran? Al Quran ni kalam Allah. Bukan tulisan manusia. Kalau tulisan manusia pun kita boleh baca hari-hari, kenapa tulisan tuhan kita tak ambil peduli?

Atau mungkin hati kita sudah mati? Sebab sudah hilang sensitive pada hal-hal berkaitan agama. Sudah hilang rasa bersalah bila berbuat dosa.

Adakah kita rasa alah, nanti-nanti aku qada’ lah solat. Nanti-nanti aku taubat la sungguh-sungguh. Kali ni kira halal lah nak buat maksiat ‘sikit’.

Nauzubillah.

Cuba buat Quran tu macam Facebook. Tiap-tiap hari, mesti nak kena buka tengok, walau pun sekejap. Kalau tak buka tu, rasa rinduuu sangat. Rasa macam ada yang tak lengkap untuk hari tu. Even kalau busy pun, ada dalam hati tu rasa tak sabarnya nak baca Quran sekejap lagi.

Aku ada belajar tips dengan Ustaz Zahazan bab baca Quran ni. Dia cakap, cuba setiap kali lepas solat, baca dua muka surat. Dua muka surat sahaja, itu pun dah cukup. Tak payah banyak. Bukan lama mana pun setakat baca dua muka surat tu. Kita baca blog orang pun lebih daripada tu kan? Hehe.

Bila kita consistently baca dua muka surat tiap-tiap kali lepas solat, sehari kita akan dapat 10 muka surat, kan? Sehari sepuluh, dalam masa dua (untuk perempuan mungkin tiga) bulan kita dah boleh khatam. Kalau every quarter kita khatam, insyaallah setahun kita boleh dapat empat kali dah.

And from my personal experience, memang practical strategy Ustaz Zahazan ni. Simple dan taklah membebankan. What I do is, lepas Isya’ or Subuh, aku akan letak satu penanda as ‘Mesti-Baca-Sampai-Sini-for-Today’. Penanda KPI ni akan bergerak dalam gandaan 10 muka surat lah, sebab sehari 10, kan?

Satu lagi penanda, parking dekat mana kita last baca. Lepas tu bolehlah kita gauge banyak lagi or tinggal sikit je quota kita untuk hari tu. Flexible sikit pun boleh. Contohnya lepas Subuh tu rasa macam ada masa lagi, boleh baca siap-siap untuk Zohor’s portion. Sebab kadang-kadang bukan semua waktu lepas solat kita free. Macam aku, lepas Asar memang tak sempatlah nak baca sebab nak kejarkan Qaid. So masa bila yang ada free sikit, coverlah Asar punya dua muka surat tu.

Yang penting, satu hari tu mesti kena habiskan baca 10 muka surat.   

Saya sangat suka dengan kaedah Ustaz Zahazan ni, dan saya mencadangkan anda juga turut mencuba! (Untungnya pendakwah ni kan. Setiap amal yang kita buat, diaorang pun dapat share juga, free!)

Bayangkan, satu huruf dapat 10 kebajikan. Baca bismillah, dah dapat 190 kebajikan! Itu baru bismillah! Kalau satu muka surat tu berapa huruf? Kalau khatam, berapa pula?

Sebab tu Allah cakap, rahmat Dia takkan boleh dihitung. Subhanallah.
 
Dan tiap-tiap kali lepas baca tu, doa lah moga kita dapat istiqamah. Jangan harini sepuluh, esok lusa takde langsung dah. Ramadhan next year pulak baru bukak Quran balik. *Pesan kat diri sendiri ni*

Sure korang pernah dengar sebuah hadis bahawa jika kita selalu membaca Al Quran, apabila kita mati nanti akan datang seorang pemuda kacak menemani kita di dalam kubur. Itulah bacaan Quran kita.

Dalam kubur tu nanti kita sorang-sorang je yob! Tak takut ke kome dok sorang-sorang, gelap-gelap, sempit ghope itu dengan cacing, semut, anai-anai segala? Elok benor le kalau ada yang nak neman. Hensem pulak tu. Mungkar dan Nangkir halau dia pun dia still tak mau tinggalkan kita. Haa. Boleh bagi syafaat lagi. Kalau malaikat pukul, dia akan cakap ni kawan aku! Jangan pukul dia. 

Tak mau kah?

Masa zaman sahabat dulu, diaorang busy nak memimpin negara, berdakwah, berperang, meluaskan ajaran Islam. So bila tak dapat nak baca Quran sangat, diaorang akan cuba untuk dapat peluk Quran. Itu pun jadilah. Peluk cium, cakap maaf tak dapat baca harini.

Tapi kita janganlah setakat peluk cium je Quran tu. Diaorang tak sempat tu sebab sibuk mentadbir negara. Kita ni takkanlah nak cari masa sekejap pun tak boleh? Kerja apa kamu? :)

Kita selalu tercari-cari best friend untuk meluah rasa bila kita stress, sedih, kecewa. Dan selalu juga kita dengar dan baca di status facebook ayat-ayat yang menzahirkan rasa kecewa terhadap kawan yang ‘menikam dari belakang’, ‘menganiaya’, ‘tidak mahu menghulurkan bantuan’ dan sebagainya.

Tapi sedar tak kita Quran itu lah sebaik-baik best friend sebenarnya. Bila dengan dia, hati kita akan menjadi tenang. Yang marah akan menjadi sejuk. Yang takut akan menjadi redha. Quran sentiasa setia menunggu kita berkongsi rasa dengannya. Cuma kita saja yang ‘tak ada masa’ untuk dia. Kasihan kan? Kasihan Quran, kasihan juga pada kita yang ‘sibuk’ ni.  

Untunglah siapa yang ada di dalam hatinya rasa rindu nak baca Quran selalu. Rasa, sayang benar kalau ada hari yang berlalu tanpa membaca Al Quran.

Lagi satu, salah satu cara Allah nak bagi kita hidayah adalah melalui Al Quran. So, bila kita baca Quran, kita semakin dekat dengan hidayah Allah. Tak nak ke hidayah Allah? Atau kita sudah ada kompas sendiri arah mana nak berjalan atas bumi ni? :)

Moga-moga dengan baca Quran ni, jadi asbab untuk kita mendapat hidayah. Amin.

Nabi cakap orang yang pandai mengaji ni taraf dia sama dengan Jibril tau! Betul juga kalau difikirkan. Sebab ketua malaikat itulah yang menyampaikan ayat-ayat Allah ni. Kita baca apa yang Jibril sampaikan pada rasulullah weh! The same exact words!

Tapi hadis nabi tak habis di situ. Macamana pula dengan orang yang tak pandai baca Quran?

Orang yang tak pandai (tapi berusaha untuk belajar) darjat dia dua kali ganda daripada golongan yang pandai tadi!

Sebab apa? Satu, sebab dia baca Quran, dapat lah pahala. Satu lagi, sebab susah payah dia nak pandai tu. Effort dia cari tok guru, tergagap-gagap, orang ejek-ejek, semua tu Allah bagi ganjaran jugak!

Masyaallah. Hebatnya motivasi nabi nak suruh kita belajar ilmu Al Quran.

Sebaik-baik antara kamu adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al Quran.

Aku tertarik dengan satu entry Hanis Zalikha baru-baru ni.

Imagine there is a bank account that credits your account each morning with $86,400. It carries over no balance from day to day. Every evening, the bank deletes whatever part of the balance you failed to use during the day. What would you do? Draw out every cents of course?

Each of us has such a bank.

Its name is TIME.

Every morning it credits you with 86,400 seconds. Every night, it writes off as lost, whatever of these you have failed to invest to a good purpose. It carries over no balance. It allows no overdraft.

Each day it opens a new account for you. Each night it burns the remains of the day. If you fail to use the day’s deposit, the loss is yours. There is no drawing against ‘tomorrow’. You must live in the present of today’s deposit.

Invest it so as to get from it the utmost in health, happiness and success. The clock is running. Make the most of today.

~ Korang, korang invest kat mana eh?? Bagus tak return dia? :)

Advertisement

Written by Iz

September 20, 2011 at 8:30 pm

Posted in Personal

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. very nice post. thanks faiz. God bless.

    cFu

    September 21, 2011 at 11:59 am

    • No, thank you, for reading. Same goes to u too. Amin. :)

      Iz

      September 21, 2011 at 12:21 pm

  2. post sgt bgus. bermanfaat. betul jugak ckp ustaz zahazan. sehari 10 m/s pn dh ckup. astagfirullah.bila la last sy bce quran? T.T

    Khairul Idzwan

    September 21, 2011 at 2:47 pm

    • Still tak terlambat kalau nak restart. :)

      Iz

      September 23, 2011 at 11:55 am

  3. [...] Jadi, penting bukan untuk kita terus menghidupkan hati? Dan antara caranya, tentulah dengan Quran. Ingat lagi tentang tips yang Ustaz Zahazan cadangkan? Membaca dua muka surat setiap kali solat? [...]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,030 other followers