Tentang ASB
Tiba-tiba tergerak hati untuk menulis tentang isu yang sentiasa menjadi perhatian ramai – Status ASB.
Majlis fatwa kebangsaan sudah memutuskan bahawa hukum melabur dalam ASB adalah harus. Dan kebanyakan investor telah berpegang kepada hukum ini.
Pada pendapat saya, ada sebab tertentu mengapa majlis fatwa menjatuhkan hukum harus. Ia mungkin dibuat berdasarkan kepentingan umum. Untuk pengetahuan, PNB menguruskan dana berjumlah RM150bn. Bukan jumlah yang sedikit.
Bayangkan kalaulah dijatuhkan hukum haram, apa yang akan terjadi? Tentunya investor akan withdraw semua investment masing-masing daripada PNB. Dan berlaku lah huru-hara dalam sektor kewangan kerana PNB adalah antara ‘gergasi’ yang mempunyai pegangan saham dalam pelbagai company di Malaysia. Domino effect ke atas sektor-sektor lain juga tidak mungkin dapat dielakkan apabila sektor kewangan menjadi kacau-bilau.
Jadi, mungkin setelah faktor ‘kerosakan-pada-skala-yang-besar’ ini diambil kira, majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan hukum harus ke atas ASB. Jadi, seperti tanggungjawab para ulama’, majlis fatwa juga akan dipertanggungjawabkan ke atas fatwa yang telah dikeluarkan.
Aku juga berpendapat sedemikian. Fatwa harus sudah dikeluarkan. Kenapa perlu takut lagi? Sudah ada yang sudi menanggung di akhirat nanti. Invest saja lah!
I even took the loan scheme! Long before ianya popular seperti sekarang. Aku dah start contract dengan Maybank sejak aku study di university lagi. Jumlahnya tidaklah banyak. Nama pun student kan? Tapi ternyata tindakan berani aku ‘dikagumi’ termasuk oleh officer Maybank itu sendiri.
Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan loan sebelum maturity. Way ahead of the schedule. Satu pencapaian yang membanggakan untuk diriku. =). Tak dapat digambarkan perasaan bila sijil itu ditukar ke dalam bentuk cash!
Selepas itu aku masih terus menabung di ASB setiap bulan.
Until…
Satu hari, aku mula terfikir. Betul ke decision yang aku ambil ni? Entah dari mana, rasa was-was makin menebal dari hari ke hari.
Terbaca juga status-status yang dengan tegasnya mengatakan ASB itu haram. Tapi bila dilihat dengan lebih dekat, ianya lebih kepada alasan untuk menjual product sendiri – unit trust. Dan aku agak yakin, orang-orang seperti ini (most of them) sebenarnya mungkin tidak faham pun kalau ditanya apakah sebab ASB menjadi haram dengan lebih detail. Sekadar-menghafal-tanpa-kefahaman. Pernyataan haram mereka hanyalah untuk kepentingan sendiri. Tentunya ada bias.
Jadi dengan sedikit ilmu yang ada, aku cuba untuk mencari jawapannya sendiri.
Dan inilah yang paling meresahkan hati,
As at 30 June 2010, the top three shareholders are Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) with 44.04%, Employees Provident Fund Board with 10.75% and Permodalan Nasional Berhad (PNB) with 7.67% and accounting for a combined 62.46%. – Maybank’s 2010 annual report.
Obviously mmg PNB & ASB ada stake dalam Maybank, sebuah conventional bank.
Kalau dalam stock market aku boleh percaya 100% dengan list shariah-compliant yang dikeluarkan oleh SC, kenapa dalam isu ASB ni aku nak tutup mata? Maybank sememangnya tidak pernah comply dengan shariah compliance. Bukankah itu tidak adil? Tak mahu mengaku kerana diri sendiri pun invest di situ juga?
Astaghfirullahazim. Semoga Allah mengampunkan kejahilan dan kelalaianku selama ni.
Halal dan haram di dalam banking industry hari ini semakin jelas. Alhamdulillah. Bukan seperti dahulu, yang mana terlalu banyak ‘grey area’ yang boleh dipersoalkan. Hari ini sudah banyak pihak yang mengambil langkah positif untuk menjelaskan yang hitam dan yang putih.
Selebihnya, tanggungjawab kitalah untuk memilih. Allah sertakan akal untuk kita berfikir. Analyze sendiri yang mana baik yang mana buruk.
Dan aku rasa dah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang muslim yang ‘ahli’ dalam bidang kewangan untuk berkongsi pendapat dalam hal seperti ini.
Kata nabi, berkatalah benar walaupun pahit.
Nah. Ini dia hadiah daripadaku untuk kalian.
Insyaallah, selepas ini tiada lagi ‘ASB’ dalam list ku bila orang bertanya, Faiz, kat mana nk invest ha?
Ya Allah, cukupkanlah rezeki kami. Kayakanlah kami dengan yang halal. Dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram.
~ Aku bukanlah mufti utk mengeluarkan fatwa hukum. Ini berdasarkan kefahaman dan pengetahuanku. Jika ada khilaf, silalah kongsikan. Wallahualam.


Can you suggest any other ASB equivalent Sharia compliant place to invest? You know… the ones that is the lowest risk and probably the “lowest interest” or “shared profit” that we can just dump our money and just forget about it…. Tabung Aji? other than that?
How about the “interests” that we’ve previously earned from our investments ?
You, for example, you’ve invested in ASB before that aite? and of course you’ve earned interest from that …” for me, since I was born” ….. what did you do with that money? or what we should do wit the money?
“Obviously mmg PNB & ASB ada stake dalam Maybank, sebuah conventional bank”
You meant Maybank? coz Maybank kan ada Maybank Islamic….kan?
ziadesa
June 10, 2011 at 12:54 am
P:S To fazzy, where ever u R…kalau baca blog pire, or if you pire can request fazzy to unblock her block or bagi aku bace blog die plzzzz :)
ziadesa
June 10, 2011 at 12:57 am
Ya man!! Fazzy! Aku pun nk baca blog hang jugak!!!!!!!
Iz
June 10, 2011 at 11:19 am
Frankly speaking Ziad, aku pun dah tak actively seeking those investment opportunities. Sbb? Duit yg nk di invest pun tak berapa nk ada! Haha. Tp utk switch yg lebih kurang, rasanya tabung haji la kot jawabnye. Cant think of any other place. Maybe ada readers lain yg tau? Share la. Heheh. :p
Oh, ade! Bank rakyat! Saya mesti pilihhh! :p
Abt dividend. Haha. ‘luckily’ I realized this AFTER I wed yanie. Huhu. Duit itulah yang aku buat belanja kawen weh. Sampai licin! Habuk pun x tinggal. Rasanya aku dah cerita kot how I strived utk belanja kawen kami sbb takmau berhutang and takmau pakai duit mak ayah?
But from my understanding, duit2 mcmni, seeloknya kita tak boleh guna. Bagi kat org2 yg memerlukan, (I don’t know).. maybe asnaf ke? Tp duit itu setau aku tak dikira sebagai sedekah. Ia hanya utk ‘menjauhkan’ kita dr duit yg dr sumber2 yg syubhah tu. tp better hang pi tanya yg lebih berkelayakan la.
Again, kalau ada reader yg boleh menjawab, silalah kongsi yea.
Ok ziad. Pasal maybank Islamic, itu hanya part of maybank berhad. Rasanya semua bank dah ada kot Islamic arm, termasuklah cimb n public bank. Utk maybank, maybank Islamic ni hanya subsidiary dalam commercial banking. So bukan maybank Islamic yg listed kat stock market. Kalau maybank Islamic ni yg listed, rasanya takde masalah. Tp yg listed ni dia punya holding company, yg bcampur dgn division2 lain.
Hopefully hang paham la apa aku dok ckp ni. Haha. Tp ini apa yg aku faham. Tlg btlkan kalau ada yg salah ok?
Iz
June 10, 2011 at 11:19 am
Ooooo paham2 macam ayam sembelih goreng sekuali dengan ayam katok laaa….
ziadesa
June 10, 2011 at 6:48 pm
Salam Faiz,
Ni teguran Allah dalam Surah Yunus Ayat 59:
Katakanlah:”Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan sebahagiannya halal.” Katakanlah: “Apakah Allah telah memberikan izin kepadamu tentang ini atau kamu mengada-adakan saja terhadap Allah?”
Kalau ada was-was (syubhat), maka tinggalkanlah…Mudah-mudahan lepas soalan kat pintu rezeki nanti…insyaAllah
aliza
June 10, 2011 at 7:18 am
W’salam. Thanks. Sudah tinggal. Sbb hati dah berkocak. Dan entry ini saja ditulis utk berkongsi sebabnya. :)
Iz
June 10, 2011 at 11:20 am
aku suka post nie! nk tkan button LIKE byk kali! heheh…
by the way, isu nie rasanya dh byk kali diperdebatkan. aku setuju dgn kenyataan ang “Hari ini sudah banyak pihak yang mengambil langkah positif untuk menjelaskan yang hitam dan yang putih.” ustaz zaman skrg dh pndai bab-bab duniawi bukan setakat uhkrawi jek. bila dikupaskan amalan seharian kita then compare dgn hukum hakam Islam diselit pulak dgn hadis dan ayat Al-Quran, pemahaman akan lebih jelas dan INDAH! percayalah! itu pun ilmu jgak.
same thing goes to bnda yg kita mkn. dua tiga menjak nie ader jek keraguan yg ditimbulkan. drpd pegangan aku, kalau ader alternatif lain, tinggalkan jek yg diragui. tak salah kan kalau kita TUKAR. di samping dpt memuaskan hati, terelak skali drpd benda-benda yg diragui.
thankz faiz!
zamey
June 10, 2011 at 8:01 am
Alhamdulillah. Thanks bro. :)
Btl. Ustaz2 harini sudah ramai yg pakar dlm bidang profesional. Tgklah, hukum forex pun dah boleh dikeluarkan beserta hujah. Alhamdulillah.
N aku setuju bab tinggalkan yg meragukan. Sbb kita bukan takdak alternative. Cuma maybe kita yg malas or ego nk admit apa yg kita dok buat selama harini salah. Then mula la cari2 dalil utk menyokong diri sendiri. Sedang Allah tahu, hati di dalam ni sentiasa bergelora.
Mmg Islam itu indah! Syukur. :)
Iz
June 10, 2011 at 11:26 am
salam… lame x komen, bace je. best part ni bro, baru2 ni ade jumpe sorg kawan lame pangkat kakak pun, so saje tanye dia pasal pelaburan ni, dia sebut pasal akaun emas, maksudnye beli emas, tapi setakat ade akaun, emasnye x nampak… itu mcm mane kire plak ye? dia jawab balik, ni xde akaun2, bli emas terus 999.9%, ade dlm bentuk mcm biskut tiger tu, siap tunjuk kat aku lagi…. name company tu public gold. desas desus menyatakan emas turun raya cina nanti, so akak tu pesan simpan la duit dari skang. so ape komen ang bro? labur dalam emas plak, ok ke? jgn sampai lalai x bayar zakat emas tu plak dah laa.
idh
June 10, 2011 at 11:56 am
W’salam.
Wah, makin broad ni. Ekek. Ok2.
Gold, latest trend sekarang. Semua org ckp pasal gold. Aku takde invest in gold Id. So aku taktau la mcmana. But theoretically, ada la aku bace sikit2. Mmg ada bank yg offer plan mcmtu. Dia buat ala2 unit trust jugak. Kite beli la tetiap bulan berapa gram. Dia rekod dlm account nnt.
Yg beli dlm physical gold pun ade. Tapi mahei la kot. Beli berapa gram pun dah koyak rabak, ini nk beli ikut kilo. Hehe. Eh, aku la tu. Org lain mampu je kot. :)
Tp kena ingat, bila kita hold physical gold, kita dah pegang risk. KALAU hilang? Camano? Rompak tolak tepi la. Bukan murah yob mende alah ni! Hehe. Tu sbb ada yg letak kat bank. Tp kat bank plak, bank charge ‘upah tlg jaga’.. duit lagi.. so, ikut suka hati ko la. Kalau rase umah tu dah pagor dgn antu raye 2-3 ekor, slamber je letak tepi tv. :)
Lg satu aku nk pesan, gold investment ni mmg bergantung pada price appreciation semata. Kite untung bile harga naik lebih tinggi dr harga kite beli. Tak mcm saham. Bila kite beli, harga saham naik, untung. Company bg dividend, untung lagi. Aa. Kalau gold, takde sape nk bg dividend. Tu la bezenye.
Abt gold price, aku tak tau. Dan takmau buat pala tau. Haha. Better refer pada kawan2 yg dah lama dok invest dlm gold ni. Maybe depa dah ada feel. :)
Iz
June 10, 2011 at 12:21 pm
Guys Utilize you wives!! Bagi bini pakai gelang sampai ke siku :))
ziadesa
June 10, 2011 at 6:51 pm
Sangatlah outdated ko ni. Skang mana mau pakai yg kuning merelip tu dah. depa mau yg kala putih ja. Huhu. (bini aku la)
Iz
June 13, 2011 at 8:48 am
hi pire,..
bout Asb tue ..u mean asb di ragui kehalalanyer kerana dier invest dlm maybank rite.. so ape2 yg melibatkan maybank ..hasil dari maybank ..tidak halal..then…
sama tak maksud nyer org yg keje dlm maybank tu.. gaji diorang xhalal sebab maybank conventional bank. involved with riba.. then meaning ..gaji yg diorang dpt tue dah bercmpur dgn interest. all conventional bank.. involved interest a.k.a riba .. not shariah compliance.. i rasa kbanyakan dari kite … finance student keje dlm bank… i rasa xde lagi bank yg betul2 mgamalkan islamic banking. and sumtime .. konsep yg kite pakai dlm islamic bank pun stil byk yg dipertikaikan..
so ape plak hukum org yg berkerja dgn bank.. makan gaji hasil dari riba… ??dat mean xhalal jgk la kan kalo ikut konsep u ckp kat atas tue…
izzah
June 10, 2011 at 9:09 pm
Hi izzah!
Yep, ASB diragui sbb jadi major shareholder dlm maybank. Clear cut.
Pasal kerja kat maybank, or any other banks plak, sy dah tulis sblm ni. Boleh baca kat http://faizhamsidi.wordpress.com/?s=kerja+bank+haram . tajuk dia kerja bank haram?
Kalau ade view lain, silakan. Wud be happy to learn. :)
Iz
June 13, 2011 at 8:35 am
meragui ‘kehalalan’ ASB dari dulu..Tuhan,tunjukilah kami jalan yg lurus…Oldtown Berhad?
pakden
June 24, 2011 at 10:15 am
Amin. What abt it?
Iz
June 24, 2011 at 3:03 pm