Ayat Pendinding

FAQ – Nanti kalau kerja siapa jaga Qaid?

Hantar nursery.

Maka banyaklah cerita seram dan ganas keluar selepas itu. Yea. Aku faham. Semua orang risau. Tapi jangan lupa, orang yang paling risau tentang Qaid sudah semestinya aku & Yanie. Kami lagi la nak yang terbaik untuk dia.

Cakap saja nursery, kebanyakkannya akan cakap selamat ke? Kenapa tak hantar rumah orang? Dekat2 rumah takde ke?

Senyum. Malas nak elaborate. Habis2 sangat aku ckp tawakal je la.

Pada yg lebih rapat, panjang la sedikit justification kenapa aku nk hantar nursery (keputusan yg diambil setakat aku sedang menulis ni. Mungkin kalau ada tempat yang lebih sesuai, entry ini akan menjadi obsolete).

Bukan kami taknak hantar kat rumah orang. Tapi takde contact. Tak kenal siapa2. Tambahan pulak kami baru pindah tempat baru. Mana la nk tau sangat area2 sini. Yang dok cakap2 tak baguslah hantar nursery, bahayalah, itulah, inilah, tapi bila tanya So ade recommendation ke nk hantar Qaid kat mana? Jawapannya tetap sama – Err, takdelah.

Saya appreciate concern anda. Terima kasih banyak2. Tapi kami takde pilihan. Mak ayah dan mertua di Perak nun. Kalau ikut hati, mmg aku nak suruh Yanie duduk rumah jaga anak je. Dan tentu2 tak runsing. Tapi economically kami masih tak mampu. Apetah lagi nak ambil maid. Jadi ape choice yg tinggal lagi selain hantar nursery?

Itu pun, jenuh dok buat SWOT analysis area mana nk cari nursery tu. (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats). Ingat nak buat business proposal je ke apply benda ni? Haha. =p. Constraints nye – kami hanya ada sebuah kereta, nursery selalunya buka dari 7am to 6pm, dan perjalanan dari office aku ke office Yanie agak mengambil masa (traffic jam).

Dengan limitations ini, kami come out utk hantar Qaid kat nursery yang dekat dengan train station on the way kami ke office.

Reason: advantage yang kami ada adelah office Yanie hanya walking distance dengan station Masjid Jamek. Kena utilize sebaik mungkin advantage ni.

So, IF Im gonna be late, Yanie sendiri boleh pergi fetch Qaid via train dari office dia. Tak payah tunggu aku. Then I’ll just drive straight away to the nursery. At least Qaid dah ada dengan Yanie. Daripada aku nk fetch Yanie kat office (tempuh traffic jam), then pergi fetch Qaid pulak (traffic jam lagi), pukul berapa nak sampai rumah? 

Tu je la cara yang aku nampak paling feasible pun setakat ni. Or korang ade idea yg lebih efficient? =)

Ade sekali tu, maybe sbb stress kot fikir pasal ni, tibe2 Yanie datang peluk menangis kat aku lepas tgk Qaid tidur. Dia risau siapa la nak jaga Qaid. Macamana la org tu treat Qaid nanti.

Tu aku pujuk, kene accept la bukan semua benda kita boleh control. Yang within our control, kite ikhtiar sebaik mungkin. Yang kite tak mampu, serah la pada Allah. Fikir banyak2 pun, still tak boleh buat ape. Kita takkan mampu nak jaga semua benda yang kita sayang. Tapi kita boleh minta tolong pada Yang Maha Memelihara. Tu lah namanya tawakal.

Aku teringat masa aku pergi Tengku Budriah baru2 ni. Company buat CSR by organizing jamuan raya for the kids. Masuk maghrib, aku pergi surau diaorang. Sayunye tgk budak2 tu sembahyang sama2. Aku rasa yang paling tua pun maybe darjah 4 or darjah 5 kot. Pandai je atur siapa jadi imam, siapa jadi bilal sesama diaorang.

Lepas solat, saje aku tunggu nak tengok apa diaorang buat.

Budak yg jadi imam tu start la berwirid. Panjang! Wirid bukan calang2 punye wirid. Aku sendiri rasa malu sbb dah lama x wirid panjang mcm diaorang. Huhu.

Dan salah satu doa yang dilagukan,

Bismillahillazi layadurru ma’asmihi syai un fil ardi, walafissama i, wahuasamiu’l a’lim.   

(Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana, dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui). 

Amin. Amin. Amin.

Tips: Nabi ajar kita baca doa ni 3 kali pada waktu pagi dan petang. Insyaallah akan dipelihara keselamatan kita dari segala bahaya dan musibah, zahir dan batin. Doa ni ada dlm ma’thurat. Boleh rujuk utk hafazan yg lebih tepat. Sama2lah kita amalkan sebagai ‘pendinding’.  

~ Tolong doakan Qaid ok yea di nursery tu.


9 responses to “Ayat Pendinding

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 430 other followers

%d bloggers like this: