Happy Mother’s Day!

Happy mother’s day to my wife, mom, mother in law, n all mothers out there! :)

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day

Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
’cause now I’ve got a child of mine

And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do

You know you are the number one for me

There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only god knows how much you mean to me

Maher Zain – Number One For Me


Satuuu je Boboy!

Qaid demam. Tadi masa jemput balik, dia tidur dalam kereta. Mengigau sebut nama kawan kat sekolah. Haih. Main banyak sangat, sampai tidur pun mimpi kawan-kawan. -_-

3 benda penting dalam hidup dia sekarang – puting, susu, bantal. Takde salah satu ni, memang susah la dia nak tidur. Ada sekali tu, on the way balik rumah tiba-tiba dia nak susu. Kami pun silap jugak tak pesan kat cikgu dia bancuh siap-siap kat sekolah. Sebab ingatkan, alah, nak balik rumah je pun. Tahan la sekejap.

Sekali, ambik kau. Nangis-nangis nak susu. Bagi air kosong, puting, semua tak mau. Ha sudah! Mana pulak nak cari air panas dalam kereta tu.

Dah dia nangis lama sangat, kami pun try la divert attention dia. By the way, Qaid memang duduk seat belakang dengan Yanie. Selalu kalau tunjuk lori, dia suka. Lori! Lori! Tapi kali ni tak laku. Aku pulak try. Ajak dia duduk depan dengan aku. Selalunya habis hati la kalau dapat pegang steering tu.

*Note: Mintak maap la pengkritik sekalian. Kami tau kami bukan parent yang baik. Banyak benda yang bahaya kami buat kat anak kami. Sila jangan ikut.

Image

Dah duduk atas riba aku, pegang steering, ok la sikit. Boleh la sembang-sembang balik.

Tiba-tiba dia ternampak la pulak Eclipse aku. Gula-gula mint tu. Dia ambil, pegang tangan aku suruh bukak. Adoii.

Nak satuu. Nak satuuu.

Aduyai.

Gua pun bukak la, satu bagi dia, satu masuk mulut.

*Note: Again, just another sign kami memang bukan parent yang baik. Sorry for that.

Image

Baru aku nak tutup balik, dengar bunyi,

Krupkrap krupkrap.

Rupanya dia masuk mulut, kunyah-kunyah, telan.

-_-

Dah habis, memang dia mintak lagi la!

Nak satuuuu. Nak satuuu.

Mula-mula keraskan hati jugak tak mau bagi dah. Tapi dah asyik mintak baik-baik macam tu, cair la hati ni. Huhu. Bagi la lagi sebijik.

Dan macam tadi jugak.

Masuk mulut, kunyah, mintak lagi.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nak bagi dia lupa susu, tapi benda lain pulak dia mintak. Macamana ni?

Dalam dia dok mintak-mintak tu, aku dengan Yanie try lagi divert kot-kot boleh tukar topic.

Tak mau. Dia dok nak satuuuu, nak satuuuu.

Lepas tu tiba-tiba kami dengar,

Nak satuuuuuu je Boboy!

Hah??

Ekekekekekeke!!

Aku dengan Yanie bantai gelak tak hingat laa! Apa kena mengena Boboy (Boboiboy) dengan Eclipse?? Agaknya dah nak sangat tu, dia main seeebut je. Tah apa-apa yang keluar. Haha. Haih. Qaid, Qaid.

Ha, sebelum terlupa. Fahmi, saya nak mintak maaf banyak-banyak sebab tak tulis topic yang awak request tu. Issue MAS and AirAsia ni saya dah tak ikut sangat. Sekarang kan saya kat department baru. So dah kurang berkesempatan dah la nak baca analyst reports (tak relevan sangat pun dengan kerja sekarang). Department sekarang busy daripada department dulu. Huhu. Memang tak sempat dah nak jenguk-jenguk benda lain. Sorry eh. Tapi kalau nak baca sendiri, saya boleh tolong forwardkan reports tu via email. Nak?

Saya bukanlah pendengar yang setia pada satu station radio (Rasa macam dah pernah cerita. Ke belum ha? Ntah) Selalunya balik kerja, saya akan scan radio tu. Habis lagu yang saya suka, saya lompat next station. Next, next, next. Begitulah.

Tadi, dalam lompat-lompat tu, saya terberhenti kat satu station ni. Segmen tajaan la kot. Sebab ada dua orang tetamu promote activity untuk anak-anak yang akan ambil PMR dan SPM. Yang tu, kurang mendapat perhatian saya. Sebab buat masa sekarang, macam takde kene mengena dengan saya je? Hehe.

Tapi bila tetamu yang sorang ni bercerita, terus tak jadi nak tekan next button.

Ustaz (I think so la) tu cerita dulu anak-anak muda zaman rasulullah s.a.w. hebat. Masing-masing berlumba nak berdakwah dan menyebarkan Islam. Semuanya sibuk mencari ilmu dan berkongsi. Mereka bekerja seperti biasa, tetapi dalam masa yang sama mereka juga adalah dai’e. Apabila ditanya kenapa datang ke sesuatu tempat itu, mereka menjawab, kami tidak datang ke sini, tetapi kami DIHANTAR ke sini oleh Allah untuk menyebarkan Islam. Bagi mereka, adalah menjadi tanggungjawab untuk mempromosikan Islam ke seluruh dunia.

Dan berdakwah zaman dahulu sangat berlainan cabarannya dengan berdakwah hari ini.

Dahulu rasulullah s.a.w. dibaling batu, disepak, ditindih dengan perut unta yang busuk, diancam bunuh, dan bermacam-macam lagi cubaan. Tetapi nabi tidak pernah berputus asa. Malah baginda yakin bahawa suatu hari nanti Islam akan tersebar seperti cahaya mentari yang bersinar.

For a moment, aku terfikir keadaan kita sekarang. Sesetengah kita gemar berkongsi status/entry yang merapu dan kelakar untuk gain attention, tetapi malu untuk berkongsi tentang kebaikan dan agama. Kenapa? Nampak tak cool eh bila tulis peringatan? Skema sangat ke kalau kita tulis benda yang baik-baik ni?

Saya teringat satu contoh mudah yang diberi oleh guru saya. Kalau kita jumpa satu kedai makan yang betul-betul sedap, apa yang kita selalu buat?

Kita akan share dengan kawan-kawan, betul tak? Bagitau habis semua orang, pergi la makan kat situ, sedapp! Dan ada yang lebih bersungguh, jom ikut, aku belanja kau makan kat satu tempat ni. Makanan dia semua sedap belaka.

Ironinya, kita memang suka berkongsi apabila kita ada sesuatu yang baik. Kalau boleh, kita nak orang lain pun dapat rasa nikmat sedap tu, betul tak? Itu baru nikmat makan. Apatah lagi kalau nikmat yang paling tinggi, iaitu nikmat Islam? Mungkin kita segan/malas nak promote Islam sebab kita sendiri pun agaknya tak merasa lagi manisnya iman. Bila kita rasa Eh, indahnya hidup bersama tuhan, mesti kita pun nak orang lain rasa betapa tenangnya hati ni. Kan?

Ada pulak yang kata, Ala, aku tak baik la. Malu nak ajak orang buat baik. Macam pelik je.

Siapa yang boleh mengaku dia baik? Ada tak? Saya rasa, takde orang yang boleh betul-betul mengaku, haa aku baik.

Yang boleh kita jawab, saya bukan orang yang baik, tapi saya sedang berusaha menjadi baik.

Jadi, dalam usaha nak jadi baik, salah satu caranya saya ajak orang lain turut bersama-sama membuat kebaikan. Jomlah sama-sama betulkan diri. Agama itu kan nasihat-menasihati? Dalam kita mengajak orang lain, kita sendiri pun akan termotivasi untuk menjadi baik. Orang Islam itu ibarat air mutlak. Suci dan menyucikan. Macam kita basuh pingganlah. Pinggan bersih, tangan kita pun bersih. Kan? :)

Anggap saja kita ini sebagai jambatan kepada hidayah Allah. Allah nak bagi hidayah kepada seseorang, tetapi melalui nasihat/peringatan ringkas kita. Mungkin bagi kita, biasa-biasa saja apa yang kita tulis/cakap/lakukan. Tetapi bagi orang yang Allah pilih itu, kata-kata kita tadi telah menjentik hatinya untuk mengingati Allah.

Dan jangan pula pandang rendah pada orang lain. Mungkin mereka tersalah kerana mereka jahil. Tapi kalau kita yang tahu ni pun masih memilih jalan yang salah, itu lebih teruk!  Tiap-tiap kali hati terlintas untuk meninggi diri, ingatlah kembali kisah ahli-ahli sihir Firaun yang mahu melawan mukjizat nabi Musa.

Walaupun mereka telah hidup berpuluh-puluh tahun dalam kesesatan, tetapi apabila Allah hendak memberi hidayah, seekor ular pun sudah cukup untuk membuatkan mereka sujud kepadaNya. Adakah iman yang baru itu goyah tika diugut dan disiksa oleh Firaun? Tidak. Kerana apalah sangat ancaman Firaun itu jika dibandingkan dengan syurga yang diperlihatkan oleh Allah kepada mereka? Sama-samalah kita berdoa agar kita juga mendapat pengakhiran yang baik seperti mereka.

Tetapi dalam mengajak kepada kebaikan, janganlah berharap semua orang akan menerima kita bulat-bulat. Jangan confuse antara kerja kita dengan kerja tuhan. Kerja kita hanya memberi hujah dan peringatan. Tetapi soal hidayah tetap milik Allah. Berusahalah, berdakwahlah selagi mana yang kita mampu. Selebihnya itu kita serahkan pada Allah.

Kadangkala kita geram, Eh, aku tengah ajak kau buat benda yang baik ni. Kenapalah susah sangat kau nak faham??

Sebenarnya orang itu bukan menolak kebenaran yang kita bawa, tetapi mereka menolak cara kita membawa kebenaran tersebut. Contohnya kita lapar. Lapar sangat. Adalah orang yang nak bagi makanan pada kita. Tapi dia campak saja makanan itu ke tanah.

Adakah kita akan mengambil makanan tersebut? Tentulah tidak. Ya, walaupun kita lapar, dan yang diberi itu makanan, tetapi cara pemberian itu menyakitkan hati kita.

Jadi jangan marah apabila kita tak mampu mengubah orang lain mengikut kehendak kita. Kerana kita sendiri pun masih tak mampu untuk berubah seperti mana yang kita mahu sepenuhnya.

Jangan pula kita perlekehkan usaha orang lain. Kerana jalan menuju Allah itu sebanyak urat dan renggut nafas yang ada di leher. Cara kita betul, tetapi tak bermakna cara orang lain salah. Selagi tujuan kita sama, iaitu mencari redha Allah, insyaallah walau bagaimana berbeza pun cara kita, akan tetap bertemu di suatu titik persamaan. Kita perlu complete, bukan compete each other. Tetapi jika terdapat conflict, itu tandanya ada kepentingan diri yang diselindungkan sebalik jemaah tersebut.

Berbalik kepada tetamu yang dijemput oleh station radio tadi. Dia berkongsi kisah Hindun. Ingat lagi tak siapa wanita ni?

Inilah dia wanita yang telah mengupah askar untuk membunuh Hamzah Si Singa Allah, dan mengunyah hati pakcik rasulullah s.a.w. itu. Bukanlah sesuatu yang pelik jika diambil kira dia adalah isteri kepada salah seorang musuh ketat nabi, Abu Sufiyan.

Di suatu malam ketika fathul Makkah, kaum muslimin telah berkumpul di hadapan Ka’bah dan berdoa. Antaranya termasuklah Ammar, anak pasangan Sumayyah dan Yassir. Mengenangkan  lembing yang dicucuk pada kemaluan ibunya, Ammar pun berdoalah di hadapan Ka’bah. Hindun yang ditakdirkan berada di situ seolah-olah cair hatinya mendengar doa-doa kaum muslimin dan menjadi asbab untuk dia menerima hidayah. Dia lantas berikrar, sebagaimana dia bersungguh-sungguh berusaha untuk menjatuhkan Islam suatu ketika dahulu, dia akan melipat gandakan pula usaha untuk memerangi musuh Islam mulai hari itu!

Apa buktinya? Untuk pengetahuan anda, Hindun dan Abu Suffiyan mempunyai 13 orang anak lelaki.

12 daripadanya gugur sebagai syahid, dan seorang yang tinggal itu telah diangkat menjadi pengganti Saidina Ali sebagai khalifah, iaitu Muawiyah bin Abu Sufiyan.

Di sinilah kehebatan Hindun dan anak-anaknya. Walaupun si ibu dan ayah suatu ketika dahulu merupakan orang yang paling membenci Islam, tetapi akhirnya anak-anak dan ibunya telah menyumbangkan seluruh hidup mereka untuk Islam. Kalau Hindun pun berjaya mendidik anak-anaknya sehingga mencintai Islam, apa lagi alasan kita untuk gagal dalam mendidik anak-anak?

Aku tunggu jugak berapa price untuk camp ni. Harganya RM400+ untuk seorang, tapi siapa yang daftar hari ni dapat discount.

Yep. Agak mahal. Doaku, semoga kita dicukupkan rezeki untuk menghantar anak-anak ke majlis-majlis ilmu seperti ini. Kata ustaz, kalau tangan kita terasa berat ketika mahu berbelanja ke arah kebaikan, dan sebaliknya ringan apabila mahu dibelanjakan ke jalan yang tidak baik, itu tandanya ada ‘sesuatu’ yang perlu kita muhasabah kembali tentang bagaimana cara kita mendapatkan rezeki tersebut.

Kerana antara tanda rezeki yang diberkati Allah, tangan akan terasa ringan untuk membelanjakannya ke arah kebaikan. Wallhua’lam.

~ Cepatlah weekend. Tak sabar ni.

#Masa tengok bola Kedah vs Kelantan


Takziah Ziad, Syera.

Lupakan seketika issue bersih 3.0. Doa saya, semoga Allah satukan hati-hati kita dalam bermujahadah menegakkan kebenaran. Walau apa pun yang dah terjadi, semuanya dengan izin Allah jua. Kalau Allah tak izinkan, tak jadi jugak, kan? Kita mungkin berlainan kapal, tapi harap-harap perjalanan kita adalah ke pulau yang sama. Semoga kita ditunjukkan hikmah disebalik semua yang berlaku.

Sebelum terlupa, takziah buat dua sahabat saya, Ziad dan Syahirah yang telah kehilangan opah dan atok masing-masing baru-baru ni. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Teringat kata-kata guru saya, manusia merasa sedih dengan kematian kerana bagi mereka kematian adalah pemutus segala nikmat di dunia.

Namun, cuba kita tukar sedikit pandangan tentang kematian. Anggaplah bahawa Allah sebenarnya menyayangi mereka yang telah pergi dahulu sebelum kita. Kenapa? Kerana Allah nak rehatkan orang-orang yang baik ini daripada imtihan (ujian). Mereka sudah letih diuji. Jadi Allah sebenarnya dah selamatkan mereka daripada godaan syaitan yang tak pernah berhenti. Allah nak mereka berehat!

Abu Zhar al-Ghifari pernah memberitahu bahawa dia menyukai tiga perkara, iaitu – lapar, sakit, dan mati. Nabi s.a.w. pun bertanya, kenapa ya Abu Zhar? Sebab pelik, kan? Selalunya orang benci 3 perkara tu. Dia ni terbalik pulak.

Abu Zhar menjawab, kerana ketika aku lapar, hati aku akan menjadi lembut. Ketika aku sakit, Allah menghapuskan dosa-dosaku. Dan apabila aku mati, aku dapat berjumpa dengan tuhanku!

Kepada anda yang membaca entry ini, marilah sedekahkan sekurang-kurangnya Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi. Semoga kubur itu menjadi taman-taman syurga untuk mereka berehat seketika sementara menunggu dibangkitkan semula.

Hari ini, kita mendengar cerita tentang kematian orang. Percayalah, suatu hari nanti, orang pula akan mendengar cerita kematian kita. Tak mahukah kita bila saja orang teringat pada kita, terus mereka sedekahkan al-fatihah?

Jadi, sementara ada peluang ni, jangan kedekut untuk bersedekah tika mendengar berita orang. Mari.

Al-Fatihah.

Baiklah. Ada beberapa teman yang mencadangkan saya menulis tentang PTPTN. Saya sebenarnya tak berminat sangat nak tulis isu ni. Sebab rasanya, sama saja kot pendapat saya dengan yang lain-lain. Tapi saya tak pasti lah saya ni tergolong dalam golongan majority atau golongan minority. Lagipun saya taklah mengikuti secara dekat issue ini. Sekadar membaca begitu-begitu sahaja.

Tapi sebagai memenuhi hajat kawan-kawan, ini saya tuliskan sedikit. Kepada yang lain, jangan risau. You are free to disagree.

Saya rasa ada dua topic yang besar dalam isu ni. First, nak mansuhkan PTPTN. Nak lupuskan semua hutang yang ‘membebankan pelajar’ menggunakan duit Petronas. Pada saya, PTPTN telah dan sedang mengambil langkah untuk membaikpulih sistem yang ada. Ramai yang concern tentang interest yang tinggi, system riba’, dan ini telah pun ‘dijawab’ dengan sistem Ujrah. Nampak la effort PTPTN untuk improve kat situ, kan? Bukannya tak responsive langsung.

Dan baru-baru ni saya ada terdengar antara usul yang dibentangkan dalam perbincangan meja bulat PTPTN supaya cost 1% itu pun ditanggung oleh kerajaan. Maknanya, pelajar hanya perlu membayar jumlah yang dipinjam sahaja. Itu lebih realistic daripada meminta untuk dimansuhkan terus. Kalau tak nak bayar langsung, score la tinggi-tinggi every semester. Macam saudari Husna kita, kan huserk kan? :)

Tadi saya cakap ada dua topic besar dalam isu ni. Lagi satu adalah pendidikan percuma. Saya ada membaca penjelasan dari blog-blog yang menyokong idea ini. Tapi malangnya apabila tiba ke soalan macamana nak biaya cost yang bakal menelan berbillion-billion ringgit ni, takda satu plan pun yang jelas dan meyakinkan saya. Yang saya jumpa hanyalah jawapan seperti, Cara mana dorang nak korek duit itu kena tunggu proses perubahan kuasa berlaku. Masa tue baru boleh bagi detail.

Orang lain saya taktau la, tapi saya personally tak yakin dengan jawapan macam ni. Kalaulah kita hantar proposal kat bank untuk pinjam RM100k sebagai modal business, boleh tak kita cakap, nanti saya untung juta-juta saya bayar sekaligus. Jangan risaulah!

Mestilah tak boleh. Bank perlukan business proposal yang ada income forecast, ada proforma balance sheet, yang menunjukkan macamana kita akan uruskan pinjaman tadi sehingga boleh bayar balik semua hutang dengan bukti dan target yang realistic. Barulah meyakinkan. Bukan modal air liur saja.

Tapi takpa. Saya dah cakap awal-awal tadi kan, feel free to disagree. Silakan.

Dan bila bercakap tentang pendidikan percuma, nama-nama negara seperti Norway lah yang akan disebut-sebut sebagai contoh. Tapi selain pendidikan percuma, pernah tak tengok dari angle lain?

Yang saya maksudkan di sini personal tax di Norway adalah 28% dan corporate tax pula can be as high as 48%! Bayangkan, buat business, separuh keuntungan kena share dengan kerajaan. Sanggup? Agak-agak boleh jadi modal baru tak untuk another street demo mengutuk ‘kerajaan zalim’? Hehe.

Jadi, do you still think the education there is ‘free’? Kita sekarang ni pun LHDN dok kena berkempen tolonglah isi e-filing. Tu tak kira lagi yang tak mau bayar cukai. Yang tak pernah declare income punn ada.

Dan semua orang sedar, any attempt untuk naikkan cukai atau introduce new tax (untuk cover cost education tadi) adalah tindakan political suicide. Govt is not that stupid. Habis tu, macamana? Tax tak boleh naik, tak boleh perkenalkan cukai baru, tapi nak free itu ini. Come on. Rational sikit kalau nak oppose pun.

Kepada yang melabel saya ni pencacai kerajaan, sila baca betul-betul ya. Entry sebelum ni (tentang gaji minimum) itu sebenarnya ditujukan kepada kerajaan. Itupun kalau awak-awak yang bijaksana ni fahamlah kiasan-kiasan saya. Kalau tak faham, ha ini saya tuliskan terang-terang. Memang saya tak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang nak mengadakan gaji minimum. Ok? Saya tak sokong atas dasar ikut-ikut orang saja. Anda pula macamana?

Sambung balik topic free education ni tadi. Then ada pulak yang argue kat Norway gaji tinggi. Sebab tu tax pun tinggi. Saya malas nak panjangkan perbincangan dengan orang yang tak boleh terima perbezaan. Sungguh. Letih. Saya syorkan pegi ke http://www.expatistan.com/cost-of-living/comparison/kuala-lumpur/oslo . Let the figure do the talking.

Cost of living in Oslo (Norway) is 133% more expensive than in Kuala Lumpur (Malaysia).

Kos hidup yang lebih daripada satu kali ganda. Itukah harga yang mahu dibayar untuk pendidikan ‘percuma’? Sanggup?

Ginilah, setiap negara ada lebih dan kurangnya. Bila kita tengok lebih orang, jangan lupa untuk tengok kekurangan jugak. Takda negara, mahupun manusia, yang takda masalah dalam dunia ni. Life is to solve problems.

Pasal website tadi, boleh try compare KL dengan bandar-bandar lain jugak. Tengok sendiri, teruk sangat ke hidup di Malaysia ni? Tapi itulah. Bila berhujah dengan yang tak mau terima pendapat orang, di back up dengan nasi tambah yang penuh emosi, susahlah. Semoga Allah beri kita ilmu yang berguna dan kefahaman yang baik.

The problem with the world is that the intelligent people are full of doubts, while the stupid ones are full of confidence. ― Charles Bukowski.

Saya faham. Semua orang inginkan sebuah negara yang sempurna. Living cost rendah, gaji tinggi, facilities world class, free education, takde crime, semua yang terbaiklah pendek katanya. Tapi dalam mengejar kesempurnaan, jangan lupa untuk bersyukur apa yang dah ada kat tangan. Berpada-padalah dalam sesuatu perkara.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah berkata beliau tidak pernah envy dengan khulafa’ Bani Umayyah kecuali kepada Khalifah Umar Abd Aziz. Kenapa seorang soleh yang memerintah satu per tiga dunia masih cemburu kepada pemerintah yang tempoh pemerintahannya hanya 3 tahun?

Sebabnya, ketika Umar Abd Aziz memerintah, negaranya dilimpahkan dengan rezeki yang berkat. Gambaran betapa berkatnya keadaan pemerintahan Umar Abd Aziz, sehingga sebutir gandum ketika itu adalah sebesar buah kurma! Duit-duit zakat di Baitulmal tidak tahu hendak diberikan kepada siapa kerana tiada langsung rakyat yang susah. Tiada langsung kes kecurian. Subhanallah. Macamana sebuah negara boleh jadi ‘perfect’ macamni?

Antara sebabnya, khalifah Umar Abd Aziz ketika pemerintahannya amat menggalakkan rakyatnya menghafal quran. Ramai para huffaz yang lahir pada zaman ini. Jadi bagaimanalah Allah tidak merahmati negara yang dipenuhi dengan rakyat yang Quran terpahat di hati mereka?

Aku juga teringin untuk hidup dalam suasana seperti itu. Tetapi sebelum menyalahkan pemerintah dan sistem, ada baiknya aku betulkan diri sendiri dahulu. Terlalu banyak lagi ruang untuk aku improve, sebelum aku menunding jari menyuruh orang lain improve. Aku pun ada kerajaanku sendiri, iaitu keluarga. Kalau kerajaan kecil ini pun aku tak boleh tadbir dengan baik, layakkah aku menyoal orang lain?

Pemerintah, selagi dia seorang Islam, dan tak ada larangan untuk aku beribadah dengan tenang dan selamat, itu sudah memadai. Kerana aku yakin, Allah lah yang memberi kuasa kepada siapa yang dia kehendaki. Dan Dia juga boleh menarik kuasa daripada siapa yang Dia kehendaki. Kalau dalam pengetahuanNya si B lebih baik daripada si A, tentu Dia akan mengangkat si B dan menghinakan si A. Percayalah kepada keadilan Allah. Tapi macamana Allah nak ‘hadiah’kan pemimpin yang baik kalau rakyat yang ada di dalamnya pun penuh dengan maksiat dan berjiwa kotor? Layakkah kita? Budaya Robbin Hood (buat jahat dibalas jahat) tiada dalam ajaran Islam wahai saudaraku.

Katakanlah (Muhammad), ‘Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.

Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.

Surah Ali I’mran, ayat 26.

Hati kecil aku sebenarnya risau tentang masa hadapan. Bagaimana kesudahan aku nanti? Bagaimana kesudahan anak-anak aku nanti? Tak payah jauh, tengok Microsoft Money sendiri pun kadang-kadang termenung. Cukup ke duit kami ni? Mampu ke nak survive lepas bayar itu ini. Banyak ke lagi portion untuk bersedekah? Untuk Qaid? Untuk future baby? Huhu.

Tapi aku ingatkan balik kata-kata hikmah da’ie kesayanganku.

Hidup umpama membaca lembaran-lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun bila melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh hingga membacanya secara melompat-lompat tanpa mengikut tertib muka surat. – Ustaz Pahrol.

Ini kembali menyedarkan aku. Adalah satu kerja gila jika aku cuba menyelesaikan ‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku. Aku bukan tuhan. Hiduplah dalam lingkungan hari ini sahaja dulu. Esok belum tentu masih ada untukku. Fikir, namun jangan sampai khuatir.

Wahai hati, ambilah ibrah daripada burung. Ketika subuh, burung keluar mencari makanan tanpa mengetahui di mana rezekinya pada hari itu. Tidak takutkah dia, di mana hendak dicari rezeki untuk dibawa pulang?

Tidak. Kerana burung juga percaya Allah itu sifatnya ar-Rahman (Maha Pemurah) dan ar-Razak (Maha Pemberi Rezeki).

Aaaada sahaja rezeki untuk si burung dan anak-anaknya setiap hari. Allah sudah menetapkan rezeki untuk setiap makhluk ciptaanNya. Maknanya rezeki itu ada, cuma perlu dicari. Tenanglah wahai hati. Doalah semoga Allah mencukupkan rezeki kita, memudahkan kita membayar hutang, dan tiada rasa bakhil bila diuji dengan harta.

Berusahalah di samping berdoa. Bukankah nabi juga mengajar kita untuk berstrategi dalam membuat sesuatu? Nabi tak duduk saja di atas tikar sembahyang, berdoa supaya umat Islam diberikan kemenangan. Dalam perang Khandak, nabi menggali parit. Dalam perang Badar, nabi cepat-cepat menguasai sumber air dalam medan perang. Dalam perang Uhud, nabi meletakkan pemanah-pemanah di atas bukit. Ternyata doa perlu disertakan dengan usaha.

Allah memberi misi, tentu dia juga memberi kelengkapan. Kerana Allah tak pernah zalim kepada hambaNya. Bak kata ustaz, kita nak hantar anak masuk university pun kita bagi segala kelengkapan supaya dia boleh belajar dengan mudah. Inikan pula Allah yang kasih sayangnya melebihi kasih ibu kepada anak. Tentu Dia juga melengkapkan keperluan kita, sebelum memberi misi menjadi khalifah di muka bumiNya.

Tentang wang, aku teringat satu hadis yang selalu diceritakan. Ketika Allah menawarkan kepada nabi untuk menukarkan gunung Uhud menjadi gunung emas untuknya, nabi menjawab, Aku lebih rela berlapar sehari dan kenyang hari esoknya.

Maksud yang tersirat disebalik jawapan nabi ini adalah nabi tidak memilih untuk hidup susah selamanya. Tidak pula nabi memilih untuk kaya dengan harta. Sebaliknya nabi memilih untuk kaya jiwa. Kerana apabila lapar aku akan bersabar, dan ketika kenyang aku akan bersyukur. Itulah hebatnya orang beriman. Apapun keadaannya, hati mereka tetap kuat mengingati Allah. Semoga kita juga tergolong dalam golongan yang tidak ditakut-takutkan syaitan dengan kekurangan harta.

Oh, ada satu perbahasan ulama’ yang menarik perhatianku. Yang mana lebih baik, orang miskin yang bersabar, ataupun orang kaya yang bersyukur?

Haa. Macamana?

Banyak hujah yang menyokong orang kaya yang bersyukur adalah lebih baik daripada orang miskin yang sabar. Kenapa?

Pertama, orang miskin memang kena bersabar. Dia tiada pilihan lain. Sebaliknya orang kaya ada pilihan untuk bersyukur atau tidak. Banyak kali dalam Quran disebut betapa sedikitnya golongan yang bersyukur, kan? Indahnya bila kita diberi ujian harta yang banyak, namun hati tetap bersyukur.

Itulah yang membezakan antara nabi Sulaiman dan Qarun. Nabi Sulaiman bila dipuji tentang kehebatan kerajaannya, baginda dengan rendah hati berkata semua ini milik dan kurniaan Allah. Sebaliknya, ketika Qarun dipuji kerana hartanya, dia menjawab semua ini adalah hasil usaha dan kepandaianku!

Kedua, bila orang miskin bersabar, kebaikan itu hanya diperoleh untuk diri sendiri sahaja. Tetapi bila orang kaya bersyukur, dia boleh membantu orang lain. Boleh buat masjid, bersedekah, membina sekolah, berbagai-bagai lagi. Dalam economy, ia dipanggil multiplier effect. Nabi pernah berkata sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. Jadi dalam hal ini, tentulah kaya yang bersyukur lebih baik daripada miskin yang bersabar.

Hmm. Panjang entry ni nampaknya. Haha. Cukuplah dahulu. Nanti ada masa saya tulis lagi, insyaallah. :)

~ Bini dah sound esok kerja. Tidur awal takut esok susah nak bangun. Huhu. Daa.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,064 other followers